Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Buat Yang Menggelar Diri Sebagai Hamba Allah




Saya menulis coretan ini semasa berada tinggi di awan biru dalam 3 jam penerbangan balik ke Kuala Lumpur. Setiap kali terbang, saya pasti akan melihat awan awan dan langit biru yang sangat indah kejadiannya. Namun saya tidak dapat menikmatinya kali ini kerana mengambil penerbangan malam. Subhanallah betapa hebatnya makhluk ciptaan Allah. Bukan hanya manusia, makhluk ciptaan Allah tetapi juga semua yang dapat kita lihat dan juga yang tidak mampu kita sebagai manusia melihatnya. Segala makhluk Allah yang di langit dan di bumi sentiasa berzikir dan bertasbih memuji Allah. Dalam surah Al Hashr ayat 21 bahawa sekiranya Al Quran diturunkan atas sebuah gunung, nescaya gunung akan kusyuk sehingga pecah belah kerana takutkan Allah. Sedang ada kalangan manusia yang dijadikan khalifah Allah di muka bumi ini tidak takut dan tidak taat pada Allah. Sehingga dalam satu hadis disebutkan dalam 100 orang, hanya 1 orang sahaja yang dimasukkan ke syurga. Betapa ramai manusia yang masuk ke neraka. 

Pasti ada yang tertanya kenapa saya menulis begini. Saya tahu tidak semua orang akan suka pada kita dan pada masa sama tidak semua orang membenci. Coretan ini saya tujukan khas buat seseorang dan juga mereka yang menggelar diri sebagai Hamba Allah yang menulis komen menasihati saya. Saya tersenyum sendiri, saya tidak sedih, tidak marah cuma sangat kasihan dengan manusia yang jahil agama dan menjual agama dengan begitu murah. Mengaku beriman tetapi tidak dapat menerima takdir Allah yang pastinya menpunyai hikmah yang tersembunyi. Hikmah  adalah sesuatu yang tidak diketahui apa, bila dan bagaimana Allah mahu menggantikan musibah dengan sesuatu yang lebih baik. Pastinya seseorang yang diuji perlu sabar dan solat. Bukan meroyan serta bersedih sehingga merendahkan maruah sendiri yang selama ini dirasakan 'tinggi' di mata manusia kerana pangkat dan harta. Janganlah ianya menjadi serendah status 'penjual kuih' yang selama ini dikatakan tidak setaraf dengan anda...

Akhir sekali, apa apa sahaja yang dimiliki perlu dijaga sebaiknya supaya tiada penyesalan sehingga meroyan dan menyalahkan orang lain bila diri kecundang dan kehilangan. Nasihat saya, bila diuji kenalah sesiapa pun kembali pada Allah bukan lagi mencoret menambah catatan dosa. Mengadu hanya pada Allah, bukan di fb. Saya tidak mengatakan saya terbaik atau sempurna. Kesempurnaan hanya milik Allah. Akhir sekali, jagalah diri dan keluarga masing masing.  Doakan yang baik baik untuk semua dengan ikhlas. Terimalah apa sahaja takdir yang Allah tetapkan....



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Buat Yang Menggelar Diri Sebagai Hamba Allah"

  1. salam kak azie, saya ni kekadang singgah baca coretan kak azie ... saya suka baca coretan kak azie yang banyak berbentuk nasihat dan peringatan. semoga kita semua sentiasa redha dengan ketentuan allah, dan sentiasa memperbaiki diri ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Terima kasih kr sudi menulis sepatah dua di kala ini.

      Padam
  2. Saya selalu tertunggu2 post akk...kalau x ada...saya ckp.."ala xde yang baru ke"....dgn rasa kecewa...hihi

    BalasPadam
  3. Suka suka.... Terbaik yang ni "Kesempurnaan hanya milik Allah".

    BalasPadam
  4. Apa2 pun kak Ni pngikut setia blog dan instagrm Azie.keep it up

    BalasPadam
  5. Saya adalah pembaca senyap blog k azie..tapi entah kenapa tergerak hati utk menulis di sini bila membaca coretan terkini k azie. Memang betul tiada manusia yang sempurna hanya Allah s.w.t. Kita sebagai hambanya perlu sentiasa memperbaiki diri dan tidak berserah pada qada dan qadar semata-mata. Terima kasih k azie atas perkongsian ilmu setiap kali bersiaran. Wasalam

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kak azie.. Salam perkenalan.
    saya suka baca blog akak. Btw, thanks utk perkongsian resepi-resepi akak :)

    BalasPadam
  7. saya tering ternanti2 resepi baru dari akak..
    ignore je yg menggelar diri hamba Allah tu.

    BalasPadam
  8. Betul tu..semua manusia ade khilafnya...tapi susah nak cakap jugak kak azie,kalau bukan kita yang mendapat "ujian yang berat" tersebut. Ramai yang tersasar dan mudah meroyan apabila diuji. Tapi kita pun paham dan tak boleh nak salahkan mereka yang meroyan tersebut seratus peratus...sebab setiap orang ada cara tersendiri nak melepaskan kemarahan..cuma zaman moden hari ni, social media menjadi tempat mereka share kegembiraan dan kesedihan. saya setuju yang sebaiknya kita kembali kepada Allah swt. Apapun,Allah yang akan menghitung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang boleh menggunakan media sosial kalau tidak melibatkan orang lain. Bila melibatkan maruah orang lain, bersedia untuk diambil tindakan undang undang.

      Padam
  9. Betul apa yang puan katakan, 
    Apa apa catatan di fb mahupun di blog ini, sama juga kan? Namun yang penting kita belajar.  Kita juga bukanlah tuhan untuk menentukan tahap kesabaran seseorang, ataupun menentukan dosa dan pahala orang, yg beriman itu adalah sebaik2 orang yang tidak riak beramal, kita mungkin tidak tahu seseorang itu solat bangun tahjud siang malam yang bukan kuasa kita untuk mengetahuinya. Hanya Allah yang mampu mengukur. Perlu diingatkan doa orang yang teraniaya tiada hijabnya..  Let us all leave it to Allah right? 
     
    Pada saya bila diri teraniaya, kita kene bangkit untuk menghentikan penganiayaan, Allah does not approve of injustice, neither do we. Sabar bukan bererti terima sahaja penganiayaan. We need to defend ourselves right?
     
    Dalam surah Al Ankabut 29:8
    And We have enjoined on man goodness to his parents. But if they contend with thee to associate (others) with Me, of which thou hast no knowledge, obey them not. To Me is your return, so I will inform you of what you did.
     
    Begitu juga dalam 
    ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995
    Gangguan Pihak Ketiga falls under clause
    Seksyen 34. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya


    Apa-apa pun kita kene bersikat positive. Saya suka baca coretan Azie Kitchen ni. bermanfaat...tapi lately sangat sibuk dengan urusan lain...saya selalu buat kek guna resipi Azie Kitchen ni. Alhamdulillah...
     
    Saya pun kene berjaga jaga dan dekatkan diri pada Allah, nanti bila dah tua nanti, saya takut "hot-flush" atau menopause nanti takut datang meroyan juga. Sama sama lah kita beristighfar. Terima kasih atas tunjuk ajar

    BalasPadam