Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Restoran Jaring Yang Sentiasa Dikunjungi





Restoran Jaring adalah antara salah satu restoran yang banyak menjual makanan Kelantan kesukaan saya. Selain makanan Kelantan, ada juga dijual masakan dari Siam seperti Thab Tim Krob yang merupakan pencuci mulut kegemaran saya. Di samping lauk pauk, restoran  ini juga menghidangkan pelbagai jenis kuih dari hidangan pagi sehingga petang. Di sebelah petang pula, dijual makanan bergoreng panas secara alla carte.

Di antara lauk hidangan tengahari, yang menjadi kesukaan saya ialah ikan percik merah, daging gulai dengan terung pipit dan juga gulai telur. Walaupun terdapat pelbagai lauk pauk, namum inilah lauk yang selalu menjadi pilihan saya. Manakala anak anak pula lebih menyukai ayam percik merah. Encik Hubby pula menggemari sup campur yang sentiasa menggelegak di dalam periuk yang sangat besar di hadapan pintu masuk restoran yang kelihatan di dalam gambar di atas.





Sementara itu, makanan sarapan pagi pula terdiri dari nasi lemak, nasi dagang berlaukkan ayam gulai dan juga ikan tongkol serta nasi kerabu. Hari ini, saya cuma nak tayangkan kuah roti canai Restoran Jaring yang unik iaitu kuah dalca. Di dalamnya diletakkan hirisan kacang panjang, bendi, terung, ubi kentang, kacang dhal dan juga ikan bilis. Pada mulanya saya tidak menyukai kuah roti canai begini, namun lama kelamaan saya jadi sangat menyukainya. Ada juga sambal ikan bilis yang diletakkan sekali atas kuah dalca itu. Saya lebih menyukai rasa kuahnya yang asal tanpa dicampur dengan sambal ikan bilis. Sekali sekala, bila terasa rindu untuk menikmati kuah roti canai ini, saya akan mengajak hubby singgah bersarapan di sana. Siap menambah nambah lagi kuahnya. 







Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Restoran Jaring Yang Sentiasa Dikunjungi"

  1. Salam Kak Azie,

    I pun suka ke sini, lauk pauk mmg best! i paling suka ikan percik :) sup pun sedap. cuma yang tak tahan kalau waktu lunch ke sini ialah crowd. nak duduk pun payah, ti tambah dengan bahang.

    BalasPadam
  2. dekat mane lokasi kedai ni kak?!

    BalasPadam
  3. Berdepan dg Sunway Pyramid. Depan dg flyover.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak azie, selamat hari raya korban......kedai makan yg sgt sedap suka sotong celup tepung dengan tomyam....boleh katakan semua makanan yg disaje kan sedap...tengahari kena dtg awal...

    BalasPadam