Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Korea Day 2 Part 3 Makan Malam Di Yogaane

Makan Malam Di Yogaane Korea

Selepas itu, kami mencari kedai makan yang dikatakan terletak di atas bangunan Artbox bersebelahan Forever 21. Tapi signage di kedai tersebut kelihatan berbeza. Bila saya naik bertanya, memang ianya adalah kedai makan yang baru. Kami mencari pulak kedai makan Yogaane yang menjual Seafood marinated fried rice. 

Makan Malam Di Yogaane Korea

Di sini, yang boleh dimakan hanyalah Seafood Marinated Fried Rice yang digoreng dihadapan kita. Seronok pulak melihat mereka menyediakan nasi goreng. 

Jom layan gambar gambar semasa mereka menyediakan nasi goreng. Mula mula mereka memanaskan kuali dan diletakkan butter, daun bawang serta bahan bahan seafood yang digunakan. Kacau sehingga seafood masak. 

Makan Malam Di Yogaane Korea

Kemudian dimasukkan nasi berserta dengan sambal. Dan digaul rata sehingga sebati. Haa sedia untuk dinikmati. 

Makan Malam Di Yogaane Korea

Makan Malam Di Yogaane Korea

Harga 5000 won untuk satu seorang dan kami hanya memesan untuk 2 orang sahaja. Itu pun sudah cukup untuk kami bertiga.


Selepas makan, kami teruskan berjalan jalan di Myeongdong Street. Boleh rujuk entri sebelum ini di SINI




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Korea Day 2 Part 3 Makan Malam Di Yogaane"

  1. menyelerakan sungguh nasi gorengnya Kak Azie

    BalasPadam
  2. Sedapnya! Sekadar soalan, bekas menggoreng seafood fried rice tu berasingan ke untuk makanan tidak halal yang lain?

    BalasPadam