Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Syukur Alhamdulillah





Setiap hari beredar, setiap detik itu juga usia meningkat. Ada orang yang bernasib baik kerana dikurniakan segala nikmat kesihatan yang baik walaupun sudah lanjut usia. Tetapi saya yang memang sejak kecil agak lemah, kata orang kampung, budak "nnyakit" sehingga saya perlu ditukar nama yang dikatakan tidak serasi dengan saya sehingga saya mengalami masalah kulit yang serius semasa masih bayi. Itulah sebab saya mempunyai 2 nama iaitu nama panggilan di kalangan keluarga dan rakan sekolah dan panggilan sebelah suami dan rakan sekerja. Sehingga dibangku persekolahan menengah pun saya seorang yang tidak aktif aktiviti luar seperti bersukan. Saya seorang yang tidak tahan panas dan cepat berpeluh. Jika saya bersolat di tempat yang tiada kipas atau aircond, peluh akan menitis nitis seluruh badan.

Kenapa tetiba saya berceloteh pasal kesihatan ni? Yang sebenarnya saya perhatikan semakin usia meningkat, ketahanan badan saya dalam melawan penyakit menjadi semakin berkurangan. Yang terkini adalah penyakit allergy yang menyebabkan badan mengalami bengkak dan rashes. Seingat saya, ianya mula serius sejak saya mengalaminya di San Francisco. Sejak itu, saya akan mengalaminya setiap kali saya makan makanan laut. Setiap kali ke klinik, doktor akan memberi injection kerana dikuatiri organ dalaman seperti paru paru juga bengkak. Sebaik diberi injection, saya akan tidur seharian kerana ianya menyebabkan kita mengantuk dan perlu rehat serta tidak menggaru sana sini. Selepas itu, bengkak akan hilang. Saya kembali menjalani kehidupan harian seperti biasa.





Tapi kali ini yang diperhatikan ialah bengkak tak hilang walaupun sudah berhari hari mengambil ubat. Saya kini dinasihatkan tidak mengambil daging, makanan berasaskan tepung gandum, makanan laut, coklat, teh, coffee dan banyak lagi. Ujian menunjukkan saya alah dengan makanan ini selain habuk dan debu. Pastinya ia adalah satu signal yang usia sudah meningkat dan perlu mengambil langkah segera untuk menambahkan amal ibadah. Ini adalah kerana tidak mungkin kita akan kembali muda, masa tidak menunggu kita. Ianya akan terus beredar samada kita bersedia atau tidak, samada kita mahu berubah atau tidak. Bak kata ustaz semasa memberi tazkirah di tempat kerja saya, tak usahlah buang buang duit untuk buat itu ini bagi kekal nampak muda kerana tua pasti datang. Baiklah duit itu digunakan untuk bersedekah sebagai bekalan kita di akhirat kelak. 

Hmm peringatan yang baik untuk saya sendiri dan kita semua yang mahu mengambilnya sebagai peringatan. Sudah cukup nikmat hidup yang dikecapi selama ini walaupun tidak tinggal di mahligai bak istana, tidak memandu Ferrari, tidak memakai intan berlian dan barang kemas nilai ratusan ribu. Saya tidak kisah dengan semua itu kerana masih ramai orang yang lagi tidak bernasib baik. Lagi pulak, saya mendambakan mahligai yang di bawahnya air sungai putih bak susu mengalir jernih. Insya Allah, usahakan dan berbaik sangka....



