Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Teman Sejati Setiap Wanita





Saya rasa sifat dan naluri semulajadi setiap wanita adalah menyukai perhiasan samada perhiasan diri mahupun perhiasan rumah. Antara perhiasaan yang menjadi kegemaran ialah handbag tanpa mengiralah samada branded handbag atau handbag biasa. Kawan baik saya secara bergurau memberi komen dalam fb saya yang dia hanya pakai handbag cap Ayam. Aduhaaai betul ke pakai bag cap ayam tapi tak kisah lah kerana dengan kereta sport yang dipandu, pakai apapun nampak hebat bergaya. Betul tak, sis Linda? 

Handbag adalah teman sejati yang menemani wanita walau ke mana sahaja. Memang kekok keluar rumah tanpa membawa handbag. Handbag juga penghibur hati. Setiap kali bila rasa sangat stress, mesti saya akan mula menelek nelek website untuk melihat handbag terbaru di pasaran. Ianya cukup untuk membuatkan saya bersemangat dan kembali ceria. Saya mula mengumpul branded handbag sewaktu kawan baik saya yang ketika itu bertugas di London. Tapi waktu itu, untuk berhubung sangat susah, tiada email apalagi handphone untuk menghantar mesej. Terpaksa memunggu beliau call untuk urusan rasmi di sebelah petang.

Kenapa saya hari ini menulis berkenaan handbag ya. Sebelum ini pun, saya update status dalam fb juga berkenaan handbag. Maknanya angin handbag dah kembali menjelma. Entah kenapa terasa macam lama pulak saya tak membeli handbag baru setelah kali terakhir membelinya semasa bercuti ke US tahun lepas. Mula lah rasa tak senang duduk, bila lama tak memiliki handbag baru. Ada pulak geng dengan anak anak yang memang juga suka mengumpul handbag. 

Saya menganggap apa apa sahaja handbag yang dibeli adalah sebagai ganjaran untuk diri sendiri yang telah penat bekerja seharian. Pada saya, ianya bukanlah satu pembaziran selagi kita menggunakannya. Saya menpunyai beberapa handbag dalam senarai yang diidamkan. Namun ianya pasti memakan masa untuk memiliki kesemuanya kerana kita bukan dilahirkan kaya berada. Hahaha jadi apa kesudahannya? Hmmm....Yeaaay akhirnya berjaya menambah 2 koleksi handbag sebelum menutup tahun 2013. Hati berbunga riang.... Dapatlah juga diguna hari hari....





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Teman Sejati Setiap Wanita"

  1. err..handbeg usia 6 thn baru je bertukar kawan..mgkn akan pakai utk 6 thn lagi..saya tak minat handbeg mcm ni la..heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Citarasa dan minat antara manusia pasti berbeza. Generally women love it jika mampu.

      Padam
  2. Saya suka handbag tapi membelinya ikut kemampuanlah kan... ^_^

    BalasPadam
  3. Salam Maal hijrah azie. Alhamdulilah azie semakin sehat. memang suka tapi tak mampu he2.

    BalasPadam
  4. Setuju! berjalan tanpa handbag rasa macam janggal. Masa belum kawin dulu boyfriend (skrg husband) beri saya handbag... katanya.. bila saya jalan sendirian tanpa dia... bawalah beg itu dan genggamlah beg tu baik-baik seolah-olah saya berpegangan tangan dengan dia...

    BalasPadam
  5. Sama lah kita kak azie...ct jg suka kumpul handbag....xkira Mahal murahnjanji bkenan dhati...

    BalasPadam
  6. Happy New Year Kak Azie..
    kalau pompuan citer pasal handbag memang tak habis ada jea topic kan kak Azie..
    betul.. lain org lain rasanyakan?

    BalasPadam
  7. Saya pun suka.. Kalau dah berkenan, beli je.. Tapi taklah selalu.. Hihi

    BalasPadam
  8. salam..saya pun suka sgt handbeng, akan saya usahakan kumpul dt jika berkenan...reward untuk diri sendiri....saya rasa entry nie x lengkap jika tiada pic handbeng tue..teringin nk tengok...huhuhu..

    BalasPadam