Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Ayam Stail Kelantan


Kari Ayam Kelantan


Ini pula adalah gulai ayam stail Kelantan atau Kari Ayam Kelantan. Gulai ayam ini sangat sedap dengan kuahnya yang sedikit pekat dan boleh dicicah dengan roti bata atau dimakan dengan nasi dan sambal lada untuk dijadikan sebagai nasi berlauk. Secara jujur pada tekak saya gulai Kelantan sangat sedap dan rupanya tidak sama dengan Kari Ayam yang banyak dimasak di restoran restoran di sini. Sebelum kita masuk bab resepi, sudi kiranya pembaca semua mengambil masa seketika untuk membaca catatan kuliah yang saya catat sendiri dari kuliah yang saya hadiri. Anggaplah ini sebagai dakwah dari saya. 

Hari ini saya ingin kongsikan catatan berkenaan Dajjal dari Kuliah Ad Dhua oleh Ustaz Iqbal di Surau Ad Dhuha. Dajjal adalah seorang manusia yang akan diturunkan di akhir zaman untuk membawa fitnah membuat kerosakan di muka bumi. Tidak ada fitnah di bumi sebesar dan sedasyat fitnah dajjal. Tidaklah Allah utuskan seorang Nabi seramai 124000 orang selain untuk mengingatkan umat masing masing tentang keujudan dajjal. Nabi Muhamad SAW bersabda yang baginda adalah akhir dari para Nabi dan kalian pula adalah akhir dari kalangan umat. Maknanya dajjal mesti keluar dari tengah tengah kalian. Akan seandainya dajjal keluar semasa aku masih ada, maka aku lah yang akan memberi hujjah dajjal. Tapi kalau selepas aku, maka setiap orang jagalah diri masing masing dan semoga Allah sahaja yang menjaga kalian. Tetapkan lah keimanan pada ketika itu. Dajjal keluar antara negeri Syam dan Iraq. Maka dia akan melalui kiri kanan dan di semua tempat. Tiada negeri yang tidak dilalui oleh dajjal. 


Kari Ayam Kelantan

Nabi menceritakan  tentang sifat dajjal yang nabi nabi sebelum ini tidak ceritakan. Dajjal akan mengaku sebagai Nabi. Maka jawablah, katakan tiada lagi nabi selepas aku. Kemudian dajjal akan mengaku pulak sebagai Tuhan. Jawablah kerana dia bukan Tuhan kalian kerana kalian tak akan dapat melihat Tuhan melainkan selepas kalian mati.  Dajjal mempunyai mata sebelah sahaja dan sebelah lagi matanya buta. Maka ketahuilah bahawa Tuhan kalian tidak buta. Antara dua mata dajjal tertulis Ka Fa Ra yang hanya boleh dibaca oleh orang Islam dan ahli kitab. 

Fitnah paling dasyat dajjal ialah dapat mengadakan syurga dan neraka di tangan dajjal.  Yang syurga sebenarnya adalah neraka dan neraka  pula adalah syurga. Seandainya diuji dengan api neraka dajjal maka minta pertolongan Allah. Maka baca lah 10 ayat permulaan surah Al Kahfi. Hafaz surah al Kahfi supaya mendapat perlindungan dari fitnah dajjal. Hafazlah mulai dari sekarang sementara masih diberi masa. Berdoa pada Allah supaya diberikan kemudahan untuk kita menghafalnya. Baca setiap hari. Jika kita betul betul berkehendak, pasti kita mampu melakukannya. Pada tahun 2008 Mufti Arab tapi saya tak sempat mencatat nama penuhnya, Mufti Abdullah sambil menangis mengatakan bahawa Nabi Muhamad SAW pernah bersabda yang umur umat ku adalah dalam linkungan 1500 tahun. Ini bermakna kita masih lagi mempunyai 74 tahun lebih kurang. Dunia telah berada pada penghujungnya. Kerana pada hari itu, tiada sesiapa dapat memberi pertolongan kecuali Allah, maka buatlah pesiapan untuk menjaga diri. 

Sekarang kita tinggalkan bab dajjal dan kita melihat pula resepi yang saya gunakan hari ini...

Kari Ayam Kelantan

Gulai Ayam Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 sudu besar serbuk gulai Kari  Kelantan
1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah- hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Sedikit halia
Rempah penumis - kayu manis, bunga lawang
Kerisik kelapa
Garam
Gula Melaka
Lada hijau solok Kelantan
Asam keping
Ubi kentang - belah 4
Santan secukupnya
Daun Pandan - jika suka

Cara cara:
Kisar bawang besar dan halia. Satukan dengan rempah kari. Tumis bawang hiris dan rempah penumis sehingga wangi dan masukkan pula rempah yang gaul dengan bawang besar tadi. Terus menumis sehingga naik minyak.

Kari Ayam Kelantan


Masukkan ayam dan ubi kentang dan kacau seketika sehingga air ayam kering sebelum dimasukkan santan.

Kari Ayam Kelantan

Setelah santan mendidih, masukkan garam dan gula Melaka serta asam keping. Setelah sesuai dan secukup rasa, bolehlah dimasukkan lada hijau. Bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Kari Ayam Kelantan

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

20 ulasan for "Kari Ayam Stail Kelantan"

  1. WOW.. Ini memang la favourite saya kak. Makan dengan nasi dagang pon sedap. Alahai tetiba kecur liur nak makan gulai ni. Terkenang abah yang suka masak gulai ayam kampung..

    BalasPadam
  2. Serbuk gulai kari kelantan tu....yg macam mana kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh beli dekat gombak ada jual kedai rempah kelantan

      Padam
  3. salam kak azie..sy silent reader blog akk..tq sbb slalu post tazkirah kt blog ni. walaupun pendek, tp sgt bermakna bg sy..salam perkenalan..

    BalasPadam
  4. Salam Azie, I enjoy reading your blog. Thank you for sharing. For a more scholarly view on dajjal, I recommend the link below. His books are available in Kinokunuya as well.

    http://www.imranhosein.org/

    Hayati - Aspiring Sufi.

    BalasPadam
  5. Sedapnya. Terasa lapar pulak ;)

    BalasPadam
  6. Kena balik kampg dulu bru leh beli serbuk rempah kari kelantn ni

    BalasPadam
  7. Terima kasih saya cuba masak arini..terima kasih azie fir sharing..

    BalasPadam
  8. Salam perkenalan pn azie,saya pembaca setia blog puan sbgai rujukan utk masakan harian keluarga saya.terima kasih & semoga sentiasa dlm keberkatan & dirahmati-Nya..

    BalasPadam
  9. nk beli serbuk gulai kari kelantan tu dekat gombak area mana kak.ada alamat tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...cer bg tempat spesifik...bole g beli...bole buat utk raya ni....

      Padam
  10. Mcm mne nak pecah minyak...minyak msk byk ke kna guna

    BalasPadam
  11. Tima kasih utk reswpi. Kerisek di masukkan waktu bila?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerisik dimasukkan selepas santan dah mula pecah minyak

      Padam
  12. MOHON SHARE RESEPI YE KAK..TQ

    BalasPadam
  13. Rempah kari kelantan beza ke ngan rempah kari adabi tu kak azie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada saya dsn orang Kelantan, pasti berbeza

      Padam
  14. Salam Kak Azie

    boleh saya tahu berapa banyak ayam utk sukatan resepi ini?

    Tq kak

    BalasPadam