Sweet Nyer Pandora





Nama yang sebelum ini tidak pernah singgah di hati saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Saya pun tidak tahu apa pun berkenaan Pandora, apakah ianya jenama baju atau makanan dsb. Hmm nampak sangat saya tak mengikuti perkembangan fesyen anak anak sehingga Nelly mengajak saya singgah di kaunter Pandora di One Utama. Melihatkan harganya yang mahal, saya langsung tidak menunjukkan minat. Bila tiba di rumah baru teringat sahabat saya, Sue yang ketika itu sedang bercuti di LA. Lantas saya terus menghubungi Sue dan memasukkan duit ke akaun Sue untuk dibelikan silver bracelet serta beberapa crystal chams. Inilah gambar yang dihantar Sue dari LA.





Tetapi malang sekali kerana kesilapan memberikan saiz bracelet menyebabkan ianya tidak muat di tangan Nelly. Oleh itu, Nelly membelikan silver bracelet baru sementara bracelet lama diberikan kepada Nana. Dari sinilah, kedua dua puteri saya ini mula menambahkan koleksi charms mereka dari masa ke semasa. 





Cantik nyer bila ditambah lagi dengan charms berwarna. Nelly memilih warna pink dan Nana menyukai warna purple. Bila tengok mereka memakainya, nampak sweet sangat dan sesuai untuk anak anak gadis. Hmm nampaknya tak lama lagi, kenalah pulak beli silver bracelet untuk seorang lagi anak remaja di rumah tuuu. Sebelum ni pun, dah ada disebut tapi saya hanya mendiamkan diri sahaja.... 








Sweet Nyer Pandora Sweet Nyer Pandora Reviewed by Azie on October 11, 2013 Rating: 5

3 comments

  1. Gorgeous, Azie! I wish I can afford the charm bracelet :(

    ReplyDelete
  2. salam, wow cantiknye koleksi akak..tahniah2

    saya pun termengidamkan pandora jugak..hihi tapi alhamdulillah, dah dapat beli satu gold pandora charm, mmg puas hati..nanti kumpul lagi..untuk setiap pencapaian dlm hidup..apa salah reward diri kan..nak tengok charm saya, visit my blog ye

    www.syadzilamustafa.blogspot.com

    ReplyDelete