Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Daging Utara Yang Terlajak Sedap

Nasi Daging Utara Sedap Azie Kitchen

Hah? Apa? Oooh OK OK, masih ada stok daging korban dalam freezer kat rumah ya. Ohh resepi apa nak guna ke? Kalau tak tahu nak masak apa, meh saya cadangkan anda semua mencuba Nasi Daging yang sangat popular se antario utara. Hahaha. 

Hari ini saya cuti kerana anakanda saya Juita Amanda akan berangkat untuk memulakan pengajian peringkat Ijazah dalam bidang Ekonomi di United Kingdom. Doakan agar Juita dipermudahkan dalam segala urusan beliau di sana dan lulus dengan cermerlang. Sama sama mengaminkan doa untuk Juita ya. Aameen. Terima kasih. 

Saya bukan orang utara, jadi memang tak pernah dengar nasi daging sebelum sebelum ini. Tapi selepas melihat sahabat facebook saya kongsikan nasi daging yang dimasak untuk hidangan keluarga, menjadikan saya sangat teruja untuk mencuba. Setelah dicuba, memang sedap lah pulak.

Nasi Daging Utara Sedap Azie Kitchen

Ada pelbagai cara memasak nasi daging, ada yang menggunakan rempah ratus yang disangai dan ditumbuk. Tapi jika tak ada, saya hanya menggunakan serbuk rempah Kurma sahaja. Kali ini, sebenarnya saya tak meletakkan buah tomato kerana tiada stock. Kali ada, anda boleh lah cincang atau potong dadu dan dimasukkan dalam nasi. Nampak lebih colourful. 

Namun begitu, rasanya tetap sedap. Lebih lebih lagi bila saya menggunakan sedikit kiub pati ayam Maggi sebagai bahan perasa. Lebih terasa kelazatannya.

Nasi Daging Utara Yang Terlajak Sedap

Teringat semasa Dato Ustazah Siti Nor Bahyah datang ke surau kami untuk kuliah Ramadhan yang lalu, Ustazah memberitahu yang dia berniaga nasi daging di Bazar Ramadhan Taman Mesra Kajang. Nasi daging yang dimasak sendiri habis tak sampai 1 jam sehingga keesokannya dia terpaksa memasak 2 periuk besar nasi daging. Tapi bukan ustazah sendiri yang menjual tetapi semua orang lelaki sahaja yang ditugas menjual. Bila mendengar celoteh ustazah, hati dah tak sabar terasa nak jer ke Bazar Ramadhan Taman Mesra.

Baru teringat yang rakan sekerja saya yang juga jiran pada Ustazah selalu menghidangkan nasi daging untuk majlis rumah terbuka beliau. Hmm mesti nasi daging famous di kejiranan mereka agaknya. Kali pertama saya merasa nasi daging pun, di rumah rakan saya itu. 

Sejak dengar cerita Ustazah, hati mula teruja untuk memasak nasi daging. Lagi pulak, saya suka memasak masakan berasaskan nasi yang mana kita tak perlu menyediakan pelbagai lauk pauk. Bila siap sahaja nasi, boleh terus dihidangkan. Boleh klik di SINI untuk entri nasi daging saya sebelum ini. 

Nasi daging ini sangat ringkas, cuma dihidangkan dengan air asam kerisik. Tak perlu lauk pauk lain lagi dah. Cara membuat air asam kerisik sangat mudah, cuma sediakan sambal belacan dan disatukan dengan bawang, tomato dan kerisik sebelum diletakkan bahan seperti serbuk perasa. 

Saya salin resepi kali ini di SINI
. Yang menariknya sebab dikatakan bukan sahaja nampak sedap tetapi juga dijamin sedap. Haaa perkataan dijamin sedap tu yang sangat catchy. Itu yang teruja untuk mencuba resepi ini. 

Jom layan resepi yang telah saya olahkan supaya lebih mudah difahami dan diikuti. Jom follower, pakat pakat cuba memasak nasi daging untuk hidangan hari raya atau untuk dimakan bersama keluarga…. 

Layan video di Instagram Azie Kitchen atau youtube Azie Kitchen chanel untuk video yang berdurasi lebih panjang di SINI


Nasi Daging Utara Sedap Azie Kitchen

Nasi Daging Utara 
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan Daging
1 kg daging - dipotong kecil dan rebus hingga empuk 


Bahan Nasi
1 kg/ 6 pot beras Basmathi – basuh dan tos
Air - nisbah 1 beras: 1.5 air - atau ikut beras
Rempah - bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
½ tin susu cair 
1 helai daun pandan
1 kiub pati ayam Maggi
2 biji buah tomato - potong 2 atau 4
3 sudu besar rempah kurma - sangai

Bahan hiris:
1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 

Cara cara:
Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis rempah penumis dan bahan bahan yang dihiris sehingga wangi. 

Masukkan rempah kurma dan dikacau rata. Kemudian masukkan sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak.



