17 Jun 2015

Telur Dadar Padang


Telur Dadar Padang

Tiba tiba teringat bait lagu yang telah lama tidak saya mendengarnya. Tetapi saya lupa nama lagu dan penyanyinya. Saya mula menggoogle dengan menulis bait yang saya masih ingat dan sangat menyentuh jiwa saya. Alangkah gembiranya kerana saya telah menemui lagu Bunga Mawar nyanyian The Mercy's di SINI. Antara bait yang saya suka dengar berulang ulang kali ialah:

Oh bunga nan rupawan,
rindu hati siang dan malam,
Hasratku ingin berdua untuk selamanya,
Kemana ku mengadu,
bulan bintang pun tak tahu,
Cintaku hanya lah satu, 
kekasihku

Semasa saya bercuti sakit kerana demam, hampir seharian saya memainkan lagu ini berulang ulang kali, betapa saya sangat merindui seseorang. Kesakitan merindui saat saat manis yang tidak dapat dirungkaikan dengan kata kata. Merindui seseorang yang sebenarnya masih di hadapan mata. Meleleh leleh airmata sambil mendengar lagu ini. Saya tak sanggup lagi kehilangan. Biarlah sahaja ajal yang memisahkan dengan cinta hati saya.


Telur Dadar Padang

Jom kita tinggalkan bab jiwang jiwang saya. Esok dah masuk bulan Ramadhan. Tak mau lagi melayan jiwang jiwang saya ni. Rugi jika tak diambil peluang pahala berganda yang ditawarkan Allah dalam bulan Ramadhan. Sekarang meh layan resepi lauk mudah. Semua orang pun tahu memasak telur dadar yang semudah ABC sahaja. Kali ini yang berbezanya ialah saya menyediakan Telur Dadar Versi Padang. Berbaloi baloi mencubanya, sangat sedap dimakan panas panas walau dengan hanya nasi putih kosong. Sangat sesuai disediakan sebagai menu bersahur di bulan Ramadhan ini.


Telur Dadar Padang

Telur Dadar Padang

Bahan bahan:
4 biji telur
2 sudu besar tepung beras
3 sudu besar kelapa parut
2 batang daun bawang - hiris nipis
Garam

Bahan Kisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 batang cili merah

Cara cara:
Kacau telur dengan semua bahan kisar sehingga rata. Kemudian masukkan bawang hiris dan lain lain bahan. Kacau lagi.


Telur Dadar Padang


Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tuang telur. Goreng sehingga garing dan dibalik balikkan.


Telur Dadar Padang


Bolehlah angkat dan dipotong mengikut citarasa masing masing.



2 ulasan

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan ye.. Jangan sedih2..
Sedap nampak telurnya..


EmoticonEmoticon