Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Moist Butter Cake Kegemaran Azie


Moist Butter Cake Azie Kitchen


Tiba tiba terasa sangat teringin untuk menikmati sekeping kek. Bila hasrat ini disuarakan, Juita membawa balik sekeping kek Red Velvet dari Secret Recipe. Namun ianya masih tidak menepati keinginan saya. 

Pada hari keputusan SPM diumumkan, sekali lagi kami ke Secret Recipe membeli 2 jenis kek yang juga tidak dapat memenuhi keinginan saya. Sebabnya? Haaa sebabnya saya hanya mahu menikmati kek kosong yang sedap disebabkan rasa kek itu sendiri bukan disebabkan frosting dsb. 

Kali ini saya meminta Juita menyediakan saya sebiji kek butter kerana inilah kek yang sebenarnya saya inginkan. Boleh klik di SINI untuk kek yang saya sediakan menggunakan resepi sama sebelum ini.



Moist Butter Cake Azie Kitchen


Sebelum melihat resepi, saya mahu selitkan sedikit bab solat dari kuliah Ustaz Adli. Solat lah yang paling ditekankan selepas ucapan kalimah syahadah. Solat adalah kata kata dan perbuatan khusus yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Solat adalah penghapusan dosa selagi tak dibuat dosa besar. Solat kita adalah ehsan dari Allah. Jika sakit atau nyanyuk, kita tak boleh solat. 

Matlamat solat ialah untuk mengingati Allah. Solat adalah untuk akhirat bukan untuk dunia. Jadi walaupun sakit, tetap solat. Tidak ada istilah tinggalkan solat dalam apa jua keadaan. Nikmat sujud adalah nikmat yang terbesar. Bayangkan perasaan mereka yang tidak dapat lagi melakukan sujud kerana keuzuran. 

Waktu itu hati akan terasa hina dina dan kita akan membesarkan zat Allah. Lambang sujud adalah bumi, jadi jangan sesekali letak dahi atas bantal dsb. Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberi sedikit manafaat kepada kita semua.

Jom layan resepi butter cake sedap mudah dan yang sentiasa menjadi kegemaran saya ini.  



Moist Butter Cake Azie Kitchen

My Best Ever Butter Cake

Bahan bahan:
250 gram pure butter jenama Anchor
250 gram tepung naik sendiri
180 gram gula kaster
4 biji telur
½ cawan susu segar

Cara cara:
Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.

Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).

Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan tepung. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.

Masukkan dalam loyang saiz 8-9" yang telah dilapik baking paper atau di spray terlebih dahulu. Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.

Nota:
Jika guna tepung gandum, boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder.

Bakar sekadar masak sahaja supaya kek kekal moist.

Moist Butter Cake Azie Kitchen



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

126 ulasan for "Moist Butter Cake Kegemaran Azie"

  1. Assalamualaikum Kak Azie,
    Bakar dalam oven guna api bawah sahaja atau atas bawah? Terima kasih atas perkongsian resepi dan tentang solat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau resepi tak sebut, kena guna api atas bawah. Kecuali disebut secara spesifik.

      Padam
    2. Assalam kak.Saya slalu baca blok kak azie,tp x pernah reply.Bukn resepi je,tazkirah yg akak tulis buat saya jatuh hati kat blok akak.Byk resepi akak yg saya cuba,semua menjadi,tq byk2 kak atas perkongsian.

      Padam
    3. Saya paling suka ikut resipi kak azie. ..kite org mache..

      Padam
    4. kak azie..cawan tu guna cawan minum kopi tu ke

      Padam
    5. Cawan standard yg dibeli di kedai menjual barangan kek. Ada pelbagai sukatan. Ada 1/4 cawan, 1/2 cawan. Dsb. Guna cawan tu.

      Padam
  2. wow kak...mmg moist tu...

    BalasPadam
  3. Wow kak,boleh saya cuba ^^

    Sekiranya kak memerlukan servis membina website untuk dispplay semua resipi ikut kategori lagi bagus, nanti boleh buat bisnes online.

    http://www.perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/

    BalasPadam
  4. Saya suka juga juga butter cake, terima kasih Kak Azie atas perkongsian
    ymscreations.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Azie, saya dah try resipi ni semalam... mmg sedap! kengkawan kat office pun kata sedap. Tapi saya tak buat entry... sebab tak ambik gambar... nanti nak buat lagi sekali...

    TQ ya, 'dedahkan' resipi butter cake yang sedap ni.

