Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Ayam Kelantan Untuk Nasi Berlauk



Sebelum saya berkisah bab Gulai Ayam Lauk nasi berlauk Kelantan, saya sekadar ingin menulis bab ujian. Kadang kadang saya terfikir, saya sedang diuji. Diuji dengan ujian yang saya tidak mahu nyatakan di sini. Tetapi saya tahu ujian kecil dalam hidup akan menjadikan hidup kita lebih berwarna warni dan menarik. 

Mungkin itu yang Allah ingin memberikan peringatan. Saya tiba tiba menjadi sangat sibuk. Sibuk sehingga membataskan masa dan tenaga untuk hadir ke kuliah kuliah agama seperti dulu. Sama samalah doakan agar saya kembali diberi rezeki kelapangan masa dan dipermudahkan segala urusan. Aameen. Jom masuk bab masakan pula. 

OK sebelum tu, saya ingin memaklumkan bahawa Instagram Azie Kitchen adalah @aziekitchen. Ramai follower yang menulis bahawa mereka telah lama tercari cari dan baru menemui IG azie kitchen. Kepada yang belum follow, boleh lah follow IG saya ya. Jom kita chatting di situ. 

Seorang follower blog Azie Kitchen minta saya kongsikan cara memasak Gulai Ayam untuk lauk nasi berlauk yang sedap. Saya menanyakan tips dari sahabat saya, Mama Maznah yang memang hebat dalam bab masak memasak dan juga mengambil tempahan kecil kecilan di kampung. 

Katanya untuk Gulai Ayam, mesti dimasak dengan kaedah Raja Berangkat iaitu bahan bahan dan serbuk rempah kari tidak ditumis sebaliknya dimasak bersama sama dengan ayam. Cara ini juga adalah cara menyediakan Gulai Ayam Nasi Kak Wook. Kawan saya Maznah ni sempat melihat cara Kak Wook memasak semasa dulu dulu. Bezanya nasi Kak Wook menggunakan keropeh ayam serta dimasukkan sekali sayuran seperti terung, kacang panjang dan cili hijau. 

Untuk memastikan kuah cantik dan menyelerakan, kulit ayam jangan dibuang kesemuanya. Biarkan ada kulit sedikit. Juga Nah mengesyorkan supaya rempah gulai dicampurkan beberapa brand seperti Adabi dengan rempah gulai kampung yang saya gunakan hari ini. 

Memasak juga mesti menggunakan api perlahan supaya kuah masak dengan elok dan lambat basi. Kalau lauk nasi berlauk, mesti lah ada sekali sambal cili Kelantan dan hirisan timun. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. 


Gulai Ayam Lauk Nasi Berlauk
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
2 - 2 1/2 sudu besar rempah gulai  - campur rempah kari Adabi  
1-2 keping asam keping 
Garam
Gula Melaka
Susu cair - opsyenal

Bahan kisar:
2-3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang merah
1 inci halia
2-3 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup 

Cara cara:
Campurkan semua rempah gulai dan bahan kisar dengan ayam hingga rata. 


Jerang atas dapur dengan sedikit santan cair. Masak guna api kecil.

Bila ayam hampir masak, masukkan santan. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. 


Masukkan asam keping, gula Melaka dan garam. 

Akhir sekali, masukkan santan pekat. Terus masak dengan api perlahan sehingga kuah tiada lagi kelihatan berbuih dan mulai terbit minyak nipis. Kalau terbit minyak tebal, tandanya dah terlebih masak dan ayam dah hilang zat. 


Jika suka, masukkan sedikit susu cair untuk menambah rasa lemak. 

Bolehlah tutup api dan sedia untuk dinikmati sebagai lauk nasi berlauk atau dicicah dengan roti jala. 

17 ulasan for "Gulai Ayam Kelantan Untuk Nasi Berlauk"

  1. Aslmkm kak azie. Sedapnya. Teruskan berkongsi dengan kami kak azie, ilmu2 yang bermanfaat dan resepi2 yang semestinya sedap dan menyelerakan. terima kasih

    BalasPadam
  2. Sy sering diuji auntie.kdg2 terfikir kenapa kuat sangat ujian ini.tp bila terfikir sebenarnya tanpa sedar ujian ni la yg menguatkan saya

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Azie..

    Semoga Kak Azie sihat selalu..
    Nak tanya,jadi untuk resepi gulai ni tak perlu tumis 4 sekawan n sampai rempah kari dan bwng2 semua msk dl ye.. JUst gaul2 dgn ayam then masak...Nanti nak cuba lah..TQ Kak Azie atas perkongsian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pon biase tumis 4 sekwan tu jgk,lada semua bia masak dulu baru masukkan ayam. tp resepi nie pon macam ok. simple but nice. hehe

      Padam
  4. Assalamualaikum. saya suka mencuba resepi kak azie. biasnya semua menjadi dan anak2 mmg suka.

    BalasPadam
  5. salam...minta maaf pn azie...saya ingin share cara saya orang kelantan masak gulai ni...bahan lain dan ok dan sya masukkan sebiji bwg putih..semua diblend dan saya tumis dgn bahan tumis 4 sekawan..bila garing sikit saya campur rempah kari..kemudian baru masukkan ayam dan santan sikit, garam ,, gula melaka, kelapa goreng..asam keping gaul2 dan tggu sehingga sebati baru masuk santan...dah mengelegak rasa pula masin manis...biasa gulai kelantan ni ada rasa manis skit...hihi...siap..

    BalasPadam
  6. Kak zi rempah ayam tu gapo nok beli mano

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rempah gulai ayam. Macam rempah atau serbuk kari

      Padam
  7. Slm kak Azie terima kasih saya dh try kaedah ni sama sedap je dgn kaedah tumis rempah 4 sekawan dn bhn tumis tu. Yg ini lagi senang dn cepat.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Kak azie..saya suka cara ni..simple dan sedap.

    BalasPadam
  9. Assalam Kak Azie, boleh ke guna rempah kari saja kalau tak ada rempah gulai

    BalasPadam
  10. Terima kasih kak atas berbagi resepi nya saya bersyukur sangat sbb tengok resepi dari kak azie berguna untuk saya yg tak pandai masak heee..heee

    BalasPadam
  11. Salam. Kakzie.. Knpe sy buat xterbit minyak ye.. Xtau salah dimana

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. tengok pada santan yang digunakan. Kalau santan segar, mmg akan naik minyak dg cantik. Kalau guna santan kotak, kena lebihkan minyak, baru cantik.

      Padam
  12. rempah gulai tu kak azie guna yg timbang ke? cap gapo kak azie?

    BalasPadam