Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Majlis Resepsi Nana dan Alain di A Park Yang Sangat Menarik




Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki di A Park yang terletak di Kampung Pulau Meranti. Bila mendengar majlis resepsi sebelah Alain akan diadakan di A Park berkonsepkan garden party, saya agak risau juga kerana baju kami yang telah lama ditempah agak sarat dengan lace. Risau kalau ianya tak sesuai atau saya akan kebasahan dengan peluh. Kain ini telah dibeli bersama dengan untuk majlis resepsi kami. Kami sekeluarga akan memilih pakaian yang agak istimewa hanya di majlis majlis istimewa sahaja. Hari hari lain, kami sangat simple. Malahan pakaian saya ke pejabat pun, sangat sangat simple. Entah kenapa sejak kebelakangan saya memang tak tahan panas, badan memang akan berpeluh basah. Walhalnya masa kecil kecil saya cukup lasak dan dah biasa berada di bawah panas matahari. 




Tapi Alhamdulillah, saya boleh bertahan tanpa perlu mengeluarkan kipas tangan pun. Mungkin ada banyak anak sungai dan pokok pokok yang menjadikan persekitaran tidak sepanas seperti kebiasaannya. Maklum, majlis di bawah khemah walaupun banyak kipas dan portable aircond, pasti panas. Malahan saya menjadi sangat teruja dengan majlis yang ringkas tetapi sangat menarik. Satu kelainan yang saya tidak pernah rasai sebelum ini. 

Pemandangan di sini sangat cantik dan banyak sudut menarik yang sesuai untuk bergambar. Kebetulan Amir, photographer untuk majlis itu juga sangat sporting. Mereka juga mengambil gambar kami sekeluarga di beberapa tempat menarik. Kesungguhan Amir dan team untuk merakamkan gambar kami sehingga sanggup mendayung sampan. Selepas makan di bahagian khemah utama, kami beralih ke bahagian desert yang terletak di bahagian belakang. Lama juga kami bersembang sembang sebelum masing masing mengundurkan diri.
 





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Majlis Resepsi Nana dan Alain di A Park Yang Sangat Menarik"