    BalasPadam
  6. Slm kak azie. Sy nk tnye sikit mungkin akak lebih tahu kan. Hm mcm ni. Sy plan nk buat red velvet cupcake Tp sy nk jual kt koperasi sekolah maybe ade budak Mkn. Sy nk tnye red velvet tu bleh thn lama ke? Xmsm ke cream cheese tu nt ? And mmg Kena letak Dlm peti ke ? Tlg jwb ye akak. Thanks :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cream cheese tak tahan lama dan kena letak dlm chiller. Kalau nak tahan beberapa hari guna butter cream. Atau buat red velvet brownies.

      Padam
  7. Cream cheese ng butter cream beza mcm mne kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Butter cream tu...yg orang panggil aising. Adunan butter dan gula aising

      Padam
  8. salam k,azie, apa pdpt k.azie untuk buttercake yg dikukus spy lebih moist.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam saya dah try guna kukus .. Alhamdulillah jadi .. matap gitu .. Thanks Kak Azzie, ur cake is delicious.....

      Padam
    2. Kukus berapa minit puan?

      Padam
    3. Saya tak pernah kukus. Tapi kalau nak kukus perlu kukus smp masak. Lama mana bergantung pd periuk pengukus dan api. Cucuk guna tester. Bila tak melekat, tanda dah masak.

      Padam
  9. Hi Kak Azie, memang tempting...nak kena buat ni...mcm kak Azie cakap kekadang terasa nak menikmati keenakan plain butter cake...bukan topping nya bukan forsting nya...thx kak for sharing the recipe.

    BalasPadam
  10. Salam K Azie. Saya sudah cuba resepi ni. Mmg menjadi kegemaran anak-anak. T. kasih K. Azie

    BalasPadam
  11. Cikgu Hayati..
    saya suka butter cake...so nak cuba resipi...thanks Sis ...sharing is caring....

    BalasPadam
  12. salam..kak azie..butter tu..kak azie guna yg salted or unsalted?

    BalasPadam
  13. assalam kak azie, nak tanye, kek butter cmni bole tahan berapa hari yer, kalo sy buat hari rabu, bole tahan tak sampai hari ahad.. mohon jawab yer, hihihi -syima

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Kalau nak lama, wrap dengan aluminium foil dan simpan dalam freezer. Boleh google cara simpan dalam freezer dlm blog saya.

      Padam
  14. Dah try buat tadi. Sedap! Saya pakai susu cair. Thanks for d recipe! Tapi atas cake dia jd cam bubbles. Sbb overmix ke?

    BalasPadam
  15. Baru lepas mencuba. Sangat menjadi. gebu dan enak.
    cuma sy tukarkan beberapa bahan kerana itu shj yg ada dirumah tapi sebab teringin sangat hentam je.hehe susu kepada heavy cream emborg dan tambah sedikit plain yogurt dan pure butter kepada planta.

    Meyl.

    BalasPadam
  16. Gebunyaa.. wajib cuba ni..

    BalasPadam
  17. Baru cuba kek butter ni...alhamdulillah sedap 😍 - Haniza

    BalasPadam
  18. Terimakasih pada Puan Azie dengan tips dan kongsi bersama resepi kek ini. Saya sudah mencuba dan betapa lembut dan enak rasanya. Lemak kerana susu yang membangkitkan kewangian kek ini ketika membakarnya dan tidak berminyak. Alhamdulillah. Semua ahli keluarga dan jiran tetangga amat menyukai kek ini sebagai hidangan di Hari Raya Haji. Terimakasih.

    BalasPadam
  19. Saya sedang membakar kek butter guna resepi kak azie. Tqaseh ye :-)

    BalasPadam
  20. Dah byk kali cuba resipi pn azie... bukan kek je.. skrg kek dlm oven, semerbak bau dlm rumah... x sabar nk try. Selalu buat x letak susu, kali ni baru try letak susu cair sbb tu je yg ada... tkasih byk pn azie, mmg jadi rujukan sy kalau nk try masak or bake.-Dian-

    BalasPadam
  21. Sy sudah beberapa kali mencuba resepi kek ni dan juga resepi2 lain dri blog aunty azie.. trima kasih kerna sudi share... 😊

    BalasPadam
  22. Salam kak azie...nak tanye gune salted ke unsalted butter...lagi stu nk tny,telur tu guna gred ape ye...teringin nak cube resepi ni...-husna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya tak kisah pasal butter. Ikut ada stock. Biasanya salted. Telur biasanya saya guna yg saiz sederhana.

