Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tahun 2013 Yang Penuh Dengan Nikmat Dan Ujian




Hari ini adalah hari terakhir kita berada di tahun 2013. Ia akan meninggalkan kita dalam beberapa jam sahaja lagi samada kita bersedia untuk ditinggalkan atau sebaliknya. Tahun 2014 pula akan menjelma. Insya Allah jika umur panjang, kita akan berpeluang untuk menyambutnya. Tahun 2013 meninggalkan banyak kenangan suka dan duka dalam hidup saya yang tidak mungkin akan saya lupakan selagi hayat dikandung badan.

Saya berpeluang mengerjakan umrah pada 10 terakhir Ramadhan pada 24 Julai hingga 8 Ogos 2013 yang lalu. Ianya adalah salah satu dari nikmat terhebat yang dikurniakan kepada saya sehingga saya tidak mampu menahan tangis dan isakan selepas bersolat di hadapan multazam. Saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan ini. Saya dapat menghidupkan malam malam terakhir Ramadhan dengan mendirikan solat terawih dan solat qiamullail secara berjemaah bersama umat Islam dari serata dunia. Mudah mudahan saya mendapat malam Lailatul Qadar yang pahalanya menyamai pahala beribadat 1000 bulan. Insya Allah. Ameen. Di Masjidil Haram juga saya telah ditemukan dengan seseorang yang membantu menrealisasikan cita cita saya sekian lama. Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah memakbulkan doa saya.

Sekembali dari mengerjakan umrah saya mula ditimpa ujian masalah kesihatan satu demi satu. Bermula dengan pembedahan batu karang di dalam buah pinggang dan diikuti sejurus selepas itu, dengan masalah allergik yang menyebabkan seluruh badan saya bengkak umpama peta dunia. Bengkak dan rashes silih berganti di seluruh badan sehingga ke saat ini. Ini menyebabkan saya dimasukkan hospital beberapa kali serta bercuti sakit yang lama. 

Lepas satu persatu ujian Allah datang menimpa. Sebagai seorang muslim yang sentiasa ingin memperbaiki diri, saya redha dan bersabar dengan segala ujian yang diberi. Ujian dalam bentuk kesihatan dan musibah lain diberikan kerana Allah ingin menghapuskan dosa dosa kecil dan Allah ingin memberi pahala yang lebih serta mengangkat darjat saya ke tahap yang lebih tinggi. Kita wajib sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Malahan jangan kita mati sehingga kita berbaik sangka dengan Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Walaupun ada suara suara yang seolah menyindir saya yang bercuti sakit lama, namun saya redha dan sabar dengan setiap kata kata sebegitu. Percayalah tiada manusia yang ingin dirinya sakit, walaupun mendapat rawatan perubatan percuma. Saya ingin memetik perenggan dalam buku You Are The Best yang menyebut kemampuan manusia menilai dan menentukan ukuran kejayaan seseorang adalah terhad kepada apa yang mereka lihat sahaja. Jadi proses penilaian yang mereka lakukan yang berdasarkan hasil serta pencapaian adalah tidak tepat dan tidak adil. Mana mungkin kita dinilai berdasarkan perkara yang di luar kawalan kita yakni hasil? Itu sebab Allah tidak berikan kuasa memberi rezeki dan menilai berjaya atau gagal kepada manusia. Allah lah sebaik baik penilai.  

Sebelum penutup tahun 2013, saya sekali lagi ditimpa musibah. Namun saya gagahkan untuk terus menerimanya dengan senyuman. Walaupun hati saya terguris dengan kata kata manusia yang sungguh tidak sensitif, namun saya kuatkan hati. Kepada suami, ustaz ustaz dan kawan kawan rapat saya memohon nasihat dan bimbingan. Bak kata Ustaz saya tak perlu bersedih dengan kelemahan peribadi seseorang individu. Saya meletakkan kebergantungan Qadha dan Qadar saya hanya kepada Allah. Manusia yang hadir hanya sebagai perantaraan sahaja. Apa sahaja saya hanya menyerahkan kepada Allah untuk mengadili dan memberi ganjaran setimpalnya. Jika kita redha, Allah akan memberikan ganjaran yang lebih dalam bentuk pahala yang besar. Itu janji Allah Yang Maha Berkuasa. Hadis diriwayat oleh Abu Said Al Khudri dan Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, "musibah apa sahaja yang menimpa seorang mukmin baik penyakit kronik, kepayahan, penyakit biasa, kesedihan dan kegelisahan sekali pun, maka Allah akan menghapus dosa dosanya.

Saya hanya ingin menjalani kehidupan di tahun 2014 dengan tenang setenang ikan ikan ini. Yang pasti saya ingin meningkatkan kedudukan saya di sisi Allah kerana perbezaan manusia di sisi Allah ialah iman dan taqwa. Bukan harta, pangkat dan paras rupa. Selain itu, saya tak ingin terlalu memikir benda atau urusan dunia yang belum berlaku. Will deal with it when it comes. 





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Tahun 2013 Yang Penuh Dengan Nikmat Dan Ujian"

  1. Salam Azie.

    semuga 2014 menjadikan kita semakin tabah dan sabar dalam kehidupan yang singkat ini dan semakin dekat dengan sisiNya. Semoga dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah selalu.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Ita. Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan Allah. Semoga kita semua tidak terpedaya dengan dunia yang penuh senda gurau dan permainan semata mata.

    BalasPadam
  3. semoga senantiasa kuat kak!
    happy new year!

    BalasPadam
  4. Selamat tahun baru kak,
    semoga tahun ini semakin kuat kita semua memperbanyakkan ibadah.

    BalasPadam