Masukkan beras yang telah di tos dan kacau rata seketika bersama daun pandan. Ia akan menjadikan nasi cantik berderai. 


Masukkan daging, air rebusan daging, susu cair dan kiub pati ayam Maggi. Jika suka, masukkan tomato yang dipotong. 



Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Setelah masak baru dikacau nasi rata rata. 


Sekarang kita masuk pula bab penyediaan Air Asam Kerisik. Yang pentingnya adalah penyediaan Sambal Belacan dan yang kemudiannya di gaul dengan bahan bahan lain. 

Untuk menambah keenakannya, kerisik mestilah yang dibuat sendiri dari kelapa parut yang digoreng. Jom layan resepi di bawah ini...


Air Asam Kerisik

Bahan kisar: Sambal Belacan
10 tangkai cili merah 
10 tangkai cili padi – warna hijau dan merah
¼ ketul belacan
2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Garam - jika perlu
Gula

Bahan lain:
2 biji buah tomato – belah dua dan hiris nipis
2 biji bawang besar – belah dua dan hiris nipis
Sedikit kerisik - dari ¼ biji kelapa parut
1 cawan air rebusan daging
1 sudu besar pes asam jawa
Sos tomato 
Sos cili 

Cara cara:
Campur Sambal Belacan dengan bahan bahan yang dihiris. Gaul sebati. Masukkan asam jawa yang dibancuh dengan air rebusan daging. 

Tumbuk kelapa parut yang telah digoreng garing sehingga berminyak untuk dijadikan kerisik. 

Masukkan kerisik, sos cili, sos tomato serta serbuk perasa Maggi Cukup Rasa. Sesuaikan rasa. Kacau sehingga semuanya berpalut rata. Sedia untuk dihidangkan. 






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

19 ulasan for "Nasi Daging Utara Yang Terlajak Sedap"

  1. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  2. terima kasih atas resepi.. saya baru nak cuba masak utk makan hari ni. 😊

    BalasPadam
  3. serius nampak sedap dan meleleh air liur , terima kasih sudi share resepi,
    bebila free nanti boleh jenguk saya di resepiasia.com ye =)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum puan Azie, Jazakillahu khairan berkongsi resipi. Dah 3 round saya buat nasi daging yang resipi nya saya ambil dari sini untuk juadah tetamu aidilfitri tahun ini. Cumanya saya masak 4 pot nasi je untuk 1 batch sebab rice cooker kecil dan saya tak pakai secukup rasa dan gantikan Basmathi dengan brown rice. Mudah dan sedap.

    BalasPadam
  5. Nampak menarik..boleh lah cuba buat. Terima kasih berkongsi resepi :)

    BalasPadam
  6. Satu resepi mi untuk berapa orang ya ?

    BalasPadam
  7. Terima kasih kgsi ilmu memasak chef Azie. Semoga allah lipat ganda amalan. Tlg ijazah kn ilmu masak ni ya chef. Tqvm.

    BalasPadam
  8. Sdp sgt.sy bru sdh msk&mkn.terima kasih Puan

    BalasPadam
  9. Salam Puan... Saya sudah cuba masak ni 3 kali Alhamdulillah sungguh sedap. Saya cuba kurangkan lemak dengan cara gunakan daging potong belah "lean", tumis dengan 1 sudu butter sahaja dan gantikan susu cair dengan susu soya kurang lemak yang saya suka sangat sebab rasa nya seakan susu lembu (boleh dijumpai di Aeon Midvalley jenama Vitasoy Milky 2% fat, harga mahal sikit tapi berbaloi sebagai pengganti susu biasa). Terima kasih kerana sudi share resipi yang excellent ini!

    BalasPadam
  10. banyak kali try..mmg sedap n mudah resepinya. Terima kasih bnayak2 share resepi

    BalasPadam
  11. Saya dah try resepi ni. Alhamdulillah suami saya puji berulang ulang kali kata sedap hehe. Terima kasih share resepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah tahniah. Mesti puashati bila suami sukakan?

      Padam
  12. Alhamdulillah hari ni masak nasi daging lagi... dah x tahu kali ke berapa. Ganti dgn butter, dan air asam pedas menggila sebab cili padi merah tu byk. Tq so much for the recipe. Semua ahli famili makan bertambah.
    Byk lagi resepi lain saya ulang kali guna termasuk ungkep, talam pandan, agar2 telur, kek pandan.. segala yg pandanlah boleh kata. He3

    BalasPadam
  13. Selasa/7.6.21- Hari ini, saya masak special utk family saya.. sedap sgt.. family saya kecil,Jadi saya buat separuh. Tapi malangnya, anak2 saya tak suka makan daging.. huhuhu..takpe.. yg penting resepi puan aziekitchen ni, memang menjadi.try la uolls

    BalasPadam
  14. Terima kasih. Nak buat hari ni😊

    BalasPadam