      Padam
  23. As'kum kak Azie..

    nak tanya,kak guna telur size sederhana tu A ke B?
    sebab saya selalu guna double A..boleh ke?

    BalasPadam
  24. Terima Kasih Kak azie
    Dulu pernah buat dan lupa resepi...

    Aisyah Ahmad

    BalasPadam
  25. As salam sis..klo guna sukatan pakai cawan mcm mana yer?maaf saya x de mesin penimbang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Cadangan saya beli jer penimbang. Kalau tidak cari dan guna resepi yang pakai cawan.

      Padam
  26. Salam kak...nk tanya bleh ker tepung naik sendri2 sy tkr kpd tepung superfine...perlu tambah baking powder x...

    BalasPadam
  27. As salam kak azie. Dlm oven letak rak yg tengah ke rak bwh ye ?
    Tq kak, nak sgt cuba wat kek ni... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya biasanya guna yg tengah shj

      Padam
    2. Sy dah cuba kak. Rasa kek ni mmg sdp. Tp permukaan kek sy merekah, pecah2 & kek x msk lg, tp dah hangus. Angkat dan kuarkan dr loyang, tgk2 dia cam turun cket kak. Sy potong kat tgh, tgk cam ada tompok2 kecik2 yg menandakan kek ni mendap cket.Apa yg jadikan kek sy jd cam 2 ye... Sy salah pukul ke, atau oven sy ke yg masalah.
      Tp yg penting kek ni mmg sdp kak..
      Nnt nak cuba semula...hehe
      Tq.. :)

      Padam
    3. Kepanasan oven dg oven yg lain tak sama. Semasa dibakar, jika nampak mula perang sedang dalam masih mentah, mula kena kurangkan suhu

      Padam
  28. Salam kak..
    boleh ke guna gula biasa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Gula kaster halus. Jangan pulak guna gula kasar ya

      Padam
  29. As'salam kak Azie...kalau kukus boleh tak?oven tak de... heheee

    BalasPadam
  30. Thank you kak Azie for the resepi.. Saya dah buat semalam memang sedap dan gebu.. Untuk makluman kak Azie saya kerap merujuk resepi-resepi kak Azie untuk masakan saya... Semua ilmu resepi yang kak Azie kongsikan menjadi.. Terima kasih kak Azie atas perkongsian ilmu..

    BalasPadam
  31. Dah cuba guna resipi kak azie.. memamg terbaik..

    BalasPadam
  32. Kak azie..kalu guna tepung gandum nak berapa gram?

    BalasPadam
  33. Saya dah mencuba resepi butter cake ni..mmg moist dan sedap sngt. Tkasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam
  34. Baru buat td...Alhamdulillah menjadi..terima kasih resepiny

    BalasPadam
  35. Suka sgt hasilnya...sedap..sy try buat jd marble cake pun sedap.tp sy tukar guna gula pasir biasa sbb gula kastor dh abis, cuma kurangkn kpd 150g.tqvm

    BalasPadam
  36. Sukatan susu tu berapa ml ye

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum.. Nk tnye klu pki blender blh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Macam mana nk pukul butter pakai blender. Mana nk kembang butter tu

      Padam
  38. Salam kak azie, tumpang tanya klau nak buat frosting cream cheese, takpe ke saya pakai salted butter? resepi asal pakai unsalted one. Help me

    BalasPadam
  39. Kak..knp kek saya buat ni,1/3 ketinggian kek tu nampak mcm mentah.tapi permukaan bwh kek,mcm hangus.sebelum keluar oven,kek tinggi..selepas kuar oven,kek tu terus jadi penyek😌.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya dah overbake sebab oven dg oven lain suhunya. Jadi ianya belum masak.

      Padam
  40. Banyak kali dah buat resepi kek Butter kak azie ni. Memang puashati sangat. Terima kasih kak. Resepi mabeles 😍

    BalasPadam
  41. Salam akak.. Sy dh try.. Alhamdulillah menjadi.. Cuma gula sy pkai gula kasar tu tp sy blend halus.. Kurangkn jd 140 gm sbb suka kek manis sgt..susu tu sy pkai susu tepung bncuh dgn air.. Dan tepung sy pkai tpung gandum+baking powder dan tmbaj sedikit tepunv jagung.. Mabeles lah... Gebuuuu...

    BalasPadam
  42. rasa macam nak ngap terus seketul kek. semerbak bau satu rumah. kali ni cuba guna telur ayam kampung dan gula perang. not bad! memang sedap sangat.

