Korea Day 2 Part 3 Makan Malam Di Yogaane





Selepas itu, kami mencari kedai makan yang dikatakan terletak di atas bangunan Artbox bersebelahan Forever 21. Tapi signage di kedai tersebut kelihatan berbeza. Bila saya naik bertanya, memang ianya adalah kedai makan yang baru. Kami mencari pulak kedai makan Yogaane yang menjual Seafood marinated fried rice. 




Di sini, yang boleh dimakan hanyalah Seafood Marinated Fried Rice yang digoreng dihadapan kita. Seronok pulak melihat mereka menyediakan nasi goreng. Jom layan gambar gambar semasa mereka menyediakan nasi goreng. Mula mula mereka memanaskan kuali dan diletakkan butter, daun bawang serta bahan bahan seafood yang digunakan. Kacau sehingga seafood masak. 




Kemudian dimasukkan nasi berserta dengan sambal. Dan digaul rata sehingga sebati. Haa sedia untuk dinikmati. 





Harga 5000 won untuk satu seorang dan kami hanya memesan untuk 2 orang sahaja. Itu pun sudah cukup untuk kami bertiga.




Selepas makan, kami teruskan berjalan jalan di Myeongdong Street. Boleh rujuk entri sebelum ini di SINI




Korea Day 2 Part 3 Makan Malam Di Yogaane Korea Day 2 Part 3 Makan Malam Di Yogaane Reviewed by Azie on January 21, 2016 Rating: 5

2 comments