Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Goreng Nur Qaseh



Mee Goreng Nur Qaseh



Saya memang penggemar tegar Mee Goreng sejak kecil lagi. Namun tak semua mee goreng yang dimasak di gerai gerai atau restoran atau hotel menepati citarasa saya. Atas dasar itu, saya memasak secara trial and error berpuluh tahun lamanya, sehingga saya berjaya menghasilkan mee goreng yang sesuai dengan selera saya. Ianya mesti tidak terlalu basah tapi basah basah sedikit sahaja. Semuanya perlukan praktik dan praktik. Yang penting, masa makan mesti ada hirisan limau nipis. Sangat sangat penting pada saya.



Mee Goreng Nur Qaseh


Sebelum kita melihat resepi dan cara menyediakan mee goreng ini, saya saja lah ingin menulis berkenaan diri saya. Saya pun tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini, saya memang tak ada mood untuk semua perkara. Kalau ikutkan ada rasa malas nak menulis di blog pun. Saya cuba untuk menjalani hidup ini dengan tenang, namun ianya tidak semudah itu. Saya menjadi murung dan tidak bersemangat. Di rumah, saya menghabiskan banyak masa dengan bersendirian di bilik. Jadi hari ini, saya sekali lagi memohon maaf pada semua andaikata ada selama ini tulisan saya yang telah menyinggung hati mana mana pihak. Maafkan lah saya...

Jom saya kongsikan cara saya menggoreng mee kuning... 


Mee Goreng Nur Qaseh

Mee Goreng Nur Qaseh

Bahan bahan:
1 pek mee kuning
1 mangkuk isi ayam
4-5 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1 sudu besar cili kisar
Beberapa pelepah batang sawi
1 biji tomato buah - potong 4 
Sedikit sos tomato
Sedikit sos cili
Kicap
Garam
Limau nipis, cili merah

Cara cara:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Jangan banyak sebab mee sudah berminyak. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan dan masukkan pula cili kisar. Kacau rata sehingga cili agak masak.

Masukkan ayam yang dipotong kecil dan kacau rata sehingga ayam agak masak. Masukkan sedikit air, sos cili dan sos tomato. Biarkan sehingga ayam masak. Boleh masukkan sedikit garam dan batang sawi.

Pastikan ianya sedikit berkuah ketika mee dimasukkan dan masukkan mee serta kicap. Kuah yang akan menyebabkan mee masak dan lembut. Masukkan daun sawi, tomato buah dan kacau rata. Jika dirasakan mee masih keras masukkan sedikit demi sedikit air diselang seli dengan sos tomato supaya ianya bersalut sedikit di mee. Jangan terlebih air, nanti mee akan menjadi lembik.

Masukkan cili merah dan bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Hidangkan bersama hirisan limau nipis. Ini wajib bagi saya. Yang lain lain, bolehlah tabur hirisan daun sup dan bawang goreng, jika suka.


Mee Goreng Nur Qaseh



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Mee Goreng Nur Qaseh"

  1. Salam kak azie..kita dah buat pagi tadi for breakfast..tapi kita guna sambal nasi lemak ganti cili kisar..follow exactly as kak azie masak.memang mantop bila perah limau nipis kan....anak2 semua suka.thanks for sharing your treasured mee goreng recipe

    BalasPadam
  2. mf tya..sambal ns lemak tu apa...bl ka bt seniri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambal tumis yang dimakan dg nasi lemak. Buat sendiri boleh atau masa beli nasi lemak, minta bungkus sambal asing. Boleh guna sambal tumis tu jika ada lebih.

      Padam
  3. assalamm kak azie..resepi yg simple tp nmpak mnyelerakan sgt2.. insyaAllah nk cuba resepi kak azie utk jamu kawan2 esok.. bolehkah kak azie share mcm mn kak azie bersihkan mee sebelum digoreng? ada yg suka celur skj dgn air panas n ada yg siram dgn air sejuk je. saya takut klw buat mcm tu mi akn jd kembang. cara kak azie buat bgaimana yea? tq kak

    sarah dr kota bharu kelatey

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya saya jarang membasuh mee yang hendak digoreng. Tapi jika hendak dimakan begitu sahaja, hanya dicelur dalam air panas seketika.

      Padam