7 Nov 2013

Azrinaz Mazhar Hakim


Azrinaz Mazhar Hakim

Saya mula mengikuti kisah Azrinaz Mazhar Hakim selepas beliau mengahwini Sultan Brunei pada tahun 2004. Setiap hari, adalah rutin untuk saya membuka website Brunei untuk melihat perkembangan Azrinaz menjalani kehidupan sebagai permaisuri Sultan Brunei. Saya biasa mendengar nama Azrinaz Mazhar Hakim semasa beliau bertugas sebagai wartawan TV3 tetapi saya tidak dapat mengingati wajahnya ketika itu. Bererti Azrinaz bukanlah seorang yang tersangat cantik dan terkenal di TV3 ketika itu. Tapi apabila dia yang dipilih oleh Sultan, pastilah dia menpunyai kelebihan dan kecantikan yang tersendiri.


Azrinaz Mazhar Hakim

Saya melihat perubahan Azrinaz terutama cara berpakaian untuk disesuaikan dengan kedudukan beliau. Saya menyukai fesyen fesyen baju kurung yang digayakan yang memang sangat elegan dan bergaya. Saya pasti pakaiannya direka oleh pereka pereka terkenal Malaysia. Setiap kali ke butik butik fabrik terkenal, saya pasti mengintai fabrik sama seperti baju Azrinaz. Saya berjaya mendapat 2 helai kain yang sama dengan yang dia pakai. 



Azrinaz Mazhar Hakim

Azrinaz tidak mengikut cara berpakaian orang Brunei yang memakai baju berbunga bunga sedondon dari baju hingga ke tudung. Sebaliknya dia berpakaian mengikut cara berpakaian golongan Datin datin di Malaysia. Corak corak fabrik yang dipilih pun sangat cantik dipadankan dengan matching tudung yang dijahit sulam dan beading yang sangat cantik. 


Azrinaz Mazhar Hakim

Kalau masa kecil, menyimpan koleksi gambar Uji Rashid, kini gambar Azrinaz pula. Bukan sahaja saya menyimpan gambar gambar di dalam file tetapi juga dalam bentuk softcopy. Bilik study di rumah saya dipenuhi dengan koleksi file file tersebut. Tetapi sejak perceraian Azrinaz dengan Sultan Brunei, telah agak sukar untuk mengikuti perkembangan beliau. Setiap kali keluar gambar terkini beliau, saya cuma save sahaja tetapi tidak lagi menyimpan gambar yang telah dicetak. Saya melihat Azrinaz dari gadis biasa menjadi seorang permaisuri dan kini sebagai ahli korporat yang berjaya. 


Azrinaz Mazhar Hakim

Yang pasti, saya akan sentiasa mengikuti perkembangan Azrinaz sampai bila bila kerana saya suka melihat bagaimana Azrinaz membuat transformasi dalam hidup nya dari fasa ke fasa. Dia kini adalah salah seorang dari wanita idola saya selain Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Raja Zarith Sofia, Raja Dato Seri Eleena dll. Ikuti entri sambungan berkenaan pakaian Azrinaz di SINI.


9 ulasan

gambar yg last tu cantik betul

cantik dia dulu, kini n insyaallah selamanya...doakan dia bahagia dengan kehidupan dia...aminnn

memng cntik die ni
salam perkenlan dri ida
jemput singgah blog ida
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no 1143

True elegance! A beautiful woman.

http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

Jodoh pertemuan ajal maut semuanya rahsia Allah...

setiap yg berlaku dlm hidup kit apasti ada hikmah tersembunyi ~

seronok juga bila mengikuti kisahnya..


EmoticonEmoticon