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Syukur Alhamdulillah"

  1. Alhamdulillah. Well said Kak Azie! You take care and rest well k.

    BalasPadam
  2. sama lah kita Azie, semakin berumur semakin kurang tenaga tak sama macam muda dulu2 kan, tapi alhamdulillah so far so good tkde lah yg membimbangkan smoga ALLAH memelihara kesihatan kita semua ya yg dah tak muda lagi ni hee

    BalasPadam
  3. Salam Azie, kadang2 Allah uji kita dengan harta dan kemewahan... kdg2 Allah beri kita nikmat sakit dan kepayahan... begitulah cara Allah melayan kita... Dia tetap first class! bak kata pepatah, kumbang setia pada mawar, walaupun tertusuk duri tak pernah menyerang... walaupun kita selalu alpa solat lambat, zikir tiada, doa kosong, zero ikhlas...Allah tetap AR RAHMAN Ar RAHIM... Maha Pengasih Maha Penyayang... sekadar ingatan kita bersama

    BalasPadam
  4. Kakak, this is a difficult allergy problem. Untuk kulit, boleh try sabun cetaphil. sabun ni sangat bagus utk semua org termasuk baby yg ada masalah kulit.

    Sally

    BalasPadam
  5. Kak Azie seorg yg positif. Sy suka...kesakitan itu ada ganjarannya.

    BalasPadam
  6. aslkm kak azie, sy silent reader blog kak azie..kwn sy mempunyai penyakit yang hampir sama spt kak azie. Dia orang penang. selama 2 bulan dia dtahan d wad krn sakit. bengkak tak pandai surut dan gatal. hampir 10k dia habis dengan pakar utk rawatan. akhirnya dia tak tahan lalu minta keluar...salah seorang rakanny mengesyorkan dia mencuba herbalife. dia guna formula 1, formula 3, aloe n tea. mmg mahal tapi berbaloi kerana selepas 2 bulan..penyakit dia sembuh sepenuhnya hinggalah hari ini.

    BalasPadam
  7. dearest...no kucing in hse ok!...sentiasa kena mbik ubat anti allergy @ anti hasthemine mcm caleb selum aka travel wajib..caleb mengalami sinustitis yg agak kuat juga serta nose brigenya agak narrow..cepat tersembut dan kadang kala nafasnya kuat berbau..itulah adalah antara org allergy..apa pun stay healthy and pls no seafood kak......

    BalasPadam
  8. Dearest..tdk salah skdr berkongsi cerita. Tiada paksaan dlm menbuat keputusan. Allah itu maha berkuasa.sy bkn ejen..suami sy mendapat jangkitan kuman dlm darah dn anak sy pula menghidap sinus..dr pakar x galakkan dia makan cfood. Sy pla setiap kali p keja msti cpt penat. kwn yg bru pindah p tmpat sy ni suruh cb produk tu. Dia x ambil untung pn sb dia jual harga ahli. wlupn bkn 100% sembuh..skrg2ny sy sngt bersyukur krn ada perubahan kpd kmi sekeluarga. Sy pn stkt ni x pnah mengantuk kat tempat kerja.

    BalasPadam
  9. klu kak zie nak go for the other 2nd opinion..boleh ker klinik dr steven chow di pudu road atau di pantai medical kpj bangsar...doc ni mmg one of the best dermatologist in kl...dia menyediakan ubat mandian herba khas untuk menyahkan kegatalan yg melampau....kalu kaz zie nak whatapps nikee ok..myb boleh membantu..kami ke situ...alhamdullilah memang serasi kakak!doc ni selalu keluar tv slalu bercerita tentang masalah kulit...

    BalasPadam
  10. Pyakit elegik ni mkn msa utk pulih, ye smakin brtmbh usia smakin besar peluang kita mgidap alahan, sy pn dh mula krgkan mkn mknan laut n bila buat keje umah, cuba pakai topeng, bykkan mgemop n mgelap drp myapu n mgibas abuk..moga Azie kmbali spt sdia kala

    BalasPadam
  11. Kak, sedih tgk keadaan akak ni...jaga kesihatan ya kak, jangan putus asa dan kuatkan semangat.

    BalasPadam
  12. Salam. Saya doakan semoga akak cepat sembuh ye.. nanti bole masak macam biasa & tepek resepi sedap2 kat sini.. hehe

    BalasPadam