20 Feb 2014

Ayam Goreng Berempah Sedap


Ayam Goreng Berempah Sedap


Anak anak saya memang  sukakan ayam goreng lebih lebih lagi ayam goreng berempah. Kalau tak ada lauk ayam, seolah tak ada lauk lah pada mereka. Sangat berbeza dengan zaman saya dulu. Lauk ayam adalah lauk mewah yang dapat dinikmati hanya beberapa kali sahaja dalam setahun. Maklumlah ayam dibela sendiri. Jadi agak memakan masa untuk ayam besar dan sedia untuk disembelih. Hari ini, saya menyediakan ayam goreng berempah menggunakan resepi Nadz pula. Terliur sungguh bila tengok gambar yang Nadz tayangkan tempoh hari. Tapi gambar saya biasa sahaja lah kerana ianya telah digoreng waktu malam. Gambar sekadar ada jer giteww...

Sebenarnya setiap kali saya memasak, akan ada yang terpaksa dilepaskan kerana saya tiba di rumah telah hampir pukul 6 setiap hari. Saya tidak dapat melihat lihat dan melayan pokok pokok bunga sekeliling rumah, tak dapat melihat ikan di kolam dan juga tak dapat ke surau. Tetapi jika saya tidak memasak pula, saya menpunyai masalah lain. 

Hmm masalah tidak tahu apa yang hendak dimakan untuk makan malam. Memang jemu kalau setiap hari yang tidak ke dapur, saya terpaksa makan nasi ayam atau nasi lemak atau nasi kerabu. Kalau sesekali bolehlah tahan tapi kalau setiap hari, memang membuatkan kita jemu tahap melampau. Telah beberapa hari ini, saya berehat dari ke dapur kerana terasa badan sangat lesu. Setelah lama tak memanjakan badan, hubby membawa saya untuk berurut di pusat Refleksologi di Giant. Walaupun sakit melolong dikerjakan budak Mas tapi keesokannya saya kembali segar dan bertenaga. Hmm maknanya sesekali perlu menyayangi dan memanjakan diri sendiri giteww...

OK sekarang kita tengok resepi lah pulak. Dah ketandusan idea pun nak terus menulis. Jom kita tengok resepi di bawah ini....



Ayam Goreng Berempah Sedap

Ayam Goreng Berempah Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil
1-2 sudu besar serbuk kari daging
Sedikit serbuk cili atau cili kisar (opsyenal)
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun limau purut - diracik halus
Minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar Halus:
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan Kisar Kasar:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup (ganti serbuk kunyit)
2 batang serai

Cara penyediaan:
Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.

Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar. 

Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam. Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best. Boleh disimpan di dalam peti sejuk semalaman untuk lagi mesra.



Ayam Goreng Berempah Sedap


Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Dan bila garing, dibalik balikan supaya ianya masak rata.



Ayam Goreng Berempah Sedap



Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah-rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng. Rempah ini yang sangat sedap. Kalau tak angkat terus nanti rempah-rempah tu hangit dan pahit. Bolehlah dihidangkan ketika panas-panas





Ayam Goreng Berempah Sedap

Bolehlah dihidangkan ketika panas-panas.


40 ulasan

sedapnya ayam goreng berempah...

Tgk gambar pn kecur liur di buatnyer..Ayam goreng berempah mmg sedap..:-)

erm juadah berbuka sedap nie...

In sha Allah.. akan cuba untuk juadah berbuka puasa nanti.. terima kasih ya!

wah sedapnye...anak saye pon suke makan ayam goreng berempah nie. T.Q YE!

terima kasih ! pakai reseipi ni buat open house hrni..menjadii sedappp :)

sodapnye ayam berempah ni~~~

Dah buat, memang sedap. Tq kak atas resepi.

bolek tukar dengan daun kari

Saya dah cuba. ..sedap sgt.. .tq k. Azie

Alhamdulillah menjadi..terima kasih berkongsi resipi.i loikeee

Terima kasih share resepi.. 1st time buat.. Rsnya mmg sedap ;)

siap! cili kisar ganti dgn cili api, tambah hemp seeds. hehe

Terima kasih berkongsi resipi.. SEDAPPNYER...

kalo tak perap agak2 sedap jugak tak?

Satukan semua sekali dan perap

baru lepas buat ni..tgh duk perap..xtaw jadi ke x..1st time buat..hehe..tpi kn mase blend smua bahan tu..letak air ckit..tu yg bahan jadi cair ckit..hehe...tq k.azie..:-)

dah try resepi ni..sedap sgt..

Alhamdulillah. Hobi saya 'memasak'dan saya semakin seronok kongsi resepi2 yg baik..teruskan.. Perkongsian ilmu adalah tuntutan agama.

Best time nk goreng ayam selalu buat resepi ni. Sbb ayam goreng biase rsa jemu..
Heheheve

Saya baru cuba td..tp kat rumah xder rempah2 tu...saya gantikan dgn rempah campur...agknya klu guna rempah dlm resepi mesti lagi ummmph....terima kasih paun...smga Allah membalas dgn sebaik2 balasan kpda puan atas perkongsian ini...

Klau gntikn biji ktumbar tu dgn serbuk ktumbar boleh take?

baguih baguih.. cuba buat utk maahad tahfiz ni.. seronok tengok depa jamu selera

saya dah cuba..tqq share resepinya..sgttt sedappp😃👏👏👏👏

Terima kasih atas perkongsian

Mohon share di albaraqah.info ye sis

Tq tuk resepi...saya dah cuba sedap sangat..

Assalamualaikum kak azie. Saya memang banyak ikuti resepi2 akak. Dan alhamdulillah semuanya menjadi dengan baik. Terima kaseh sangat2 kak


EmoticonEmoticon