Jumaat, 12 Januari 2018

Pengalaman Snow Di Lake District Yang Mengujakan

Pengalaman Snow Di Lake District

Seperti dijanjikan dalam entri sebelum ini di SINI, kali ini saya ingin meyambung berkenaan catatan persinggahan kami di Lake District. Dalam perjalanan ke Edinburgh, kami singgah di Lake District yang dikatakan sangat cantik dan wajib dikunjungi. Semasa dalam perjalanan masuk, hujan yang mula turun bertukar menjadi snow yang sangat mengujakan. Inilah kali pertama saya melihat dan merasai snow. 

Pengalaman Snow Di Lake District

Sebaik kami keluar dari kereta dalam pukul 11.30 pagi, snow mulai perlahan. Selepas memakai pakaian yang lebih tebal, kami mulai berjalan ke arah tasik. Kena jalan dengan berhati hati kerana salji menjadikan jalan sangat licin lebih lebih lagi jika tapak kasut yang tidak sesuai untuk salji. Semasa di pertengahan jalan, Nelly, Juita dan Aween singgah bergambar di hadapan kedai. 

Pengalaman Snow Di Lake District

Pengalaman Snow Di Lake District

Ketika itu, snow mulai turun dengan lebat. Sangat sukar untuk digambarkan perasaan saya ketika itu. Saya mula mengeluarkan handphone untuk merakam detik itu. Dalam masa yang sama mula melindungi kamera di bawah jaket kerana kuatir kalau snow boleh merosakkan kamera kerana saya tidak membeli cover kamera untuk tujuan itu. 

Pengalaman Snow Di Lake District

Ketika menghampiri tasik yang sangat cantik pemandangannya, snow mula berkurangan sehingga langsung terhenti. Ketika itu, kami bergambar di kawasan cerun bukit tempat orang ramai bermain luncur ski. 

Pengalaman Snow Di Lake District

Bila hujan mulai turun rintik rintik, kami cepat cepat beredar ke tempat parking kereta. Kami meninggalkan Lake District pukul 12.40 tengahari. 

Pengalaman Snow Di Lake District

Saya merasa sangat bersyukur kerana akhirnya impian untuk merasai pengalaman bermain snow tercapai. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa saya sangat gembira. Lebih lebih lagi di saat semua anak anak dan menantu ada bersama. Ketika snow turun dengan lebat, ianya tidak begitu sejuk kerana tiada angin yang bertiup. Boleh lihat video snow di youtube Azie Kitchen channel di SINI.

Kami kemudian terus menuju ke Edinburgh. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik dengan salji yang memutih. Kambing biri biri meragut rumput atas salji yang memutih. Terfikir kesian biri biri kerana meragut rumput yang dipenuhi salji. Pasti kebas bibir. Tapi Allah Maha Mengetahui dan ciptaanNya yang amat hebat bila biri biri boleh hidup dan meragut di dalam salji. 

Pengalaman Snow Di Lake District

Kami tiba di Edinburgh dalam pukul 5.00 petang dengan hari yang telah gelap umpama malam. Kami menyewa apartment Mayfield yang terdapat 3 bilik tidur, ruang tamu dan dapur dengan kemudahan memasak. 

Pukul 8.00 malam, saya hanya mengupdate blog dan transfer gambar ke lap top. Makan malam hanya dengan Maggi kecuali Nana dan Alain yang keluar makan malam. 


1 ulasan:

  1. Salam kak Azie...tumpang happy dengan adventure kak Azie sekeluarga.

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon