2 Feb 2014

Mee Sup Istimewa Yang Sangat Sedap


Mee Sup Istimewa Yang Sangat Sedap

Sempena cuti Tahun Baru Cina yang panjang ini, saya masuk ke dapur menyediakan Mee Sup Istimewa yang resepinya saya pelajari dari guru Tajwid saya, Kak Kamariah. Menurut Kak Kama, resepi ini telah berpuluh tahun digunakan. Ianya diajar oleh Kak Soraini yang memperolehinya dari seorang Chef di Hotel Shangri La. 

Kak Soraini juga adalah rakan sepejabat yang telah lama bersara. Kak Kama dan Kak Soraini memang pandai memasak. Semasa sampai di rumah Kak Kama, kebetulan dia baru lepas membersihkan ayam dan sawi di dapur untuk dibuat Mee Hoon Sup. Selepas habis mengaji, saya tak melepaskan peluang untuk meminta resepi yang sering mendapat pujian dari mereka yang pernah menikmati Mee Hoon Sup Kak Kama. Memang dari dulu lagi, saya suka menanyakan resepi jika merasai masakan yang sedap.


Mee Sup Istimewa Yang Sangat Sedap

Sebelum kita melihat resepi, saya ingin kongsikan doa yang diajar oleh sahabat saya kerana sejak kebelakangan ini saya banyak ditimpa ujian satu demi satu. Namun ianya tidak sekali kali melemahkan saya biar pun pelbagai kata dan sindiran diberi. Malahan saya lagi kuat dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Di antara doa yang saya amalkan adalah,  yang bermaksud “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia".



Mee Sup Istimewa Yang Sangat Sedap


Jom kita tengok rahsia menyediakan kuah sup yang sangat istimewa ini. Ohh rupa rupanya ada air asam jawa dan belacan bakar. Inilah kali pertama, saya mendengar yang belacan dimasukkan ke dalam sup. Kata Kak Kama, ramai yang tak percaya bila diberitahu yang kuah sup nya dimasukkan belacan. Ramai yang memikirkan yang dia hanya bergurau. Terima kasih kerana sudi berkongsi dan membenarkan saya berkongsinya pula dengan pembaca blog Azie Kitchen. Kalau ada yang nak mencuba, silakan lah. Layaann....


Mee Sup Istimewa Yang Sangat Sedap

Mee Sup Istimewa 

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
2 bawang besar kuning - cincang/kisar
1 labu bawang putih - tumbuk
3 inci halia - tumbuk
1 sb jintan manis
1 sb serbuk lada hitam
1 gelas air asam dicampur dengan 1 ibu jari belacan bakar. 
2 kiub stok daging
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan lain:
2 pek mee kuning/mee hoon - celur
1 ikat sawi - celur
Cili kicap - resepi di bawah
Daun sup - hiris
Bawang goreng

Cara cara;
Tumis bawang putih yang ditumbuk dengan halia. Masukkan bawang besar. Tumis sehingga wangi. 

Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Kacau seketika.




Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering. Masukkan pula air asam jawa tadi yang telah ditapis. 



Masukkan air agak agaklah jumlahnya. Saya guna lebih kurang 1 blender. Masukkan kiub stok daging dan garam secukup rasa. Biarkan kuahnya mendidih.



Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon bersama bahan bahan lain.


Cili Kicap 

Bahan bahan:
Segenggam cili padi - 15 biji cili merah dan hijau
3 ulas bawang putih
3-4 biji limau kasturi - perah airnya
Sedikit cuka
Kicap manis
Garam
Gula

Cara cara:
Sangai bawang putih dan cili padi sebelum ditumbuk. Masukkan air perahan limau kasturi, sedikit cuka dan kicap manis. Akhir sekali sesuaikan rasa dan masukkan garam dan gula. 

Nota;
Cara bakar belacan. Susun belacan yang dipotong dalam dulang dan bakar dalam oven. Angkat dan boleh simpan dalam bekas sebelum disimpan dalam peti ais. 




82 ulasan

terima kasih kak azie sudi kongsi resepi yg unik ni, mmg lain dr yg lain. kena cuba ni hehe ;)

sedapnya meesup. ada kicap lagi tu haaa

Nk cuba jugaklah,X pernah buat sup boh belacan. Tk share. :-)

thanks k.azie sudi berkongsi resepi nie...first time jugak dengar ada campuran belacan dalam kuah sup ni...boleh cuba nanti...dan cili kicap tu nampak sangat mengoda!

