18 Nov 2013

Majlis Perkahwinan Anak Sulung Dato' Hashim Hamzah







Kami bersama sama beberapa keluarga dari ETHICA, iaitu Persatuan Alumni Kolej Ketiga berpakat untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sulung Dato' Hashim Hamzah dan Datin Fauziah di Sg Petani pada hari minggu yang lalu. Oleh kerana hotel penuh, kami dan Haji Kamaruddin tinggal di Avenue Park Hotel dan Dato' Salehuddin di Hotel Cinta Sayang. Selain itu, Haji Zul Darus dari Alor Setar juga menyertai kami ke majlis itu dengan bergerak sama sama dari Hotel Avenue Park. Kami telah berpakat untuk pergi lebih awal kerana akan bertolak balik ke KL selepas makan.




Lauk yang dihidangkan memang semuanya sedap sedap belaka. Saya telah melanggar pantang dan larangan doktor, dek tak tertahan melihat gulai daging dan kurma daging yang sangat sedap dan lembut. Walaupun masih kekenyangan dengan breakfast di hotel, kami masih sempat menambah kerana nasi dan lauk pauk yang sedap. Begitu juga dengan bubur kacang dan laksa yang dihidangkan sebagai pencuci mulut juga sangat sedap. 

Bila bersua muka, ada ada sahaja bahan bualan dan usikan antara satu sama lain. Sesungguhnya persahabatan dari zaman kolej adalah sangat akrab sehingga kini. Semoga ianya terus berkekalan begini...







Seperti biasalah, kalau dah bersua pasti tidak dilepaskan peluang untuk bergambar bersama sama sebagai kenang kenangan. Di dalam gambar di bawah, anak saya Juita dan anak Datin Nursinah, Miera juga join sekali.






Semasa di sana, sempat juga bertemu dengan Tuan Suhaimi, Timbalan Pendakwaraya dan keluarga yang memang telah lama tidak bersua. Kali terakhir bertemu semasa mereka masih di Ampangan Seremban sebelum mereka berpindah ke Sabah, Sarawak dan kemudian ke Pulau Pinang.





Sebelum beredar, kami sempat bergambar bersama Dato' Hashim dan Datin Fauziah yang sungguh berseri seri berpakaian sedondon dengan tema pink dan biru. Mereka memang sibuk melayan tetamu yang baru tiba serta tetamu yang hendak beredar. Kawan kawan yang lain telah terlebih dahulu beredar kerana masing masing mempunyai komitmen selepas itu. Jadi yang tinggal hanya kami dan Haji Zul Darus dan isteri, Hajah Roslina.




Akhir sekali, tahniah dari kami atas sambutan orang  baru dalam keluarga. Semoga cepat menimang cucu. 



EmoticonEmoticon