Bunga Oh Bunga










Jemu dan membosankan.  Itulah yang saya rasakan apabila setiap hari melihat hiasan dan deko yang sama setiap kali melangkah masuk ke rumah. Saya tak nafikan mendeko perlukan masa dan lebih lebih lagi kos. Perlukan masa kerana kita perlu mencari di sana sini, barangan hiasan dalam yang kita berkenan dan sesuai untuk rumah kita. Kos pulak kerana ianya sangat mahal. Apalagi kalau yang cantik, lagilah mahal. Jadi sebagai menyejukkan mata dan menghilangkan kebosanan, saya belilah sepasu pokok untuk dimasukkan ke dalam bekas tempat Aween membela anak ikan guppy dulu.




Selain itu, kami ke Mid Valley untuk menjamu mata sambil mencari bahan bahan untuk dekorasi rumah kami. Saya memang tak ada "taste" dalam mendeko dengan barang barang murah, sedangkan ianya boleh menghasilkan dekorasi cantik jika pandai memilih. Bunga ini dipilih oleh Juita yang pada mulanya saya tak berkenan pun. Tapi apabila Nelly dan Aween setuju dengan bunga yang dipilih, barulah saya setuju untuk membelinya. Bila dah siap diletak dalam pasu, barulah nampak cantik dan sangat terserlah dengan warnanya. Kini saya sangat menyukainya dan merasa sangat tenang dengan kehadirannya. 

Begitu juga dengan 2 kuntum bunga dahlia yang diletak dalam powder room, juga dipilih oleh Aween. Ianya mengingatkan saya kepada 3 kuntum bunga dahlia kuning yang dibawa Zatul semasa saya dimasukkan ke ward baru baru ini. Cantik dan menceriakan. Berbanding saya, anak anak lebih mempunyai citarasa. Saya dah tak boleh lagi dibawa berunding dalam bab menghias kerana saya akan melihat barang yang mahal sebagai cantik. Agak sukar untuk mengubah saya, jadi lebih baik saya mendengar nasihat mereka yang pakar....





Bunga Oh Bunga Bunga Oh Bunga Reviewed by Azie on October 12, 2013 Rating: 5

3 comments