16 Sep 2014

Ikan Bakar Restoran Kak Chaq


Ikan Bakar


Resepi ini saya perolehi dari pekerja di Restoran Kak Chaq Kangar semasa saya singgah minum pagi sementara menunggu urusan tugas rasmi bermula. Restorannya terletak berhadapan dengan Mahkamah Kangar. Melihatkan ikan bakar yang dibawa keluar dari dapur oleh pekerjanya sahaja, sudah membuatkan kita menelan air liur. Setelah mengambil seekor dan meratahnya. Hmmm sedaap... saya ambik lagi 2 ekor kerana ikan nya segar dan sangat berperisa. Warnanya cantik dan berkilat menarik membuatkan saya bertanya bagaimana penyediaan ikan bakar ini.  



Ikan Bakar

Alhamdulillah kerana beliau tidak lokek dan saya memberitahu yang saya akan membuat entri berkenaan ikan bakar ini di dalam blog saya. Walaupun saya tak sempat untuk menyediakan sendiri dan terpaksa menggunakan gambar gambar yang diambil di restoran, tapi saya yakin ianya cukup untuk membuat anda semua teruja untuk mencubanya sendiri di rumah. 

Jom kita tengok resepi yang saya catat semasa bersembang dengan adik yang sangat baik hati. Saya mengolahkan nya menjadi resepi yang mudah untuk rujukan.....



Ikan Bakar

Ikan Bakar Restoran Kak Chaq

Bahan bahan:
Sos cili - boleh juga guna cili kisar
Santan pekat
Garam
Serbuk kunyit
Ajinomoto - jika suka
Minyak masak
Susu pekat

Cara cara:
Satukan semua bahan. Bakar ikan atas dapur arang.

Setelah ikan masak, baru dilumur bahan di atas. Balik balikkan dan angkat. Cara untuk mengetahui ikan masak ialah apabila nampak mata ikan telah menjadi putih. Jangan overcooked.

Angkat dan sedia dihidang dengan sambal belacan atau air asam atau ratah begitu sahaja.


Ikan Bakar


Nota:
Jika mahu dibuat ikan sumbat, masukkan inti kuih cucur Badak ke dalam ikan yang dibelah belakang. Boleh klik di SINI untuk melihat inti kuih Cucur Badak. 


5 ulasan

Sedapnya, nasib baru sahaja lepas lunch, kalau tak mahu juga pergi ke dapur masak ikan bakar

http://www.lovehutladyvitamin.com

Tak sabar nak cubalah Azie.... tq for sharing, tqvm untuk Kak Chaq...moga murah rezekinya, maju perniagaannya.

Moga murah rezeki org yg berkongsi resepi ni. Nanti nak pergi carilah Restoren Kak Chaq ni.

wow.. Nampak menarik. saya orang perlis, tapi belum berkesempatan makan di Restoran Kak Chaq sebab balik kampong pun masa raya sahaja huhu.. nak cuba lah, tq =)

Sy baru 2 bln menetap d perlis.. Nnt blh pergi.. Tq for info..


EmoticonEmoticon