    BalasPadam
  43. Jadi kek saya buat. Tapi saya letak wrna jadi wrna pelangi. Telur saya tambah lagi satu jadi 5 biji. X boleh nak kongsi gambar pulak. Hihi

    BalasPadam
  44. Tq ye kak .. resepi akak memang best... saya 1st time cuba guna resepi akak terus jadi gebu gebas.. hehe.. ni saya tgh buat lagi ni yg kali ke 3 huhu..

    BalasPadam
  45. Assalamualaikum kak..nk tanya.knp kek sy xnaik?mula2 dia naik..pastu lama2 menurun.sy xad terus keluarkan dr oven.sy biarkn dulu kek tu dlm oven skjp.tp menurun jgk.afak kenapa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kek dah bantat. Mesti ada yg tak kena di mana mana. Cuba lagi.

      Padam
  46. Assalamualaikum kak azie,Kalau kukus berapa minit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Tak pasti. Kena kukus smp masak lah. Guna lidi atau tester

      Padam
  47. Salam kak,kalau tepung gandum brp gram Dan baking powder berapa sudu teh kak? TErima kasih

    BalasPadam
  48. Salam kak azie..izin share resepi kek ni ye..

    BalasPadam
  49. Assalam kak zie...nk tnya, lau kita nk buat kek butter oren or perisa lain, masih bole guna basic resepi ni tak?then just tambah pati sunquick & kulit oren dlm adunan...thx..

    BalasPadam
  50. Dah cuba dan memang sedap...tq share resepi

    BalasPadam
  51. Terima kasih kak Azie. Pertama kali Sarah buat kek ni semalam. Alhamdulillah, menjadi dan sedap.
    (SarahSeth)

    BalasPadam
  52. sis, kalau guna tepung gandum, 250 gram juga ya? terima kasih.

    BalasPadam
  53. As salam ...maaf saya nk tanya boleh x kek nie buat jd rainbow kek ??
    Perlu ke gandakan bahan kalau untuk buat rainbow kek ..tq .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya cadangkan guna resepi kek rainbow kalau nak buat kek rainbow. Pasti dah tested oleh saya sendiri.

      Padam
  54. assalamualaikum. azie napa akak punya kek bila dah masak tu ada macam jalur/lapisan tak sekata masak nya di bahagian bawah kek? akak dah ikut resepi tapi tak cantik macam azie punya dalam gambar tu. smooth je, warna sekata.

    BalasPadam
  55. Sedang mencuba.. hopefully jadi.. insyllh tq sis

    BalasPadam
  56. Assalamualaikum kk azie sy dh cuba resepi ni mmg sedap cuma kek bila dh sejuk lapisan atas mendapentas sedikit di mana silap saya.k

    BalasPadam
  57. Assalamualaikum kak azie..sy nk btanaya..kalau pan cake tu kita gna yg size 11" bole ke?

    BalasPadam
  58. Assalamualaikum kak azie..mcm mana ye susu segar x ada..yg ad skrg ni susu pekat manis f&n dan susu tepong ank saya dugro hehehe..kak azie ad apa idea x untuk jdikn susu segar tu? blh gnti ke? iti je yg ad skg ni..tme ksih kak azie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Guna susu penuh krim dlm kotak atau dalam botol, pun boleh.

      Padam
  59. Wow. Baru try. Menjadi. Mekasih kak sudi share. Love it!

    BalasPadam
  60. Alhamdulillah...menjadi..terima kasih puan

    BalasPadam
  61. sy pun dah buat, sedappp, izin sy share dgn kawan2 ye =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan. Share dengan kawan kawan supaya lebih ramai dpt manafaat

      Padam
  62. kak azie nk tnya akk boleh? butter emborg sedap tak kalau nak buat kek atau biskut raya? sebab ada promotion..anchor mahal sgt huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asal pure butter ok jer beli yg murah. Boleh jimat

      Padam
  63. Salam..nak tanya sblum masuk tu nak kena panaskan oven brp celcius ye & slma bper minit??? Sy pkai oven butterfly..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Panaskan dalam 10-15 minit bergantung pada oven pada suhu yang ditetapkan dalam resepi.

      Padam
  64. Salam Puan. Saya dh cuba resipi ni. Mmg terbaik!! Cantik kek dan atas pun tak merekah. Saya ikut sebijik2 mcm yg Puan ajar. Terima kasih!

