Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rahsia Menyediakan Nasi Lemak Sedap


Rahsia Menyediakan Nasi Lemak Sedap


Hahaha tajuk yang catchy lak kali ini. Semua orang suka makan nasi lemak kan? Bukan orang Melayu atau bukan orang Malaysia lah kalau tak suka makan nasi lemak. Bulan Ramadhan pun boleh buat nasi lemak. Yang best sebab tak perlu buat lauk pauk sampingan banyak banyak untuk dimakan dengan dengan nasi lemak. Hahaha. Semua wanita pandai memasak nasi lemak kan? Tapi kadang kala kita tertanya kenapalah sedap sangat nasi lemak ni. Apakah rahsianya? Hmmm kalau tanya orang berniaga, ada kala mereka tak memberi jawapan, hanya tersenyum dengan pujian yang diberi. Seperti yang saya tulis sebelum sebelum ni yang saya pantang kalau makan sesuatu makanan yang sedap, tidak bertanya lanjut berkenaannya. Paling tidak saya akan bertanya samada buat sendiri atau ditempah. Jika buat sendiri, saya akan take note dan berusaha untuk berjumpa atau berhubung dengan siapa yang memasak makanan tersebut. Kalau di restoran, ada ketika mereka tidak akan berkongsi resepi, maklum mereka berniaga. Jadi saya akan korek maklumat dengan bertanya sedikit demi sedikit.



Rahsia Menyediakan Nasi Lemak Sedap



Berbalik pada nasi lemak, setiap kali ada jamuan makan makan di Surau Ad Dhuha, ada dihidangkan nasi lemak yang dibungkus. Nasi lemak ditempah dari Kak Fatimah memang sedap. Simple sahaja hanya ada sambal, telur rebus dan hirisan timun. Harga juga berpatutan. Saya suka makan nasi lemak bungkus yang simple macam ni. 

Tiada lauk pauk pelbagai tapi sangat terasa keenakan nasi lemaknya. Semasa makan makan selepas solat Isyak, saya mendekati Kak Fatimah untuk menanyakan cara beliau menyediakan Sambal Ikan Bilis dan nasi lemak. Semuanya sama denganresepi nasi lemak yang saya kongsikan sebelum ini. Cuma caranya sahaja yang berbeza. Macam mana caranya? Haaa nasi tidak dimasakkan dengan santan. Ooh kalau tak dimasak dengan santan, macam mana pulak nak jadi nasi lemak? Hihihi santan dimasukkan kemudian. Kata kak Fatimah, nasi lemak yang dimasak cara begini sangat tahan lama, tidak mudah basi dan nasinya juga berderai cantik. Jom layan video di bawah ini.






Jom ikut saya layan resepi Sambal Tumis Ikan Bilis dan Nasi Lemak Sedap dan Tahan Lama.


Rahsia Menyediakan Nasi Lemak Sedap

Sambal Tumis Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis - basuh dan tos
3-4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih - jangan banyak
1/2 mangkuk cili kisar
Air asam jawa - 1 sudu kecil pes asam jawa
Garam
3 sudu besar gula  - kena ada rasa manis
Sedikit gula Melaka - supaya rasa lemak

Cara cara:
Kisar bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak yang agak banyak untuk memastikan bahan tumisan masak dan garing sempurna. Bila masak, boleh diceduk keluar.

Tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga cili dan bawang benar benar masak dan garing dengan api perlahan. Proses yang sangat penting untuk memastikan keenakan dan juga ketahanan sambal.

Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata bertujuan untuk menjadikan warna sambal yang merah cantik.

Kemudian masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Biarkan masak dengan api perlahan.

Akhir sekali masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa. Jika suka, boleh juga diletakkan bawang besar hirisBolehlah angkat dan dihidangkan.



Nasi Lemak Sedap Dan Tahan Lama
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan;
Beras - basuh dan tos
1 helai daun pandan - carik dan simpul
Garam
1 - 2 inci halia - hiris
1 cawan santan pekat

Cara cara:
Masak nasi dengan air secukupnya. Sukatan air bergantung kepada beras seperti memasak nasi biasa. Biasanya paras air dalam kurang 1 inci atau satu paras garisan di jari.

Masukkan garam dan juga daun pandan. Masukkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa.





Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan halia dan santan pekat tadi. Kacau rata. Sambung hingga nasi masaK. Siap untuk dihidangkan.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

95 ulasan for "Rahsia Menyediakan Nasi Lemak Sedap"

  1. Terima kasih kongsikan tips.... suatu yang baru dan pasti akan dicuba nanti.
    Selamat berpuasa buat Azie sekeluarga.

    BalasPadam
  2. Nk try la.cara ni....sedapnya makan nasi lemak dgn sambalnye yg umph....

    BalasPadam
  3. saya selalu masak macam ni juga sbb takut berkerak nasi nya. Tapi kalau nak sedap lagi tambah sedikit halba.

