23 Aug 2015

Cendawan Tiram Goreng Rangup


Cendawan Tiram Goreng Rangup


Saya menyediakan Cendawan Tiram goreng rangup untuk dimakan begitu sahaja. Selepas balik dari melakukan brisk walking mengelingi tasik, saya melakukan sedikit gardening dengan trim dahan dahan pokok delima. Hmm saya budak kampung, tak ada kekoknya untuk menggunting pokok sendiri walaupun pokok delima yang berduri. Malahan sebelah petangnya, saya menabur baja buah pada pokok delima dan memberi baja daun pada pokok lain di samping meletakkan ubat untuk siput babi. Tak pakai glove pun, guna tangan jer untuk memegang baja. 

Sejak kecil saya sudah biasa menanam pokok dengan menggunakan baja tahi lembu asli lagi. Tahi lembu yang dah kering ler, tak kan lah yang masih lembik pulak. Gaul gaul dengan tanah dan tanam pokok. Pokok menjadi sangat subur. Selepas selesai mencantas pokok delima, barulah saya ke dapur. Makan meratah cendawan goreng sementara menunggukan Meatloaf di SINI dibakar di dalam oven. Kiranya makan tengahari kami adalah cendawan tiram goreng dan meatloaf. 

Kami memang telah mengurangkan pengambilan nasi. Bila usia meningkat, berat berlebihan memberi bebanan pada lutut. Alhamdulillah Allah telah memberi kesembuhan pada lutut saya yang sakit sejak Ramadhan lalu. Kesakitannya sangat terasa sehingga ada kala saya seperti menitis air mata menahannya. Allah menemukan saya dengan seorang sahabat yang seterusnya membuka hati saya untuk melakukan brisk walking. Selepas 2 hari mengajak Boy menemani saya mengelilingi tasik yang mendamaikan, kesakitannya hilang dan saya seperti diberi ruang yang baru. Inilah nikmat yang tidak terhingga yang Allah kurniakan. Kita hanya menghargai nikmat sihat setelah kita sakit. Jadi selain melakukan exercise, saya juga kena mengawal berat badan. Mahu tak mahu, suka tak suka, saya terpaksa melakukannya walaupun saya memang tak boleh berpisah dengan nasi. Tekak dan selera anak petani yang dibesarkan dengan tanaman padi lah katakan.




Cendawan Tiram Goreng Rangup


Sangat sedap cendawan tiram goreng ini. Tepungnya sangat rangup dan krup krap krup krap bila dikunyah serdaknya. Boleh juga digunakan resepi ini untuk membuat pisang goreng. Dengan meletakkan sedikit tepung jagung, hasilnya sangat rangup

Jom layan resepi mudah dan sedap ini. Boleh disediakan sebagai kudapan untuk hidangan waktu petang...



Cendawan Tiram Goreng Rangup

Cendawan Tiram Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 paket cendawan tiram - bersihkan
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
Garam secukupnya
1/2 cawan air atau secukupnya
Minyak - untuk menggoreng

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas kecuali air. Gaul sebati. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya.



Cendawan Tiram Goreng Rangup

Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Celup cendawan tiram ke dalam adunan tepung dan masukkan ke dalam kuali. Goreng selama 4-5 minit atau sehingga keperangan.



Cendawan Tiram Goreng Rangup

Angkat dan tos. Sesuai dihidangkan bersama teh O. 


19 ulasan

Nikmatnya..mesti rangupkan..

kak azie..i'm your silent reader..saya banyak amik resepi kak azie utk dicuba..alhamdulillah..menjadi..tima kasih kak sudi kongsi resepi...keep it up..biras saya pun suka amik resepi dr blog ni..

Assalamualaikum Azie,
Brisk walking memang baik, especially untuk wanita yang dah menjangkau 40-an. Amalkan selalu.. insya'Allah..

singgah sini ambil resepi mee sup istimewa

Wah tak sabar nak buat ni...terima kasih kak

Selera sungguh tengok cendawan ni.. Dah lah favorite saya setiap kali gi kedai Tomyam..thanks for the recipe!

Salam kenal kak

http://masuri24.blogspot.com/2015/08/set-kesihatan-serendah-dari-rm-100.html

Sedapnya. Nak try buat la. Jemput ke blog saya ye BLOG SEECHANTEQ

T. Kaseh resipi cendawan tiram goreng ranggup sekali!

Saya dh cuba ,memang rangup .terima kasih atas resepi.

saya dah cuba semalam. suami suka btol makan. rasenye boleh ke guna resepi y sama utk sotong goreng tepung? hmm tq share resipi ni... :)

Baru masak ni..mmg rangup dan sedap

Da try buat tapi mungkin bukan taste saya kot. Hehe. Lagi sedap kalau ikut resepi yang macam biasa jual kat pasar malam tu

Resepi psr mlm tu mcm mana?

Entah xtaw jgk diorg gne pe. Da lame cri resepi sedap cmtu tp x jmpe lg

πŸ„ CENDAWAN TIRAM PUTIH πŸ„

BERITA BAIK UNTUK PENGGEMAR CENDAWAN & USAHAWAN CENDAWAN GORENG!!!πŸ„

Rm 14 / 1kg
Rm 5 / 300gram

Kini dapatkan CENDAWAN segar dari ladang dengan harga yang berpatutan..bleh call@ wssp utk rundingan harga borong...

Kenapa anda perlu mendapatkn drpd kami..ianya kerana:-

🌹
✅ Order hari ini kami petik hari iniπŸ˜‰
✅ 100% organik
✅ Tanaman dari muslim
✅ Semestinya HALAL!!
✅ Pastinya sedap dan lazat

Ok apa lg..dptkan drpd kami jom wssp/call utk dpt kan harga istimewa :-
Hafiz -019 3109 638

Resipi kat sini semua best2. Keep it up kak azie :)

Tq sbb sudi share resepi ni.btol2 ranguppp hehehehe

Sy suka koleksi resepi2 sis... Sy mmg follow blog sis ni... And inspired baca bab brisk walking tu... Sy pun dh kena start buat... Tq sis for sharing :)
Kalo ada FB leh lah nak friend : FB saya : facebook.com/NFaridahJ :)


EmoticonEmoticon