17 Dec 2013

Masak Gulai Lemak Ayam


Masak Gulai Lemak Ayam



Saya nak selitkan sedikit berkenaan kuliah hadis oleh Ustaz Ibrahim Muhamad yang menyebut api neraka akan membakar anak Adam kecuali bekas sujud. Allah haramkan api neraka dari membakar bekas sujud. Orang yang bersolat juga akan dibakar dalam api neraka tapi yang tak hangus dibakar hanyalah 7 bekas anggota sujud iaitu dahi dan hidung, 2 tangan, 2 lutut  dan akhir sekali 2 kaki. Sesiapa yang di dunia bersolat juga akan masuk neraka dan dibakar hangus kecuali 7 bekas sujud kerana pertama untuk memuliakan orang yang bersolat dan kedua untuk menjelaskan keutamaan 7 anggota yang digunakan untuk bersujud. Kenapa orang bersolat juga masuk neraka? Antara mereka adalah golongan yang bersolat tetapi tidak menutup aurat di luar solat. OK cukup setakat ini dulu, sekarang kita tengok gulai lemak ayam pulak.



Masak Gulai Lemak Ayam


Gulai Lemak Ayam adalah antara makanan kegemaran anak anak. Selepas balik dari mengaji pada hari minggu yang lepas, saya hanya lepak lepak sambil melihat ikan di kolam. Hubby mencadangkan supaya saya memasak lauk Ayam untuk makan tengahari yang lewat. Saya pun tanpa berlengah terus ke dapur menyediakan bahan bahan sementara hubby ke kedai runcit membeli ayam dan ikan.

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan untuk masak lemak Ayam di rumah kami. Selain gulai lemak, saya juga suka menyediakan Masak Lemak Cili Padi tetapi memikirkan Nelly yang tidak suka pedas, saya menyediakan gulai lemak yang tidak berapa pedas. Anak anak saya memanggil Ayam Gulai Kuning bila merujuk kepada ayam masak lemak.


Masak Gulai Lemak Ayam

Masak Gulai Lemak Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 santan kotak (campur air secukupnya)
4 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
Sedikit lengkuas - tak letak sb tak ada stok
1/2 inci halia
2 sudu besar cili kisar (ikut pedas disukai)
1 batang serai - ketuk
Beberapa helai daun limau purut
1/2 keping asam keping
Garam
Lada solok - jika ada

Cara cara;
Kisar bawang, kunyit, halia dan lengkuas. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan cili kisar dan santan serta air.

Masak seketika dan masukkan ayam, serai dan masak sehingga menggelegak. Masukkan daun limau purut, asam keping dan garam.

Sentiasa dikacau. Apabila ayam masak, boleh dimasukkan lada solok, ditutup api selepas sesuai dan secukup rasa.



Masak Gulai Lemak Ayam




10 ulasan

mcm sedap jer gulai ayam k.azie ni....

Waduh...ini peberet gue ini! Enak banget nih!

Sedapnya...dah beli bahan2 nak cuba pasni...tq for sharing

Knapa dmasukkn santan dan dmasak sebentar?bknkah ayam dmasak sebentar brsama bhn2 kisar dan kentang hingga agak empuk bru dmsukkn santan.ini bg mngelakkn santan pecah minyak.

Sorry komen plak org msak hihi..sdp jgk campur suun dan syur puchuk

Masaklah cara macam mana pun. Cara masak, ikutlah cara masing masing

Lauk utk anak anak hari ini, yumssss.. Utk mak ayah tmbh sambal udang pulak.. Sedapppp, mmmm

Apa beza gulai dengan lemak cili api?hehe

Saya orang Kelantan. Biasanya masak lemak dipanggil Gulai Lemak. Gulai untuk lauk berkuah seperti gulai kawah, gulai lemak putih. Masak lemak cili padi biasanya digunakan cili padi dan kunyit hidup sahaja sebagai perencah.


EmoticonEmoticon