    BalasPadam
  4. Tambah sedikt halba masa memasak nasi...in sha allah sedap dan beraroma

    BalasPadam
  5. Tambah jintan manis, nasi jadi wangi, enak dan menarik selera. Ada setengah peniaga akam bubuh serai juga, tapi jangan banyak.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Sis Azie,

    Alhamdulillah for your blog & recipes, they have helped greatly in my cooking endeavour. Saya ni tak pandai masak but alhamdulillah w your recipe yg easy to follow, dpt serve my husband and son. May Allah bless you abundantly Kak for your effort and shower your loved ones w countless Rahmah & Barakah. Nak tanya, kalau replace santan w fresh milk, adakah effect akan menjadi seperti version santan? Ramadan Mubarak from Fara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Boleh cuba. Kalau ada, tambakan sedikit susu cair, memang menambah rasa lemak. Masukkan ketika hampir masak

      Padam
    2. kalu guna santan kotak.. camne sukatan,...

      Padam
    3. bahan bahan takda dalam bahasa english

      Padam
    4. saya ikut resepi kak azie...tapi guna santan kotak...jadi juga....Thanks kak Azie....banyak membantu saya memasak!!!

      Padam
    5. Salam..maaf sy nak tanya..sukatan air masa awal2 utk memasak nasi tu ikut sukatan air seperti masak nasi biasa atau harus dikurangkan(sbb nnti nak masuk santan kan?)..maaf sy kurang mahir memasak😊

      Padam
    6. Macam biasa. Santan pekat tak banyak air pun. Jadi nasi tak lembik. Adjust lah mana perlu

      Padam
    7. Terima kasih azie, sy da banyak amik resipi awk. Semoga Allah memewahkan awk dgn rezekinya yang halal. Aamin..

      Padam
  7. SALAM KAK.NASI NI GUNA BERAS APA YE

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beras Basmathi Faiza

      Padam
    2. Sis azie,sy nk share sket cara sy masak nasi lemak...gantikn santan pekat kpd minyak..lebih sedap & berkilat lembut sgt nasi nye..sis cuba la..lebih sihat..

      Padam
    3. Insya Allah nak cuba. Terima kasih share info

      Padam
  8. Pd sy nasi lemak tak sedap dan hilang identitinya jika diletakkan serai..memadailah hanya halba dan pandan buat penambah aroma..Tp masing2 punya seleralah!.. ;)

    BalasPadam
  9. Assaalam Kak Azie, bawang besar (shallot or onion) ? bawang putih (garlic or white onion)? Cili kisar (dry chili soak and blend)?. Saya, tak mahir dalam masakan melayu, terima kasih. Saya budak baru belajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm kalau tak mahir boleh guna google translation. Siap akan ditunjukkan gambar sekali. Bawang merah shallot, bawang besar onion, bawang putih garlic. Google ya

      Padam
    2. Rasanya bawang merah is onion. Bawang besar (kuning) is shallot.

      Padam
    3. Onion - bawang merah
      Shallot - bawang besar (kuning)

      Padam
    4. Slm sis kranya air tu ltk spruh jelah...sbb nk dcampur sntan plak

      Padam
  10. 1 cawan santan untuk berapa pot beras kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya saya masak 4-5 pot beras sahaja. Kalau nak lemak, tambah santan. Tak perlu sukatan tertentu.

      Padam
    2. Esok abg nazir nak trai resepi kak azie ni..ada plak request nak makan nasi lemak dari air tangan suami.

      Padam
    3. Wah sekali sekala husband memasak memang sedap. Suami saya jika menggoreng ikan sangat sedap. Cukup garam dan cukup garing

      Padam
    4. Nnti nk Cuba resepi nsi lmk kak azie... santan sgera xpe ke guna yg dlm kotak tu..

      Padam
    5. Boleh jer cuma santan segera kurang lemak. Boleh jer tambah sikit minyak masak ke dalamnya supaya berkilat

      Padam
  11. Terima kasih atas resepi kak Azie yang cantik dan baik hati yer..hihi

    BalasPadam
  12. Yay! Dah buat menjadi..terharunya kak..tq for the resipi..

    BalasPadam
  13. nk try gak... baru tau ni....

    BalasPadam
  14. assalamuaikum.saya dah mencuba resepi nasi kerabu,resepi roti jala ,resepi kuih lapis dari azie blog.memang sedappp dan terbaik.terima kasih.

    BalasPadam
  15. Dh try..sedap sgt,licin mkn..tksh kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. sis ltk brp cili kering?kena rendam dlu ke sblm blend?

