Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Terima Kasih Atas Ucapan Takziah dan Kek Butter Yang Lembab dan Sedap


Kek Butter Yang Lembab dan Sedap


Kalau diikutkan, saya ingin berehat seketika dari menulis di blog tetapi saya menulis entri ini khusus untuk mengucapkan jutaan ucapan terima kasih tidak terhingga atas kesudian kawan kawan dan pembaca blog Azie, rakan facebook, group WhatsApp, sms, email dsb yang sudi mengucapkan takziah dan mendoakan arwah Bonda saya. 

Di dalam situasi yang sukar seperti ini, ingatan semua sangatlah bermakna dan memberikan saya kekuatan. Walaupun saya tidak membalas komen dan message yang ditinggalkan, namun saya membacanya satu persatu dengan hati yang sebak dan pilu kerana terasa yang saya tidak dibiarkan bersendirian. Masih ramai yang prihatin akan kedukaan yang dialami. Semoga Allah membalas segala keprihatinan anda semua dengan ganjaran yang besar. 



Kek Butter Yang Lembab dan Sedap

Walaupun pemergian Bonda bukan dalam keadaan mengejut, kerana telah hampir sebulan terlantar lemah, namun ianya tetap sesuatu yang sukar dihadapi. Apa apa pun saya bersyukur kerana Bonda dapat melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang lalu serta mengaji Al Quran walaupun tidak sempat khatam seperti tahun tahun sebelumnya. Bonda juga sempat menghafal doa yang saya kirimkan sebelum Ramadhan. 

Saya juga berdoa khusus untuk Bonda di hadapan Multazam semasa mengerjakan umrah bulan Ramadhan dan saya yakin Allah akan menerima doa seorang anak kepada Bondanya. Saya kini perlu kuat dan meneruskan kehidupan yang ada walaupun terasa seolah sebahagian dari saya juga hilang dengan pemergian Bonda. Namun saya berazam untuk memberi bakti yang terbaik buat kedua ibubapa saya walaupun mereka telah tiada lagi.

Sekarang kita tinggalkan dulu bab arwah Bonda dan kongsikan sedikit berkenaan Kek Butter. Saya meminta Juita menyediakan kek Butter untuk saya sekembalinya kami dari kampung selepas selesai urusan tahlil arwah Bonda. Walaupun terasa sangat sayu di hati, namun saya gagahkan juga ke dapur untuk memasak Mee Sup Tulang sementara Juita menyediakan kek untuk hidangan saya berbuka puasa.  

Telah lama saya teringin untuk makan kek butter. Hampir setahun juga saya menjauhkan diri dari makan kek sejak disahkan mengalami allergik dengan tepung gandum. Kalau saya menjamah pun, hanya sesudu dua sahaja. Tapi sejak saya kembali dari menunaikan umrah bulan Ogos baru baru ini, tiada lagi allergik baru yang muncul walaupun selepas memakan seafood atau kuih muih yang dibuat dari tepung gandum. Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang untuk saya menikmati makanan kegemaran. 

Saya masih menggunakan resepi yang sama yang telah pernah beberapa kali digunakan. Boleh klik di SINI. Resepi ini adalah resepi yang terbaik pada saya kerana menghasilkan Kek Butter yang lembab dan gebu serta secukup rasa sahaja kemanisannya. Kalau yang suka kek yang agak manis, boleh guna 200 gm gula mengikut sukatan asal resepi. 

Jom layan resepinya di bawah ini...


Kek Butter Yang Lembab dan Sedap

Kek Butter Moist dan Sedap

Bahan bahan:
250 gm pure butter 
250 gm tepung naik sendiri
180 gm gula kastor - asal 200g
4 biji telur
½ cawan susu segar

Cara cara:
Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.

Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed). 

Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan tepung. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.

Masukkan dalam loyang dan bakar suhu 180 selama 40 minit. Kali ini saya guna loyang saiz 10x10" sebab mahukan kek yang lebih nipis. Masa membakar juga perlu dikurangkan.

Nota:
Jika menggunakan tepung gandum, masukkan 1 sudu kecil baking powder. Lebih sedap dan lembab jika kek dibungkus dan dibiarkan di dalam peti sejuk semalaman.



Kek Butter Yang Lembab dan Sedap



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

17 ulasan for "Terima Kasih Atas Ucapan Takziah dan Kek Butter Yang Lembab dan Sedap"

  1. Hi Kak Azie! Apologies for my late visit. I am so sorry for your loss. This is a difficult time for you and your family. Please take care.

    BalasPadam
  2. Azie...Takziah daripada Akak...
    Semoga arwah bonda Azie ditempatkan di kalangan beriman, Amin...
    BTW, suka your blog sebab fruitful with foods...Heeee...
    TQ for sharing, nak cuba kek keju tu...menarik sungguh nampak.

    BalasPadam
  3. Takziah Kak Azie.. semoga roh arwah di cucuri rahmat.. Al Fatihah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. takziah ...kak aziq...semoga arwah berada di kalangan org yg beriman..

      Padam
  4. Salam kak azie...
    bru berbw...salam takziah.semoga rohnya dicucuri rahmat.Al-fatihah

    BalasPadam
  5. Salam takziah ye.. moga tabah menghadapi kehilangan org tersyg..
    Penulisan blog yg sgt sy suka.. teserlah keikhlasan dlm menulis.

    BalasPadam
  6. salam takziah kak....al fatihah utk arwah bonda akak...saya cuma nk bgtau semlm dh cuba buat kek ni...sgt sedap cuma kek saya mcm krg masak....in shaa Allah esok nk cuba lg...tq 4 sharing

    BalasPadam
  7. Salam takziah kak azie, Saya juga nk ucapkn byk terima kasih, saya dh buat kek ni hari tu, memang sedap dan memang gebu.

    BalasPadam
  8. Salam Kak Azie, nak tanya la telur tu saiz A ke B?..terima kasih.

    BalasPadam
  9. Salam, apa jadi kalau saya pakai butter brand buttercup?

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum, salam takziah ya puan Azie, saya mohon copy resepi ya dan pohon halalkan resepu yg saya ambil sebelum ni. Saya sangat meminati blig puan dan byk mmbantu saya dlm mmbaking. Tqvm ya puan kerana tidak loket ilmu. Ini adalah saham akhirat untuk puan.

    BalasPadam
  11. Puan azie. Terima kasih utk resepi ni. Saya baru saja buat kek ni.alhamdulillah. mmg best

    BalasPadam
  12. As salam sis azie, saya wiya.. Tq utk resepi kek butter sis. Smlm mak ckp dah lm tak mkn butter cake, mmg fav dia. Saya try la google than jmpa resepi sis ni, tgk mcm simple je. Try buat.. alhamdulillah jadi, naik dgn cntik, gebu, n best sgt lembab je. Tak bleh tepek gambar plak kat sini.. Masa baked pn x lama. Saya just guna tpg gandum+b/powder je sis. Butter saya guna buttercup. Saya modify sikit letak koko separuh adunan. Mmg mabeles. Tak lama lg besday ank saya bleh guna resepi sis ni . Tq sis krn share the recepi. Smoga sis d murahkan rezeki ,amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Aamiin. Alhamdulillah sangat gembira membacanya.

      Padam
  13. Sedapnye...nak kne cuba nanti. Saye suke kek butter:)

    >>penawarhimax5.net<<

    BalasPadam