    BalasPadam
  65. just tried your recipe. excellent outcome. very moist and tasty too .perfect. thanks

    BalasPadam
  66. Salam kak Azie.thanx untuk resepi kek butter.saya buat dalam cup untuk doorgift birthday anak.moist n sedap.nak upload pic tapi tak tahu nak buat macam mana.

    BalasPadam
  67. Assaalamualaikum kak azie. Alhamdulillah mnjd kek butter resepi kak azie. Sngt2 moist n gebu. Cume , sye nk tnye , kek butter klau dah masak dan terus kluar kn dr oven , kek akan turun dan renggang dari loyang ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya tak jadi begitu. Saya pernah buat cupcake jadi begitu. Tanda spt kek bantat.

      Padam
  68. Salam kak azie

    Saya dh try 3 kali buat kek resipi ni. Pertama kali mmg menjadi. Kali ke 2 dan 3 jadi bantat. Slps letak susu perlu ke di adun lama atau sekadar sebati sahaja. Sbb agak lama juga saya adun dgn high speed. adakah sebab tu kek saya bantat?

    BalasPadam
  69. Salam, akak, nak tanya pure butter jenama anchor tu salted ke unsalted?..Terima kasih kak:)

    BalasPadam
  70. Salam, kak azie, nak tanya, utk pure butter jenama anchor tu salted ke unsalted? Huhu, x taw nak pilih yg manaa

    BalasPadam
  71. Tq...kak.. sy dh cube...mmg mnjadi..smga allah pnjgkn u ur n murahkn rezeki akk..kerana sudi kiongsikn resipi

    BalasPadam
  72. salam.. sesetengah resepi butter cake dia orang tambah ovolate.. tapi yg ni tiada.. ada apa2 perbezaan tak

    BalasPadam
  73. I just tried the cake and made it into a marble cake. Everyone loved it! I like your mixing method. Quick and easy! Thank you :)

    BalasPadam
  74. Wslm. Tak pasti kerana saya tak pernah kukus.

    BalasPadam
  75. Unsalted butter ke salted kak..

    BalasPadam
  76. kak azie... kalau susu segar pakai susu full cream blh x?

    BalasPadam
  77. K.azie ..kalo sukatan nih masuk loyang 10 inci boleh ke ..ke akan jadi nipis .

    BalasPadam
  78. Assalammualaikum kak azie.. Semoga kak azie sentiasa diberikan kesihatan walaufiat dan gembira disamping keluarga tercinta. Saya nk ucapkan terima kasih banyak2 pd kak azie krn sudi berkongsi resepi yang sedap2 dan menjadi bg saya. Semoga Allah limpahkan rezeki buat kak azie. Terima kasih kak azie. Halalkan saya guna resepi kak azie.
    💖-Diyana

    BalasPadam
  79. Salam kak. Mohon guna resepi untuk berniaga ya. Terima kasih 🤗🤗

    BalasPadam
  80. Assalamualaikum kak Azie,
    Terima kasih kerana share resepi. Untuk bakar kek ni.....bakar berapa minit dan suhunya berapa?

    BalasPadam
  81. Saya dh try resepi ni.. Mmg menjadi!!.. Semalam dah buat, harini anak2 request sekali lagi..

    BalasPadam
  82. Assalamualaikum kak. Sy budak baru belajar. Suhu oven nye brape kak??

    BalasPadam
  83. Assalamualaikum.. bnyk resepi Saya refer Azie Kitchen.. Alhamdullilah..terima Kasih ilmu masakan yg bermanafaat adalah sedekah jariah..

    BalasPadam
  84. Alhamdulillahh 😃 resepi kak azie sedap.sya buat.kwn2 n sedara mara rasa.jd buah mulut org.terus ramai org order.mintak halal ya kak.terima kasih sbb resepj akak.boleh tambah pendapatan saya sebagai surirumah 😍

    BalasPadam
  85. Terima kasih kak azie. Saya dah cuba, memang sedap and moist 😍😍

    BalasPadam
  86. tq.kasih atas perkongsian resepi..kali ni dh 2 kali cuba resepi kek butter kak azie

    BalasPadam
  87. if I want to add vanilla essence, when do I add it and how much do I add? After the milk is added, beat it at high speed?

    BalasPadam
  88. kalau saya tk guna butter anchor tapi saya guna lain contohnya macam butter cup boleh ke ?

    BalasPadam
  89. Kak ... Kenapa kek sy bila sy nk mkn dia mcm berderai ye .dia moist tp kek tu tekstur dia rapuh...kenapa yer?

    BalasPadam