      Padam
  16. Alhamdulillah mmg blog kak Azie sentiasa menjadi rujukan saya sesuai dengan selera Pantai Timur...nasi lemak dan sambal yg mmg sedappp

    BalasPadam
  17. esok nak buat nasi lemak..in sha allah. dlm brp piece cili kering yg sis gna?kna rendam dlu sebelum blend ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak agak lah brp tangkai utk dpt 1/2 mangkuk cili kisar. Kisar lebih dan simpan dalam peti ais. Sebelum kisar, potong kecil dan rebus sehingga mendidih. Boleh juga masukkan sedikit mnyak masa merebus. Angkat tapis air dan masukkan dalam blender utk dikisar.

      Padam
    2. okey sis..thank you utk tips tu..

      Padam
  18. Assalamualaikum kak... Sy nk tanya dh 3 hari sy try masak nasi lemak tp nasi jd jelantah... Agak kenapa Ye... Rasa mcm dh give up plak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Mcm mana blh jd mcam tu. Air tsk cukup lah tu

      Padam
  19. Salam Kak Azie. Nak tanya.., sy masak nasi lemak dlm rice cooker(dlm Kuantiti yg byk). mcm biasa, lps basuh beras, sy masukkan santan, air, daun pandan dan garam then tekan button periuk. tp wktu nasi baru 60% masak, button rice cooker dh naik, seolah2 nasi dh siap dimasak. so sy tpksa tekan balik utk 5-6 kali smpi dia btl2 masak. and yet, nasik tu berkerak tebal kat bghn bwh. sy try 3-4 rice cooker yg berlainan pun masalah tetap sama. knp ye? hrp kak azie dpt tolong...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air xcukup. Rice cooker memg dah set untuk warm apabila air kering. Tambah air je, biarkn sekejap, pastu tekan skali lg.

      Padam
  20. Salam kak Azie.. br lps buat nasi lemak ikut resepi kak Azie.. nindia👍👍👍.. alhamdulillah.. dpt feedback positif dr anak isteri.. dan pertama kali daya rasa menjadi.. especially sambal tumis.. cuma ikan bilis sy goreng dulu dan asingkan.. masa makan baru campur

    BalasPadam
  21. Kalau masak nasi terus letak santan ok tak?biase buat mcm tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer. Itu cara biasa memasak nasi lemak. Cara di atas sedikit berbeza. Santan bila dimasak lama akan mengeluarkan minyak. Kita mahu nasi berlemak bukan nasi berminyak.

      Padam
  22. Ai kak... ikan bilis tu xprl goreng ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada macam macam. Ada jenis goreng garing, ada jenis goreng layu, ada yang tak goreng langsung. Biasanya bilis berkualiti, saya tak goreng. Masukkan dan akan sebati dengan minyak dari tumisan. Semua ikut citarasa kita pada masa memasak

      Padam
  23. Alhamdulillah..jadi. t kasih kerana tdk kedekut berkongsi resipi

    BalasPadam
  24. 1st time cuba.. menjadi.. Alhamdulillah. Terima kasih kerana tidak kedekut berkongsi resepi.

    BalasPadam
  25. Pertama dalam hidup buat nasi lemak, suami request, saya gugel jumpa resepi ni terus buat. Tak ikut sukatan sangat main campak2 je, janji bahannya sama ha3. Tapi jadik, suami cakap sedap sangat boleh buat niaga ha3. 2pinggan dia bedal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Tahniah. Memasak guna pandai mengagak juga

      Padam
  26. Assalam,,k.zie...sy first time comment blog ni...tp sy sllu follow resepi akak...mmg menjadi je...tp sambal nasi lemak ni xpyh ltk belacan ke?

    BalasPadam
  27. Dah siap lagi satu..selalu nasi lemak tumis je..hehehe
    azzaazyra.blogspot.com

    BalasPadam
  28. Masak nasi lemak tu isi air biasa dulu ya ..ukur beras mcm biasa ke? Masa bila patot masok santan jika beras 3 pot? Berapa bnyk santan ya?

    BalasPadam
  29. Sedapnya....mohon halal resipi..hihi

    BalasPadam
  30. Bestnya..sedap sedap....mohon halal yea resipi

    BalasPadam
  31. Resipi untuk berapa sukatan beras?

    BalasPadam
  32. Alhamdulillah.. thanksomuch admin. Brunch nasi lemak arini. Menjadi malah sedapp. Moga murah rezeki & dirahmati Allah selalu to admin n family

    BalasPadam
  33. saya dah cuba.. mmg menjadi. tq zie.
    saya kalau cari respi memang buka blog zie je. senang mudah dan sedap ��


    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Tetima kasih kr sudi menulis komen di sini

      Padam
  34. dah jumpa dah..resepi simple tapi sedap sebab sokmo try resepi dari blog kak azie ni :-)

    BalasPadam
  35. Salam..kak azie...
    Trima kasih share recipee...ni dah menu ke berapa ntah dah try dr blog akak...
    Nice taste n sangat sedap...
    Alhamdullillah..
    Keep on writing kak..

