Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Perasmian Pelancaran Produk Emas Demi Idaman

Perasmian Pelancaran Produk Emas Demi Idaman

Saya dan suami serta anakanda kami, Muhamad Hafez dijemput hadir ke majlis pelancaran produk Demi Idaman pada 22 Januari 2018 di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Demi Idaman adalah satu satunya syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada Mac 2010 terlibat dalam industri pembuatan logam berharga di Malaysia. Chairman Demi Idaman adalah Dato Salehuddin Saidin, Deputy Chairman adalah Dato Azli dan Pengarah Urusan adalah Encik Zakaria Saad.   

Hubby diminta membantu AJK untuk bertanggungjawab pada tetamu VIP. Oleh kerana persediaan rapi yang perlu dibuat, kami telah buat keputusan untuk bermalam di hotel. Sayalah yang paling seronok kerana dapat berehat sepuasnya di bilik. Selepas Hubby habis tugasan hari pertama, saya mengajak untuk ke Grand Hyatt Hotel untuk makan nasi ayam. 

Perasmian Pelancaran Produk Emas Demi Idaman

Demi Idaman terlibat dalam pengesahan, pemprosesan dan pengeluaran syiling emas dan kilobar tulen bagi pasaran negara. Kerjasama dengan SIRIM juga adalah bagi memastikan kilobar emas tulen yang dihasilkan adalah memenuhi pensijilan piawaian SIRIM. 

Selain itu Demi Idaman juga bekerjasama dengan Yapeim di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memasarkan produk yang dihasilkan. Demi Idaman juga bekerjasama dengan PX Precinox syarikat dari Switzerland untuk menghasilkan produk kilobar tulen bagi pasaran Asia.

Sebagaimana kita tahu, pelaburan dalam emas adalah pelaburan selamat yang mampu memberi pulangan tinggi. Buat permulaan syarikat Demi Idaman juga menghasilkan syiling emas limited edition Khas Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. 

Jadi jangan lupa dapatkan produk emas Demi Idaman untuk simpanan dan pelaburan yang terjamin ketulenannya. Bak pantun yang dibaca oleh Dato Salehuddin.

Puas sudah menanam ubi
Beras juga dimakan orang
Penat sudah menanam budi
Emas juga dipandang orang 

Majlis pelancaran produk diadakan di Grand Ballroom Concorde Hotel Kuala Lumpur dengan dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor yang turut dihadiri oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. 

Perasmian Pelancaran Produk Emas Demi Idaman

Manakala pelancaran syiling emas Khas sultan Selangor pula dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Turut hadir adalah Datin Seri Rosmah Mansor, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah serta ramai lagi tetamu kehormat dari Dewan Diraja Selangor. 

Selesai majlis pelancaran dan lawatan ke pameran produk, tetamu VIP telah dijemput untuk makan tengahari bersama DYMM Sultan Selangor dan juga YAB Perdana Menteri. 

Perasmian Pelancaran Produk Emas Demi Idaman

Perasmian Pelancaran Produk Emas Demi Idaman

Rakan rakan dari ETHICA iaitu alumni bekas Penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya juga turut hadir   tanda sokongan kepada Dato Salehuddin dan Demi Idaman. Alhamdulillah selepas penyampaian cenderahati kepada tetamu Kehormat, maka majlis pun berakhir dengan begitu baik sekali. 

Perasmian Pelancaran Produk Emas Demi Idaman

Perasmian Pelancaran Produk Emas Demi Idaman

Perasmian Pelancaran Produk Emas Demi Idaman


Catat Ulasan for "Perasmian Pelancaran Produk Emas Demi Idaman"