7 Oct 2017

Kuala Terengganu Kami Datang


Kuala Terengganu Kami Datang

Telah lama kami tidak keluar dari Kuala Lumpur di masa cuti panjang kerana tidak sanggup menghabiskan masa di dalam kesesakan jalanraya. Tetapi pasti kami tidak dapat menolak undangan ke majlis perkahwinan anakanda Dato Ir Wan Nazari, sahabat baik kami di  Kuala Terengganu. Ramai sababat lain dari KL yang turut hadir. Kami dan keluarga Dato Saleh bergerak secara konvoi pada pagi hari Jumaat sehingga Ahad. Kami mengambil peluang untuk jalan jalan cari makan dan cuti di Kuala Terengganu sekali. 

Selepas check in di hotel dan solat, kami bergerak ke Pantai Teluk Ketapang untuk menikmati ikan celup tepung dan lain lain makanan laut celup tepung. Memang sedap sekali kerana udang, sotong dan ikan yang digunakan adalah yang segar. Masih terasa kemanisan udangnya. 


Kuala Terengganu Kami Datang


Balik dari sana, kami singgah di kedai batik kerana Datin Nursinah ingin membeli kain batik pasang. Bila dah singgah kedai batik, saya pun beli sepasang selepas Nelly memilih batik design abstrak dan warna merah hitam yang merupakan warna kegemaran saya. 



Sebelah malam, Dato Wan meraikan tetamu dan saudara mara beliau dengan jamuan makan malam di hotel cafe. Memang meriah sekali kerana ramai yang hadir. Kebanyakan rakan rakan alumni yang hadir juga menginap di Hotel Permai. Jadi anak anak terus naik bilik selepas makan tanpa perlu menunggu kami. Lagi pulak, Alain ada menyertai larian bermula di Pantai Batu Buruk keesokannya. Kami pun bolehlah bersembang dengan kawan kawan sehingga jauh malam. 




Majlis makan malam memang meriah dengan iringan persembahan live band. Seperti biasa kami menpunyai wakil iaitu Dr Abdol Aziz yang dengan sukarela naik ke pentas untuk menyumbangkan beberapa lagu. Tapi saya naik bilik awal juga kerana rasa mengantuk kesan ubat allergik yang diambil. Tak tunggu pun sehingga persembahan live band selesai.






EmoticonEmoticon