11 May 2015

Ikan Goreng Berlado Stail Minang


Ikan Goreng Berlado Stail Minang

Saya memang suka masakan stail Minang yang walaupun sangat ringkas tapi sedap. Hari ini saya menyediakan Ikan Goreng Berlado Minang lagi. Resepi ini sangat ringkas dan mengambil masa yang sangat singkat untuk menyiapkannya. Gambar saya ni bukan gambar hiasan tapi gambar untuk terus dihidangkan. Jadi ikannya dah tersembunyi di sebalik rencah yang sedap. Hahaha malu kot...


Ikan Goreng Berlado Stail Minang

sebelum kita tengok resepi, saya ingin kongsikan sedikit antara inti pati kuliah Jumaat Ustazah Ros Izanuri bahawa apa perkara yang dapat menghindari api neraka. Ianya adalah mata yang menangis sewaktu solat malam. Bukan bilangan yang banyak menjadi ukuran tetapi keikhlasan. Ikhlas kerana Allah Taala. Islam adalah agama yang tidak memberatkan. Kalau tak mampu berpuasa di bulan Rejab dan Syaaban, boleh sahaja berpuasa seperti biasa iaitu Isnin dan Khamis untuk melatih diri berpuasa sebelum tibanya bulan Ramadhan Al Mubarak. 

Jom layan resepi dulu...


Ikan Goreng Berlado Stail Minang

Ikan Goreng Berlada Stail Minang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan bawal - lumur garam kunyit
10 biji cili merah
6 ulas bawang merah
1 keping asam keping/air asam jawa
Garam
Gula

Cara cara:
Goreng ikan sehingga garing dan angkat serta ketepikan.

Tumbuk/kisar cili dan bawang merah sehingga hancur. Tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak. 

Masukkan asam keping, garam dan gula serta sedikit air. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng ke dalam kuali dan gaul rata.

Sedia untuk dihidangkan.


4 ulasan

Waaa... sedapnya... saya pon suka ikan goreng style Minang ni... biasanya sy guna cili padi kasi kaww lagi... pedas menyengat!

Suka betul sue baca blog kak azie..
Resepi biskut famous amus yang akk share tu mmg sue paling suka! febret suami & anak sue...terima kasih kak azie sbb tak lokek kongsi resepi..


https://blogmummyrifqiy.blogspot.com

nak buat ni untuk menu mkn mlm

Ikan keli goreng cam ni sedap!


EmoticonEmoticon