Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Begedil Yang Sedap Dimakan Begitu Sahaja


Begedil Yang Sedap


Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa Begedil ini adalah yang terbaeek saya sediakan setakat ini. Saya sediakan Begedil untuk dihidang bersama Soto Ayam yang Nana sediakan di SINI. Banyak sebabnya saya katakan begitu. Pertamanya, kerana rasanya yang sangat sedap sehinggakan kami makan lepas satu satu seolah makan cekodok sahaja. Keduanya, ia disediakan dalam keadaan anak anak turut sama berada di dapur. Jadi sangat meriah dan ceria. Ketiga, kerana makan dalam keadaan berebut rebut sebaik ianya diangkat dari kuali. Apa pun kalau dimakan berebut, memang lah nikmat nyeer. Nana bising menegur kami yang makan kerana dia kuatir kalau tidak cukup untuk dihidangkan. Sebenarnya hari ini, saya menyediakan Begedil tanpa mengikut sukatan pun. Semuanya saya main campak campakkan dan dirasa sedikit. Bila sesuai rasanya, barulah dipecahkan telur kuning. Rasanya lebih dari 1 kg ubi kentang yang Nana kupas. Tapi sebagai panduan, saya sediakan sukatan resepi dari entri sebelum ini di SINI jika ada yang mahu mencuba.


Begedil Yang Sedap

Saya sebenarnya penggemar Begedil. Kalau makan soto di mana mana, hubby mesti berikan begedil pada saya kerana tahu apa yang saya gemari. Tapi kalau nak sedap, Begedil eloklah disediakan sendiri di rumah. Begedil yang dijual sekadar bahan bahan asas sahaja kerana mereka inginkan keuntungan. Cara penyediaan begedil kali ini agak berbeza dengan apa yang saya biasa buat. Ini adalah kerana daging kisar digoreng tanpa minyak dan kedua dimasukkan telur kuning ke dalam adunan. Jadi ianya lebih mudah melekat dan senang untuk dikepal dan dibentuk. Hmm penyediaan Begedil dan keenakannya pasti terpahat dalam ingatan sampai bila bila. Hahaha best ever Begedil giteww.

Jom layan resepi begedil yang mudah tapi sedap ini....



Begedil Yang Sedap


Begedil Daging 
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
1/2 kg ubi kentang 
200 gm daging/ayam kisar - goreng tanpa minyak
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat 
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup - dihiris halus 
1/2 labu bawang besar - di potong dadu 
2 biji telur ayam - asingkan kuning dan putih 
Garam secukup rasa 

Cara cara:
Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu. 




Masukkan semua bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Gaul rata dan dirasakan dulu garamnya. Setelah secukup rasanya, baru dimasukkan telur kuning. Ambik sedikit adunan dan dikepal kepalkan. Bentukkan bulat dan kemudian dileperkan sedikit. Buat sehingga habis. 




Dalam bekas lain, kocak kocakkan telur putih. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur putih terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan. Minyak tak perlu banyak sangat, agak agak tenggelam separuh begedil sahaja. Nota: boleh juga jika ingin menggunakan sebiji telur (putih dan kuning telur) untuk mencelup.


Begedil Yang Sedap


Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan begedil sehingga ia betul-betul garing. Agak agak sebelah bawah dah garing baru terbalikkan. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan atas tisu dapur. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.


Begedil Yang Sedap



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

27 ulasan for "Begedil Yang Sedap Dimakan Begitu Sahaja"

  1. sedapnye..

    done follow your blog

    BalasPadam
  2. Akan cuba resepi begedil kak azie untuk rumah terbuka hujung minggu ni. Hehe

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum....
    Saya suka masakan dan menu kak azie ni...sedap!!!
    Dulu kalau nk makan siakap 3 rasa,,kena p mkn kat luar..
    Tp bile dh buat ikut resepi kak Azie,,en suami dan anak puji...
    Jimat duit,,jimat tenaga,,ilmu bertambah,,suami pon syayang lebey!!!
    Terima kasih kak Azie!!! Sayang akak ketat ketat!!

    BalasPadam
  4. nk tnye la Kak Azie. before lenyekkn kentang tu, selain dri mnggoreng, ok ke klu sy rebuskn kentang tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je... Di rebus lg tidak makan byk minyak

      Padam
  5. Hari ni je dua resepi kak azie saya guna. Bihun goreng dgn bergedil. Dedua best. Nyummm thankyou kak.

    BalasPadam
  6. saya suka bab asingkan putih dan kuning telor tu, kreatif Kak Azie

    BalasPadam
  7. Tq sudi share resipi,nak try buat begedil utk dinner malam ni.😊

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam
  8. Esok ada potluck kt ofiz..dpt tasking wat begedil. .nak try la resepi ni..hihihi!

    BalasPadam
  9. Dah pernah try resepi ni..alhamdulillah sdap sgttt..rsepi kakazie mmg x pernah mnghmpakn.tqvm

    BalasPadam
  10. Daging xyh grg dlu ek kak. Nk try gk ni. Hehe

    BalasPadam
  11. Sy pun baru try. Sedap dan mmg menjadi. 😊 Daging tu bole rebus kan?

    BalasPadam
  12. Salam kak azie, daging kisar tu perlu dimasak dulu ke sebelum gaulkan dengan bahan2 lain?maaf kak sebab saya keliru yg tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. daging kisar digoreng tanpa minyak. ada saya tulis dalam blog. Kena baca juga blog utk tengok tips.

      Padam
  13. cuba tukar kentang kepada keledek ....lagi sedap kak azie sbb rasa kentang yg manis

    BalasPadam
  14. salam Pn Azie. kalau masukkan carrot dalam begedil, pecah tak bila goreng?

    BalasPadam
  15. As Salam kak azie kalau ganti telur dgn tepung jagung ok x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pasti kerana belum pernah mencubanya. Telur sebagai agen utk melekatkan adunan

      Padam
  16. klu x masukkan daging dgn ayam boleh tak??

    BalasPadam
  17. Resepi sebiji macam di halaman www.rasa.my. Owner resepi ialah Mastura Abu Kasim.

    BalasPadam
  18. Dulu sekolah belajo letak tepung. Mana mana pun boleh suami kata sedap. Banyak dah resepi saya belajar dari unty azie. Heee nama mak saya pun azie

    BalasPadam
  19. Assalam puan azie ..maaf ye mggu..nak tnye boleh?
    Daging tu kena dimasak dulu atau pon msuk trus dlm adunan bergedil tu

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum cik azie..setiap kli sya google resepi mskn..mmg akn sya cuba resepi cik azie..resepi2 cik azie mmg mantap..simple dn sedap..😋😋..mmg xda mengecewakn..sya mohon halalkn ya setiap resepi yg sya dh guna..mdh2an pahala nya jua pada cik azie..

    BalasPadam