Nasi Minyak Dan Ayam Masak Merah Sedap Hidangan Pagi Raya





Setiap kali menjelang raya, pasti kepala akan ligat memikirkan menu utama untuk dimasak dan dihidangkan di pagi raya. Yang pasti, ianya mestilah nasi. Lagi pulak, hidangan yang sama akan dimakan untuk makan tenghari atau malam. Tak sangguplah hari raya untuk ke dapur memasak juadah untuk makan tengahari atau malam pulak. Jadi itulah sebabnya saya memilih juadah berasaskan nasi. Kalau dah perut Melayu, walaupun ada nasi impit dan pelbagai kuih muih, tak rasa kenyang kalau tak makan nasi. 

Dalam tercari cari resepi, saya tertarik untuk mencupa resepi nasi minyak ibunda di SINI untuk merasai kelainan dari resepi nasi minyak yang biasa saya gunakan. Ia memang sedap walaupun saya tidaklah merasakan suatu kelainan ketara dari nasi minyak kami sebelum ini. Cuma kali ini Nana yang ditugaskan memasak juadah nasi minyak dan ayam masak merah telah terlupa untuk meletakkan pewarna dan kismis, jadi ianya nampak kosong walaupun rasanya tetap sedap.  Jadi saya tak lah snap gambar nasi minyak tu. Lebih fokus pada ayam masak merah dan pajeri nenas sahaja. 




Ayam Masak Merah pula menggunakan resepi yang telah saya ubahsuai di sana sini berdasarkan percubaan sebelum sebelum ini. Memang terbaik dan sangat sedap. Ia akan menjadi a keeper recipe kami untuk Ayam Masak Merah. Bagi memudahkan rujukan di masa depan, saya sertakan resepi nasi minyak dan juga resepi Ayam Masak Merah di dalam entri ini. Untuk resepi pajeri nenas pulak boleh klik di SINI dan di SINI untuk stail Kelantan. Klik juga entri Ayam Masak Merah saya yang lalu di SINI.





Jom layan apa rahsia yang menjadikan nasi minyak lebih sedap di resepi di bawah ini dan juga resepi ayam masak merah...





Rahsia Nasi Minyak Sedap

Bahan bahan:

Beras Basmathi – basuh dan tos

Minyak sapi

Majerin Planta

Bunga lawang, kayu manis

Bawang merah
 - hiris
Halia - sagat dan ambil jus

1 sudu besar jus Sunquick

Garam

Sedikit pewarna
 kuning dan merah
Sedikit susu cair

Cara cara:
Panaskan minyak sapi dan majerin planta. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Kemudian masukkan bawang merah yang telah dihiris. Nota: boleh lebihkan minyak sapi jika suka nasi minyak yang rasa kuat.

Bila bawang telah wangi dan keperangan, masukkan ke dalam periuk nasi yang mengandungi air yang telah disukat mengikut sukatan beras. Nyalakan api. Kacau dan masukkan sedikit garam. Nota: sukatan air = 1 pot= 1 ¼ pot air

Beras dibasuh bersih dan tos. Bila air telah mendidih, masukkan beras dan kacau rata. Biarkan seketika.

Sementara itu, sediakan air perahan halia. Sagat halia dan dapatkan jus nya. Atau blend je halia, kemudian tapiskan. Masukkan air halia ke dalam periuk nasi.

Seterusnya, masukkan dalam 1 sudu Oren Sunquick atau jus perahan lemon. Kemudian, tutup periuk.

Apabila nasi telah hampir kering, masukkan susu cair ke dalam nasi.  Gaulkan nasi hingga sebati.

Kalau mahu ada sedikit berwarna, boleh titiskan pewarna di atas nasi yang hampir masak. Jangan gaulkan nasi. Tutup periuk dan bila nasi telah masak, baru dikacau rata dan sedia untuk dihidangkan. Nota: boleh juga masukkan kismis dan biji gajus yang digoreng.



Ayam Masak Merah

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam kunyit
2 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris
2 batang serai - ketuk
2 mangkuk kecil sos cili jenama Kimball - saya guna 2/3 botol besar
3 sudu besar gula atau secukup rasa
2 sudu kecil garam
Minyak - untuk menumis

Bahan kisar:
25-30 tangkai cili kering - 5 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar - saiz besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan lain - opsyenal:
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 tin kecil kacang peas
1/4 tin susu cair
Daun ketumbar - tabur

Cara cara:
Ayam digoreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak yang banyak dan tumis bawang besar hiris, serai, kulit kayu manis, bunga lawang sehingga wangi. Masukkan bahan bahan kisar dan tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan pecah minyak.

Masukkan cili sos, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan juga sedikit air. Kacau rata dan biarkan ianya mendidih serta pecah minyak.

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata sehingga ayam masak dan kuah pecah minyak. Masukkan susu cair, kacang peas dan bawang besar hiris bulat. Siap dan bolehlah ditutup api.

Tabur daun ketumbar sebagai hiasan, jika suka sebelum dihidangkan.










Nasi Minyak Dan Ayam Masak Merah Sedap Hidangan Pagi Raya Nasi Minyak Dan Ayam Masak Merah Sedap Hidangan Pagi Raya Reviewed by Azie on July 13, 2016 Rating: 5

16 comments

  1. Menu nasi kita sama kak. Cuma nya lauk saya buat ayam goreng berempah. Gandingannya Kari daging bersama acar mentah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm sedapnya kari daging. Acar mentah pun kegemaran saya juga

      Delete
  2. tiap2 tahun nie la menu isteri saya akan masak di pagi raya... saya tetap sukan akan masakan dia... he he he... makan bersama acar mentah (jelatah).
    -razak-

    ReplyDelete
  3. Memang sedap ayam masak merah..dapat pujian anak lelaki saya, 9 tahun..sedap sangat mummy..malahan blog kak azie jadi rujukan dalam masakan saya..terima kasih kak

    ReplyDelete
  4. Sedap... ayam masak merah.. :)

    ReplyDelete
  5. resepi nasi minyak tu knape kne letak sunquick ye..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia akan memberi rasa masam manis yang sedap. Itu opsyenal. Kalau tak ada, tak perlulah letak

      Delete
  6. Kalau tak guna minyak sapi dan beras basmathi boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Minyak sapi memberi kelainan dari segi bau dan rasa. Beras basmathi bukan shaja sedap tetapi juga nasi yang terhasil lebih cantik

      Delete
  7. sedap .. semua resepi saya guna resepi kak azie . terima kasih kak ..

    ReplyDelete
  8. Masak guna periok nasi or dapur ye kak

    ReplyDelete
  9. Nasi minyak memang menu raya kami setiap tahun.Biasa buat tak pernah letak sunquick.sya letak daun pandan.

    ReplyDelete
  10. kak azie .. setiap taun menu open house sy mengikut resepi kak,alhamdulillah mmg tk mengecewakan.. tp baru perasan menu diatas ni berasnya tk digaul dn digoreng dgn minyak sapi spt boleh juga ke kak kalau tk goreng?

    ReplyDelete
  11. kak azie..sy ni x pandai nk agak2..3serangkai tu nak letak bape banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak agak jer. Letak kayu manis 2, bunga lawnag 3 dan buah pelaga 4-5. Saya agak agak juga.

      Delete