Tk berkongsi resipi boleh cuba ni. Anak pun memang suka makan mee/bihun sup..

Cuba baca juga .Bismillahillagi (samapai habis) 3x selepas solat suboh dan magrib..insyaallah dilindungingi dari segala yang tak baik

suke sangat baca blog k azie. resipi pun best2 sangat. ini lah panduan saya untuk ke dapur :) thannk you k azie sudi share and looking forward to learn more from u.

Assalam, akak, terliur saya tengok sup ni, nak cubala nanti masa balik kg, ayah dan hsband suka mkn mee sup. Thanx akak, semoga akak dilimpahi rahmat ALLAH dan sentiasa dlm pemeliharaaNYA, amin

salam kak azie, timo kasih sudi kongsi resipi..sedap molek napok tu..

Assalamualaikum kak azie, ari ni wan nak buat bihun sup, google n jumpa blog kak azie, tgk resepi ni lain dari yg lain, nak cuba la buat ni, izikan wan copy resepi ye, tq

Salam sis.. I tried this receipe and I have to tell u, it's AWESOME!!!
Sedap gilerrrrrrrrr!
Thank you so much for sharing the receipe!

salam kak azie... last week try masak mee sup ikut resepi ni.. first time masak sup letak asam jawa dengan belacan.. seriously sedap sangat.. letak pulak sambal kicap banyak2.. sedap sangat... thanx k.azie kongsi resepi.. -Nieyza-

Slm k azie..tq 4 sharing...perfect recipe tuk berbuka ptg ni😄

This comment has been removed by the author.

Nak cuba la jap lagi sis. Mcm best jer. .

Thanks a lot for sharing the recipe...memang sedap..sis how much asam you use?

Memang sedap.. dah buat tadi.

Sedap btl kak..teringin nak wat..
znzabadistore.blogspot.com

sedapnya..nk cuba balikni.tq

Dah 2 kali try resepi ni..memang awesome!! Anak2 pun suka sgt..thanks ye sudi kongsi resepi ni :)

wahhh sedapnye. saya suka mihun sup. anak pun suka menu ni paveret dia sampai hirup kuah ^__^
tq sharing this.
puan siti- www.mamaizara.blogspot.com

Alhamdulillah.dah buat sedap.anak2 pun suka.

saya pernah cuba ! memang superb !! sedappp sangat ..orang tkerjut saya ltak belacan kiki

Dah buat dan mmg sedap!! Xletak pun stok daging. Mee kuning saya ganti dgn fettuchini.

Sedap sgt2..tp sy tmbh sikit serbuk sup sebelum btul2 masak...kasi power sikit hihihi

Terima kasih atas perkongsian. Sememangnya sup ini sangat menyelerakan kami sekeluarga. Kami makan sup ini menggunakan mi rumpai laut edaran syarikat kami. Sangat lazat apabila sup ini dimakan dengan Mi Rumpai Laut Jalinan kami.

https://www.facebook.com/JalinanSeaweedNoodlesKLSel

THANK YOU FOR SHARING RESEPI KAK.. DAH CUBA AND MEMANG SEDAP!!!

Sya dh Cuba bbrp resipi yg akak share...mmg berbaloi. Mee sup ni SEDAP!!!! En suami puji sedap n rsa lain dr biasa....bertambah2 lg mkn. Tp bab belacan Bakar mmg xbgtau...hihi suami xsuka belacan...

Smlm sy try buat resipi ni tuk berbuka,alhamdulillah mmg sedap.suami dan anak spai 3kali tambah.
Malamnye kami menggaru berjemaah sbb gatal makan belacan..hehehehe

Salam.. saya dah try resepi ni untuk juadah berbuka puasa semalam... Alhamdulillah memang sedap terangkat mabelesss... husband bg 6 per 5 bintang.. terlebih 1 bintang pulak..hehe.. tq sbb sudi share resepi..

Tumpang tanya ,asam jawa byk mana ya ?

Sikit sahaja. Nnt masam pulak. Kena rasa dulu.

Mcm ne nk bakar belacan dlm oven ye..boe kme n bpe suhunye ye...huhuhu..nk try

Hai K.Azie,

Saya dah cuba resipi ni, best sgt2..paling best bila hub & mama mertua start requesting untuk saya masak ni lagi, lagi & lagi..xprnh terlintas sup yang sedap camni
ada letak belacan. Kali kedua masak xletak pn still sedap.
Thanks for sharing. May Allah bless you!

