26 Nov 2013

Shopping Di Bali






 
Sebelum saya menyambung catatan percutian ke Bali, saya memohon pembaca blog Azie sama sama meng Ameenkan doa saya, "Hasbunallah wanikmal wakil. Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah Pelindung Yang Terbaik. Ya Allah, permudahkan lah segala urusanku di dunia dan di akhirat. Ameen..." Saya sebenarnya masih boleh bersabar dengan karenah manusia yang sentiasa menyusahkan dan menyakiti kerana saya yakin bahawa tiada sesiapa yang boleh menyentuh saya tanpa izin Allah. Dia hanya dihadirkan untuk menguatkan keimanan saya pada Illahi. Tapi terkadang hati saya sangat terguris. OK sekarang kita sambung berkenaan entri percutian di Bali.

Hari kedua selepas bersarapan di hotel, kami balik ke bilik dan lepak lepak seketika sebelum keluar ke Kuta Square. Seperti biasa, selepas sarapan saya kena menemankan Aween mandi di kolam renang terlebih dahulu. Dalam pukul 12 tengahari, kami mengambil perkhidmatan shuttle yang disediakan pihak hotel untuk ke Discovery. Oleh kerana hanya kami dalam shuttle pada hari itu, kami telah meminta dihantarkan ke Kuta Square sahaja. 

Di sana kami membeli pakaian, kasut dan barang barang perhiasan rumah serta souvineer. Lama juga kami di sana. Lagi pulak, hubby telah memberikan peruntukan duit shopping untuk setiap anak anak, duit makan, duit tax, transport dan semuanya. Jadi mereka boleh membeli apa yang disukai mengikut peruntukan tersebut. Hubby berpesan supaya anak anak bershopping dan menghabiskan duit yang diberi. Hubby mahu anak anak gembira dengan percutian ini. Namun begitu, ada juga yang saya tambah untuk mereka. Saya pulak leka membeli barang hiasan dalaman ruman. Mana tak nya, barang yang sama pernah dijual di OU dengan harga lebih RM400, di situ hanya berharga kurang dari RM100.






Kemudiannya kami berjalan kaki ke Discovery Mall yang sebenarnya tidak jauh dari Kuta Square, lebih lebih lagi banyak kedai kedai yang boleh disinggah di sepanjang jalan. Anak anak sambung bershopping pula di Discovery. Setelah perut mula terasa lapar, kami singgah makan tengahari di Burger King. Sementara menunggu mereka menyambung bershopping, saya telah membuat urutan kaki yang kononnya diberi percuma selama 15 minit tapi bila ke sana, mereka mula memujuk supaya ditambah masa lagi selama 15 minit dengan bayaran sebanyak IDR35,000. Malas nak bercakap banyak, saya setuju sahaja. Tapi urutannya tak best langsung, puas diminta supaya dikuatkan sedikit. Alahai macam menggosok gosok lah pulak. Tak apalah kerana yang penting, saya dapat berehat dan meluruskan kaki yang memang sangat lenguh selepas seharian berjalan.





Selepas bershopping, kami mengambil van untuk balik ke hotel dengan bayaran sebanyak IDR80,000. Tak sempat saya hendak menawar, anak anak telah bersetuju. Hmm anak anak sekarang memang mudah apabila berurusan dan membeli belah. Budak yang menjual di kedai souvineer meminta bayaran tips, juga diberi. Begitu juga dalam tawar menawar, cepat sahaja setuju dengan harga yang diberi. Kalau saya, memang saya akan menawar sehingga saya tidak dapat lagi mengurangkan harganya.





Hajat hati pada mulanya mahu singgah makan nasi Minang di Kuta Centre selepas shopping tapi setelah memikirkan shopping bag yang berbondong bondong di tangan masing masing, kami membatalkannya dan terus balik ke hotel. Oleh kerana tak singgah makan malam, kami menyediakan maggi asam laksa sebelum membuat pesanan spaghetti dari room service untuk Aween dan Juita. 







6 ulasan

syoknyaaa...1 day kena pi sini gak la...hurrmmmm

feel free to bw at my blog k
http://farihaabdul.blogspot.com/2013/11/tlctop-leaders-circle.html

waaaaa seronoknya kak azie dpt shopping...jalan2....makan2 dgn anak2 tsayang. takde rezki lagi nak kesan..urmm.
Rinie kuantan

Aminnnnnnn... Untuk doanya...

Terima kasih atas doa. Semoga puan juga di dalam kesejahteraan. Ameen

Kak Azie,

Aminnn. Insyallah semuanya akan ok


EmoticonEmoticon