2 Dec 2013

Meriah Nyer Hari Keluarga ETHICA di Awana Resort Genting







Ini adalah kali pertama, saya merasakan percutian ke Awana Golf and Resort, Genting Highland seolah olah saya sedang berada di luar negara dek cuaca nya yang sangat sejuk dan berkabus. Sebelum ini setiap kali ke sana, memang saya tak merasa yang kita berada di kawasan pergunungan kerana langsung tidak terasa sejuk. Jadi kali ini pun saya tidak menyediakan pakaian dan baju sejuk. Tapi perkiraan saya ternyata tidak tepat apabila cuaca di Awana sangat sejuk dan berkabus lebih lebih lagi apabila hujan turun renyai renyai sepanjang kami berada di sana. 







Kunjungan kami ke Awana kali ini selain bercuti adalah juga untuk menghadiri Hari Keluarga ETHICA, iaitu Persatuan Alumni Bekas Penghuni Kolej Ketiga, Universiti Malaya. Walaupun hanya seramai 13 keluarga yang menyertainya, namun kemeriahannya sangat terasa. Hubungan persahabatan antara kami yang telah terjalin lebih dari 30 tahun memang sangat akrab dan terasa seperti satu keluarga yang besar. 






Hubby saya yang bertanggungjawab dalam urusan penginapan, telah tiba awal untuk urusan check in bilik awal dari waktu check in biasa kerana ada aktiviti golf selepas solat Zohor. Seramai 6 orang menyertai golf yang antara lain Dato’ Mohd Shafie Abdullah, Dato’ Salehuddin, Dato Dr Junaidy, Tuan DPP Suhaimi Ibrahim, Saudara Norazhar dan Enggong. Oleh kerana belum mengambil sarapan, selepas selesai urusan check in, saya dan anak anak telah mengambil brunch di Rajawali Coffee House. Kalau nak tunggu hi tea pukul 3.00 petang, tentunya perut pun sudah berirama. Makanan juga boleh tahan sedapnya. Maklumlah dalam keadaan cuaca yang sejuk, pasti apa sahaja makanan terhidang akan terasa sedap.






Semasa hi tea, saya hanya menjamah sedikit sahaja makanan sebelum terus ke kawasan kolam renang untuk menemankan Aween berenang. Yang sebenarnya selain saya masih kekenyangan, juga kerana tidak banyak makanan yang boleh saya ambil kerana masalah allergik. Juita pula naik ke bilik untuk berehat. Semasa di swimming pool lah, badan saya mula sejuk membeku dek hujan dan angin yang bertiup. Aween dan anak anak lain yang sedang berenang tidak merasa sejuk kerana kolam dilengkapi heater. Mereka seronok berenang walaupun dalam keadaan cuaca sejuk dan hujan yang renyai renyai.





Selepas solat maghrib, kami sekali lagi berkumpul untuk jamuan makan malam yang diadakan secara buffet. Selepas makan malam, diadakan mesyuarat ETHICA untuk pemilihan jawatankuasa peneraju ETHICA yang baru. 







Selepas mesyuarat, majlis diteruskan dengan sessi beramah mesra dan berkaroeke. Memang ramai sekali ahli ETHICA dan anak anak yang berbakat dan mempunyai suara yang sedap. Saya dan anak anak terpaksa naik lebih awal kerana terasa badan tidak sihat yang mungkin kerana terdedah terlalu lama di bawah cuaca sejuk semasa di kolam renang. Keesokannya baru saya tahu yang majlis diakhiri dengan tarian pocho pocho yang disertai oleh semua yang masih ada ketika itu. Wah best gak kalau saya ada bersama...





Pagi pagi keesokannya kami turun untuk bersarapan di Rajawali Coffee House. Memang orang ramai sekali yang bersarapan menjadikan masa beratur untuk mengambil makanan adalah agak lama. Apa apa pun, makanannya seperti nasi goreng dan mee hoon goreng sangat sedap dan berasa walaupun nampak simple sahaja. Selepas breakfast, kami sambung bersembang dan bertukar cerita sesama geng yang telah lama tidak bersua. Maklumlah peluang untuk bertemu seperti ini, bukan selalu ada. Jadi inilah masanya untuk bertanya khabar dan bertukar pandangan antara satu sama lain.





Selepas itu, saya sekali lagi menemankan Aween di kolam renang. Ramai keluarga yang mula beredar disebabkan komitmen masing masing. Yang pasti, percutian di Awana kali ini, sangat santai dan merehatkan sehingga saya mempunyai masa untuk menyambung tidur sebelum check out. Seperti biasa, kami adalah keluarga yang terakhir meninggalkan Awana kerana hubby akan memastikan semua urusan telah dibereskan sebelum beredar. 









2 ulasan

Lama dah asz x ke sana...selalu stay di apartment genting view :)

Saya pernah sekali jer ke Genting View. Swimming pool nya agak jauh.


EmoticonEmoticon