Rose

ada masa lapang nanti nak cuba yg ni pulak. tekak ni ingin benor menghirup kuah sup yang mmg nampak sedap ni..

Sy da cube..betol sgt sedappp...alhmdlah dpt resepi yg asli...smoga mndpt berkat dr ilmu yg diberi..

Terima kasih kongsi resepi ni. Nak try la nanti.
http://ainaez.blogspot.com

Salam Kak Azie..
Terima kasih bagi resepi awesome ni..
Memang terbaiklah, berbeza rasanya..
Saya dah try dan minta izin masukkan dalam blog saya..

http://aziejaya.blogspot.my/2014/02/mee-sup-istimewa-yang-sangat-sedap.html

kak azia nak tnya menu ni utk berapa org mkn?

Tak pasti. Saya masak utk keluarga sendiri. Makan berulang ulang. Cuba lah masak dulu, baru tahu.

Salam kak Azie..saya dah buat memohon sup nie beberapa kali mmg sedap...Thax for the recepi...

Azie... bole x kiub daging tu gnti dgn kiub aym

Salam k.azie...nmpak pun da sedapp...mesti cuba nih..byk juga resepi lain yg sy da cuba dr azie kitchen..minta halal ye...t.ksih

As salam kak Azie.. bwg putih n halia tu tumbuk halus ke atau just ketuk je? Konpius jap..hihihu.. tq kak azie !

Dah try buat.. mmg sgt sedap. Terima kasih azie...

suka follow blog ni...dari saya tak pandai masak, skrg dah boleh..tq sgt

Sy suka recipe nu sbb Sangat ringkas dn tak perlu banyak bahan2

Lain dari yg lain resepi ni...
Kene try ni... tgok pic dah terliur dah... tq kak mohon share resepi ni yer.... nk try petang ni.

blh cuba ni,cam sedapp jer,thanks kongsi resepi :)

Saya nak cuba pg ni..mesti sedap.selalunta resepi yg dikongsikan dr Azie kichen memang sedap.tqvm atas sharing

Tqtq..sgt bermanfaat...
Resepi ni sedap dan berbeza dr biasa...sesiapa belum try...kena buat tah

Tq Azie kitchen...semua resepi yang dah saya try ( especially resepi pantai timur) mmg betul.Bukan rekaan semata2. Setiap olahan resepi menjadikannya yang terbaik. Salute to u. Tahniah. Semoga Allah memberkati hidupmu pn Azie.

Terima kasih, mudah dan sedap

Tq puan, mudah dan sedap. Anak2 makan sampai bertambah-tambah

Puan..terima kasih share resepi..sya da cuba..cuma kiub tu je lain sbb da pg 6 kedai xjmpa koub daging..so gun aje kiub ayam...tapi tetap sedap...husben n mertua suka...terima kasih banyak2

Sy dah Cuba mee sup ikut resepi puan Azie.sedap sangat.mlm ni nak buat lagi. Terima Kasih share resepi.

Say ambil resepi no.. Mohon halal ye

Silakan. Semoga menghasilkan masakan yg sedap ya

Mcm best je resipi nim..nk try ar jap g... nmpk aneh je letak belacan n asam jawa dlm sup..tp rate2 komen ckp sedap...auww..mesti cuba ptg nim..hihihi...
Tp plg frust ssh naw naw nk crk kiub daging...tukar kiub ayam je laf..

Mmg lain dari yg lain... Saye dah terai menu ni... So bile buat sup...ini la resepi saye pakai... Hehehe

Nk try utk buka puasa ni..tq kak share resipi nim.

Bole ar msk ptg ni... Suami nk mkn
Mintk halal kn yr kak azie

Hai kak azie, sy zura. sy cadang nk masak utk 20-30 org..agak2 resepi kak azie ni utk berapa org punya ye

Sedap resepi mi sup ni... bahannya mudah dan ringkas... saya dh cuba... minggu depan nak cuba masak banyak utk berjual pada hari keusahawanan sekolah pula...minta halal kongsi resepi ni ya kak azie

saya dah cuba. mmg sedap rasanya. tq pn azie sudi share resepi sedap2 dgn kami

nak tanya resepi ni tuk brape org makan..

Terimakasih Azie Kitchen kongsi resepi yg sgt awesome.. baru cuba tadi.. mmg terbaik.. tak jemu dihirup sbb ada asam jawa kot ye.. cuma anak kata tak nak bwg byk2.. so next time saya blend je lah bwg2nya so anak2 senang nak makan.


EmoticonEmoticon