Ayam Panggang Yoghurt Yang Sedap






Alhamdulillah, walaupun masih ada terasa gatal dan miang tetapi boleh nampak perubahan pada masalah allergik saya. Ianya telah berkurangan dan hanya keluar sedikit dan kecik kecik sahaja rashes baru. Alhamdulillah, sangat bersyukur ke hadrat Illahi atas ujian ini yang pasti punya hikmah tersendiri. Harus difahami dan diyakini bahawa saya mempunyai Allah sebagai tempat sandaran, perlindungan dan tempat mengadu. 

Jadi mengapa perlu bimbang kekurangan rezeki sedangkan saya ada Allah Yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah? Mengapa saya perlu bimbang manusia menganiayai saya atau mengambil hak saya atau dengki dengan saya, atau mengenai bencana yang mungkin menimpa saya, sedangkan di samping saya ada Allah yang boleh melindungi saya? Dan mengapa pula saya perlu bimbang penyakit yang saya hadapi tidak sembuh sedangkan saya ada Allah yang mempunyai penawar kepada segala penyakit? Jadi mengapa saya perlu bimbang dan sedih? Ini adalah antara perenggan yang saya petik dari buku "You Are The Best" atau "Kamu Umat Terbaik" tulisan Ustaz Dr Mohd Shafie Md Amin yang sangat membuka minda dan menginsafkan. 






Semasa menyediakan Nasi  mandi Yemen pada hari Deepavali, saya juga memerap separuh dari ayam menggunakan resepi ini. Maklumlah ayam lauk Nasi Mandi ni agak plain sikit. Kalau sukakan berempah, boleh sediakan ayam panggang dengan mana mana resepi. Boleh klik di SINI untuk resepi nasi mandi Yemen. Oleh kerana kami keluar di sebelah petangnya dan singgah pulak makan, jadi ayam yang diperap disimpan di dalam freezer. Memang pun, ayam ni lagi lama diperap, lagi sedap sebab bahan perapan dah benar benar mesra dan sebati. Keesokannya barulah ianya dibakar.

Huhuhu memang sedap sangat ayam panggang ni. Terasa sekali rempah rempah yang diperap pada ayam. Saya rasalah, kalau dimakan dengan pulut kuning pun sedap ni. Tapi saya dah macam malas nak memenatkan diri sebab rasa tak berbaloi kerana anak anak bukan suka makan pulut kuning pun. Lagi pulak, tengahari kami ke Bangsar menghadiri majlis perkahwinan Majdina atau mesra dengan panggilan Dina yang merupakan rakan sebilik Nana semasa di tingkatan empat, Maktab Rendah Sains  Mara Kuala Kubu Baru. Dina dan parents pun pernah beberapa kali mengunjungi majlis rumah terbuka kami di Subang Jaya. Tahniah, ya Dina. Boleh klik di SINI untuk melihat majlis Dina termasuk bekas hantaran yang cantik.

Resepi ini saya ambil dari blog Zila. Jom kita tengok resepinya....




Ayam Panggang Yogurt

Bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong 4 
1 cawan yogurt
3 sudu makan minyak zaitun 
2 sudu makan jus lemon
Garam secukup rasa
2 sb gula  
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan jintan kasar - ditumbuk
1/2 susu jintan halus - ditumbuk
1 sudu makan  rosemarry - ditumbuk
1 sudu makan ketumbar biji - ditumbuk
1 sudu makan lada hitam kasar
1 inci halia - ditumbuk halus
1/2 sudu serbuk kunyit
2 batang serai di ketuk - saya tumbuk bersama halia

Cara cara:
Satukan kesemua bahan dan lumur pada ayam dan perap selama 1 hingga 3 jam.

Susun atas dulang pembakar dengan aluminium foil dan bakar sehingga masak dan garing lebih kurang 50 minit bergantung pada oven masing masing. Saya bakar tanpa aluminium sebab suka ayam yang lebih garing dan tidak berkuah.





Sedia untuk dihidangkan.




Ayam Panggang Yoghurt Yang Sedap Ayam Panggang Yoghurt Yang Sedap Reviewed by Azie on November 11, 2013 Rating: 5

7 comments

  1. perghh..nmpak pun dh tau kesedapanye..terliurnye kak!!

    ReplyDelete
  2. Salam Azie,

    Nampak pun tahu sedap!!

    ReplyDelete
  3. perghhhh...menggiurkan...nampaknya makcik kena beli sekor ayam la ni...

    ReplyDelete
  4. As salam..k.azie pakai oven brand aper ek? Tgh survey oven built in nie...tgk hasil kek ke muffin ke yg k.azie buat cantik jer kejadiannya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wawo,
      Kami guna brand Electrolux built in oven.

      Delete
  5. nampak sangat sedapnya tu..kalau nampak entry masak2 ni laju je SB masuk..hihihi

    ReplyDelete