    BalasPadam
  36. Nice recepi...cube jhn xcube

    BalasPadam
  37. Esok pg nk try.... Tq share mcm2 resipi...mmg setiap kali gooole resipi mesti cri blog azie...

    BalasPadam
  38. Sblm ni sy msuk kn smua skli. Bila dh msk, nasi tu ade putih2. Walaupun rase lemak, tp rupanya cm x cntik. Mlm ni nk try cm Kak Zie nye lak. Hrp menjadi..

    BalasPadam
  39. cili kisar jika ganti dgn cili giling dalam pek boleh jga ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Tapi lebih sedap jika guna cili kering yang direbus dan kisar sendiri. Tak ada bahan pengawet

      Padam
  40. Kak Azie.. nak tanya klu masak nasi lemak .. sambal perlu ker masukkan serai n halia??? saya confuse... ajar la budak baru belajar nak masak nasi lemak nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau saya, memang tak letak serai atau halia. Tapi ada kala, saya letak sedikit sahaja halia dalam sambal. Jadi terpulang. Tapi kebanyakan masa, saya tak letak

      Padam
  41. Hm lapar pula jadinya tengok petang2 ni

    BalasPadam
  42. Boleh cuba ni. Sambal tumis tu nampak sedap sgt.

    BalasPadam
  43. Salam Kak Azie, saya memang dah lama dok ikut blog akak ni, kalau tringat nak masak apa2, slalu buka blog akak,harini tergerak hati baru nk komen,hehe.. Alhamdulillah, slama ni kalau buat nasi lemak & sambal,slalu ada yg kurang,kali ni alhamdulillah menjadi buat nasi lemak pakai resepi akak, thanks byk2 ye,happy sangat!

    BalasPadam
  44. Klau pakai santan peket, brpa pot nasi yer kak?

    BalasPadam
  45. saya masak nasi lemak selalu cepat basi, adakah disebabkan oleh terlebih santan?

    BalasPadam
  46. Salam kak.

    Mira dah try cara masak nasi yang akak ajar. Memang menjadi tapi a bit confuse on sukatan air dan santan sebab selama ni santan tu masuk terus dengan beras dalam rice cooker.

    So lepas tengok video akak, Mira pun try an error. 3 cawan Nasi dengan 1 1/2 cawan air. Then nasi dah masak, letak 1 1/2 cawan santan pekat. Cuak jugak takut tak jadi tapi Alhamdulilah menjadi tapi tak sure betul ke cara Mira buat nie.

    Nway Tq kak Azie for the recipe. Dah tahu dah cara nak buat Nasi Lemak yang nampak putih bersih. Selalu kekuningan bila beras dan santan disatukan.

    Mohon kongsi resepi di blog Mira yer.
    Jemput singgah blog Mira yer.

    https://www.jomhidupsihat.com

    BalasPadam
  47. Biasa main cmpak je semua then tggu nasi masak. Esok nk try mcm azie ajar la. Hope menjadi...abam2 bomba request nk mkn nasi lomak pulak kat balai esok huhuhu. Tq azie

    BalasPadam
  48. sis azie, klu guna cara msk nasi lemak yg begini thn lama x nasinya tu...tq

    BalasPadam
  49. Kalau masak sambal nasi lemak tak bubuh serai boleh tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer. Itu opsyenal sekadar untuk menambah bau wangi

      Padam
  50. kak Azie, saya suka sangat tengok blog akak. banyak resepi yang akak dah publish saya dah try, sampai balik kampung Pahang pun saya angkut resepi akak, resepi akak memang menjadi masakannya, tq ye akak

    BalasPadam
  51. Kak azie,Mohon guna resepi ye..halalkan ye.byk jgk sya guna resepi kak azie,halalkan ye

    BalasPadam
  52. Salam kak zie. Terima kasih kerana sudi untuk muat naik resepi ini. Namun saya rasa teknik menyiram santan selepas nasi hampir masak tidak memberi manfaat untuk mendapat konsistensi dan tekstur nasi. Ianya membuatkan nasi menjadi seakan pulut. Beras yang saya gunakan beras Basmati tetapi alangkah pelik apabila beras Basmati menjadi seperti pulut sesudah masak sepenuhnya. Apa-apa pun, terima kasih kak zie.

    BalasPadam
  53. Mohon tiru resepi ye kak zie. Dh beberapa kali dah cuba. Sdap. Tq

    BalasPadam
  54. Hi. Selalu baca resipi cik/puan di sini tetapi kenapa kadang2 resipi itu hilang? Contohnya, hari ini baca 3 resipi untuk set nasi lemak iaitu resipi ayam goreng berempah, sambal ikan bilis dan nasi lemak. Esok harinya, resipi ayam goreng berempah dah hilang. Kenapa ya!

    BalasPadam