Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun






Saya tertarik untuk berkongsi petikan dalam buku yang sangat sangat mengujakan saya. Buku ini dipinjamkan oleh Kamal dan Ita, sahabat saya yang sentiasa menyokong dan membantu. Antara petikan di dalam kata kata pendahuluan buku bertajuk Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun adalah seperti perenggan seterusnya. Jika diperhatikan cara kehidupan masyarakat Islam yang begitu sibuk bekerja hari ini. Kebanyakannya keluar mencari nafkah dari pagi hingga waktu senja, disambung pula dengan kesibukan menguruskan hal ehwal keluarga pada waktu malam. Maka dengan demikian, amalan yang sempat dilaksanakan hanyalah solat fardhu sahaja.

Jika ada masa kelapangan pun, mereka hanya sempat membaca sedikit zikir dan doa selepas solat, lalu meninggalkan tikar sembahyang dan mengejar hal hal keduniaan. Sedangkan kita amat memerlukan pahala yang amat banyak di dunia ini sebelum kita meninggalkannya. Ini adalah satu satunya bekalan untuk kita mendapatkan syurga yang tertinggi di hari akhirat kelak. Di sinilah kita perlu didedahkan dengan ilmu pengetahuan di mana kita dapat melaksanakan amalan amalan yang mudah tanpa mengganggu tugas tugas harian yang perlu dilaksanakan, yang dikatakan sebagai ekonomi dalam ibadah.  Bayangkan betapa besar ganjaran orang yang sering membasahi bibir dengan berzikir dan suka membuat kebaikan, kalau hanya dengan melakukan amalan zikir yang sedikit sahaja sudah pun diberikan ganjaran yang besar.

Kita juga perlu ingat bahawa segala ganjaran dan pahala yang kita perolehi akan musnah binasa jika kita tidak dapat mengawal lidah atau tangan kita dari membuat fitnah atau menzalimi orang lain.  Ianya menjelaskan bahawa betapa besarnya kelebihan Islam yang mana ianya adalah agama yang mudah untuk diamalkan.  Jadi sama samalah kita berlumba mencari pahala amal jariah dengan amalan yang tidak memberatkan. Ianya akan meletakkan kita di tempat yang tertinggi di dalam syurga yang mana ianya adalah akhir kemenangan yang tiada tolok bandingnya. Rasulullah SAW bersabada syurga adalah keadaan nikmat yang tidak pernah terlintas sama sekali di hati dan fikiran kita dan tidak pernah dilihat oleh mata dan tak pernah didengar oleh telinga.  Ini adalah nikmat syurga biasa, bagaimana pula nikmat Syurga Firdaus iaitu Syurga yang paling tinggi darjatnya. Dengan umur kita yang singkat dengan amalan yang tidak seberapa, memang tidak layak untuk kita meminta minta Syurga Allah yang amat bernilai itu. Bayangkan masa kita tidur, makan dan bekerja jika dibandingkan dengan masa beribadah kepada Allah sebenarnya adalah terlalu sedikit sedangkan nikmat yang Allah berikan kepada kita begitu banyak  sekali.

Kemungkinan di dalam ibadat harian kita seperti solat, zikir, puasa sedekah ada cacat celanya seperti tidak mengikut rukun, kurang ikhlas dsb. Oleh itu, kita kenalah sentiasa berdoa supaya Allah SWT menerima segala amalan kita sebagai amalan ikhlas dan mengangkat darjat kita di akhirat kelak. Jadi berlumba lumbalah membuat amal kebaikan kerana darjat kebaikan yang diberikan Allah kepada hambaNya yang beramal adalah tiada penghabisannya.

Bagi mereka yang telah lanjut usia dan kurang beramal sebelum ini, kena yakin yang janji Allah adalah benar dan jangan berputus asa untuk mendapat kelebihan yang besar ini. Kita perlu memohon kepada Allah supaya diberikan kelazatan beribadah kerana untuk melaksanakannya perlukan petunjuk dan hidayah Allah.  Teruslah kita mengamalkan wirid dan zikir harian kerana pesanan Rasulullah SAW supaya kita sentiasa membasahi bibir dengan berzikir mengingati Allah SWT sepanjang masa. Semoga perkongsian ini akan dapat menyemarakkan lagi cinta kepada tanah air kita yang sebenar, iaitu Syurga Allah Taala dan tidak hanya memgejar kebendaan dunia yang sementara ini. Ini baru hanya kata kata pendahuluan. Insya Allah saya akan kongsikan amal amalan dan cara caranya jika berkesempatan. 



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Bagaimana Mendapat Pahala Hidup 7000 Tahun"