Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Selamat Pengantin Baru, Dina





Tahniah kepada Dina dan kedua ibu bapa di atas perkahwinan Dina. Majlis pernikahan di sebelah pagi dan diikuti dengan persandingan selepas itu. Dina adalah rakan sebilik Nana semasa di tingkatan empat MRSM Kuala Kubu Baru. Selama ini banyak mendengar mengenai majlis perkahwinan yang diadakan di private bungalow, selain dari dewan dan hotel hotel. 






Ini adalah kali pertama saya menghadiri majlis perkahwinan di banglo eksklusif Jeumpa d'Ramo, Bangsar yang disewa selama 3 hari 2 malam bagi majlis perkahwinan ini. Terdapat 16 buah bilik yang hiasannya bak bilik hotel kerana setiap bilik dilengkapi bilik air, TV dan set kunci sendiri. Terdapat juga kemudahan swimming pool. Satu idea yang bagus kerana masih seolah perkahwinan di taman rumah sendiri tetapi rumah tidak berkecah selepas majlis selesai. Hmmm faham ke tidak apa yang saya nak sampaikan ni ya. Hahaha saya pun konpius jugak.





Oleh kerana Nana bekerja malam, kami pergi dalam pukul 12.00 bagi membolehkan Nana balik tidur seketika sebelum ke hospital sebelah petangnya. Majlis yang simple ini sangat elegan dengan pelamin dan hiasan dalaman dan bekas hantaran yang dihias dengan bunga bunga segar. 










Memang terasa aura yang cosy sepanjang berada di majlis itu. Saya mengumpul idea untuk majlis anak anak kelak. Akhir sekali, selamat pengantin baru dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat buat Dina dan suami. 






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Selamat Pengantin Baru, Dina"

  1. Cantik2 nya..tambh guna bunga segar semua..selmat pngatin baru kpd dina dan suaminya :)

    BalasPadam
  2. menarik idea menyewa banglo tu..pengantin manis, hantaran pun cantik...nice

    BalasPadam
  3. Salam Dina.

    Uncle terbaca entry ni by chance. Uncle disini membantu pemilik banglo ini menjalankan urusan di Jeumpa d'Ramo. Terimakasih dengan feedback2 positive. Do drop by whenever you're in the vicinity!

    BalasPadam
  4. Salam Kak Azie,

    Nana nampak muka letih sangat kak. Mata pun dah ada eye bag & makin kurus. But she seems so happy dgn apa yg dia buat sekarang dia. Penat tapi menyeronokkan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg nmpk dia keletihan. Kalau ada masa, dia akan tidur.

      Padam
  5. Salam,

    Kemunculan lokasi majlis terkini di Ulu Kelang - THE MZH2 (MZH Function Centre)

    Kami menyediakan kemudahan sewa dewan dan juga auditorium di The MZH2, sesuai untuk pelbagai majlis.

    DEWAN PERDANA SURIA (1300 pax)
    DEWAN SINARAN (240 pax)
    AUDITORIUM MZH (200 pax)

    Kemudahan seperti sistem PA, pentas, skrin LCD, projektor, parking kereta, surau, kerusi dan meja disediakan.

    Tel: +603 4107 8580
    Email: info.mzhfunction@gmail.com
    Website: www.mzhfunction.blogspot.com

    BalasPadam