Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Makan Malam Meraikan Kejayaan Aween dalam SPM








Jika beberapa hari yang lalu, kami meraikan Harijadi Juita, kali ini ingin meraikan Aween pula. Beberapa hari sebelum hujung minggu, Hubby telah memberitahu anak anak bahawa kami ingin meraikan Aween sempena pencapaian cemerlang beliau dalam keputusan SPM yang baru lalu. Hubby meminta masing masing untuk membuat pilihan tempat makan yang mereka ingin pergi. Nana juga telah berpindah balik for good dengan membawa semua barang barang dari rumah sewa di Temerloh. Kami memutuskan untuk naik MRT ke eCurve. Destinasi yang dipilih berdasarkan pilihan majoriti adalah Pak John Steamboat di e Curve.

Steamboat dan Grill di eCurve di sini memang sedap. Yang penting, terdapat banyak pilihan lauk pauk untuk dimasak secara steamboat atau hanya di grill yang dihidang secara buffet. Yang menjadi pilihan kami adalah daging dan kambing yang diperap dengan madu. Sangat sedap bila dipanggang dan dimakan panas panas. Selain itu ketam, udang, siput buluh, sotong dll dimasukkan ke dalam kuah yang dihirup. Dah lama sebenarnya saya nak ke sini tapi mahu tunggu sehingga semua anak anak ada. Makan kalau berebut rebut, baru terasa lebih nikmatnya. 






Lebih menyeronokkan kerana semua ada, pendek kata cukup quorum lah malam ni. Memang riuh rendah bila semua berkumpul. Ada ada sahaja bahan yang dijadikan perbualan atau usikan.





Balik dari eCurve kami tidak turun di stesyen Kwasa Central sebaliknya terus ke Sg Buloh, iaitu perhentian terakhir. Tujuan adalah untuk melihat rumah kami dari dalam train MRT. Memang boleh nampak jika di lihat dari dalam train.







Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Makan Malam Meraikan Kejayaan Aween dalam SPM"

  1. tahniah aween...hmmmm sedap nampak makanan di situ. nampak cosy juga

    BalasPadam
  2. Dapat berapa A Kak Azie? Mesti 10A..

    BalasPadam
  3. Suka baca blog kak zie

    BalasPadam