20 Dec 2013

Ikan Goreng Berlado Ala Minang


Ikan Goreng Berlado Ala Minang


Tertarik dengan apa yang dikongsikan oleh Ustaz Said dalam kuliah di Surau Ad Dhuha malam tadi berkenaan redha. Redha ialah menerima apa sahaja ketentuan Allah dengan kasih dan gembira. Apa sahaja yang diberikan Allah adalah baik dan molek belaka samada dalam perkara nikmat ataupun dalam bentuk musibah. Redha adalah tingkatan tertinggi bagi keimanan seseorang. Inilah orang yang benar benar berjaya walaupun di sisi manusia kelihatan sebagai tidak responsif. Bak pesanan my hubby supaya diam jer, buat tak tau jer, terima jer dsb. Begitulah positifnya my hubby dalam menangani apa apa sahaja. Sempat juga ustaz menyelit akan keutamaan berada dalam majlis ilmu yang pahalanya bersamaan dengan 1000 rakaat.  Banyak hadis hadis menyebut mengenai perkara ini. 



Ikan Goreng Berlado Ala Minang

OK kita beralih pulak pada topik masakan. Setiap kali ke Restoran Nasi Padang, saya mesti mengambil lauk sambal merah dan sambal hijau yang sangat popular untuk masakan Minang. Boy pula suka lauk ikan keli yang dimasak cili berlado ni. Saya belajar resepi mudah dan sedap ini dari sahabat saya, Rohaya yang memang terkenal dengan kepandaian memasak masakan Minang turun temurun. Kalau dalam keadaan menyediakan makanan yang cepat, boleh sediakan lauk ini. Memang cepat menyediakannya dan sedap pula.

Seronok melihat anak anak semua menunggu di dapur bila mendapat tahu yang saya memasak untuk makan malam. Nelly yang balik kerja awal hari ini juga turut sama menunggu lauk dimasak. Memang menyeronokkan bila anak anak suka dengan apa yang dimasak. Hati berbunga bahagia. Memang saya bahagia, punya suami yang tak pernah menjatuhkan maruah saya dan punya anak anak yang baik. Walaupun dalam keadaan tergesa gesa, namun tak terasa kepenatannya. Maklumlah siap sahaja lauk lauk dimasak kami terus makan. Hahaha nak ambil gambar lama lama pun tak boleh sebab semua dah menunggu di meja makan. 



Ikan Goreng Berlado Ala Minang

Ikan Goreng Berlado Ala Minang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4-5 ekor ikan selar
10 biji cili merah - boleh tambah jika mahu lebih sambal
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 batang serai - ketuk
1/2 keping asam keping
Secubit gula
Sedikit cuka - jika suka
Garam
Sedikit tempoyak - jika suka (tak letak)
Minyak untuk menumis

Cara cara:
Ikan dikelar, dilumur garam kunyit dan digoreng. Angkat dan toskan.
 

Ikan Goreng Berlado Ala Minang


Menggunakan minyak dari menggoreng ikan, tumis bawang hiris sehingga layu dan masukkan cili merah tumbuk dan serai. Tuangkan sedikit air. Kacau sehingga sedikit masak dan keluar minyak.

 


Masukkan asam keping, cuka, garam dan secubit gula. Siap untuk dituang di atas ikan yang telah digoreng tadi. 





3 ulasan

aaaaa....sedap nyerrrr....baca scroll naik turun naik turun sambil telan air liooo..

sedapnya lahaiiii...mcm tu juga yg Yatie alami bila masak...lagi2 masa cuti ni...anak2 dah menunggu...siap masak makan sama2..tapi seronok....kata anak yg bongsu, mcm kat kedai makanlah mama...kitaorng tunggu...mama terus siap masak...makan panas2...he3...

Menawan seleraaaaa emmm dap... Bak kata faiz rancangan jln2 tuee


EmoticonEmoticon