Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tempe Dan Ikan Bilis


Sambal Tempe Dan Ikan Bilis

Oleh kerana sekarang ini, makanan yang saya boleh makan agak terhad, jadi saya kena banyak memasak sendiri makanan saya di rumah. Kali ini saya memasak Tempe dengan Ikan Bilis yang saya belajar dengan Roslina Hitam, bekas rakan sepejabat. Tapi kali ini, saya mengurangkan jumlah sambalnya. Kebiasaannya, saya suka makan tempe ini bersama roti gardenia. Tapi sekarang sebab dah tak boleh makan roti, makan jer ler dengan nasi putih panas panas. Pun sedaaapp...


Sambal Tempe Dan Ikan Bilis

Sebelum kita melihat resepi, sempena kedatangan bulan Muharram tidak lama lagi, saya ingin berkongsi sedikit intipati dari kuliah Zohor Ustaz Ibrahim Muhammad yang berkaitan dengannya. Riwayat Muslim, Abu Daud, At Tarmizi. Nabi bersabda, maksudnya puasa paling afdal (bila afdal diguna utk sesuatu amalan menunjukkan besar pahalanya) selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Asalnya Nabi Muhamad SAW banyakmenyebut keutamaan berpuasa pada bulan Syaaban selepas bulan Ramadhan. Nabi SAW sendiri banyak berpuasa pada bulan Syaaban seperti yang diriwayat oleh A'ishah. Itu sebelum diberitahu Allah SWT keutamaan puasa pada bulan Muharram. Selepas itu, keutamaan Nabi SAW ialah puasa Muharram. 

Ibadat yang sah datang dari Nabi SAW di bulan Muharram ialah puasa. Yang lain seperti solat sunat Muharram adalah hadis palsu. Kita digalakkan berpuasa samada pada 10 Muharram (14 Nov) sahaja atau 9 dan 10 Muharram. Keutamaan berpuasa pada 10 Muharram  iaitu hari Asyura sahaja ada 2, iaitu:

1. kerana ianya dinisbahkan dengan Nabi Musa . Semasa baginda berhijrah ke Madinah, baginda mendapati bahawa orang Yahudi berpuasa. Diberitahu oleh orang Yahudi  bahawa tarikh itu ialah tarikh Nabi Musa diselamatkan dan tarikh Firaun ditenggelamkan. Nabi Musa pun berpuasa pada hari itu. Oleh itu, Nabi SAW meminta sahabat berpuasa kerana mengutamakan Nabi Musa.

2. Puasa 10 Muharam sahaja, dapat menghapuskan dosa kecil kita setahun sebelumnya. 

Manakala keutamaan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram ialah:

1. Menyalahi orang orang Yahudi, iaitu perkara yang besar dalam agama. Nabi Muhamad SAW sendiri tidak sempat berpuasa 9 Muharram tetapi baginda bercita cita, jika aku hidup tahun depan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram. Diriwayat oleh Iman Muslim.

2.  Muharram adalah bulan haram. Haram membunuh, haram tumpahkan darah dan sebagainya. Sebarang dosa dibuat di bulan haram adalah berlipat ganda. Bulan Haram ialah Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah. Ayat 36 surah at Taubah. Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah setahun  ada 12 bulan dan 4 bulan ialah bulan haram di mana, jangan menzalimi kamu dalam bulan bulan haram.

Ustaz Ibrahim juga menceritakan berkenaan doa yang diamalkan oleh masyarakat kita. Muharram adalah tahun baru, masyarakat membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Doa akhir tahun dan awal tahun ini tidak datang dari Nabi, sahabat dan tabie serta tiada riwayat dalam kitab kitab. Ia hanya ciptaan manusia. Ia bukan dari agama. Tiada sandaran untuk mengakhiri tahun dan mengawalkan tahun.

OK kita berhenti di sini dulu, kalau ada yang nak mencuba, boleh lihat resepi simple saya di bawah ini....



Sambal Tempe Dan Ikan Bilis

Sambal Tempe dan Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 keping tempe- hiris nipis dan goreng garing
Segenggam ikan bilis - goreng garing
3-4 sb cili kisar
8 ulas bawang merah
Gula
Garam

Cara cara:
Tumis bawang merah yang ditumbuk sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Goreng dengan api perlahan sehingga cili garing. 

Masukkan gula dan garam. Setelah secukup rasa, tutup api. Masukkan ikan bilis dan tempe. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Sambal Tempe Dan Ikan Bilis"

  1. Salam Azie, kalau tambah kentang pun sedap, kalau nak garing slice nipis. Kalau nak rasa kentang potong wedges.

    BalasPadam
  2. Salam Kak Azie...saya sefamily memang suka makan goring sambal tempe ngan bilis nie..tapi bila saya buat,ia jadi agak basah dan x kering sebegini..macam mane nak biar jadi kering cenggini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm.
      Saya suka kering. Buat sambal sedikit dan kurangkan minyak.

      Padam
  3. Hi Azie, hope you are feeling lots better. I love sambal tempe with ikan bilis. I can eat that everyday if I can. Would love to try your version as it is very basic and fuss free. Take care!

    BalasPadam