24 Sep 2013

Sira Pisang Nipah


Sira Pisang Nipah


Sementara masih ada stok Pisang Nipah, entri saya masih berkisar berkenaan dengan pisang nipah lagi. Selain Pisang Nipah sedap digoreng, ianya sedap juga dibuat sira pisang atau pengat. Tapi kalau selera saya orang Kelantan, tentulah sira pisang menjadi pilihan antara sira dan pengat. Masih ada beberapa baki biji pisang nipah selepas di goreng, jadi saya pun terus menyediakan sira pisang. Sira pisang lebih sedap jika dimasak dan dibiarkan sehingga air gula menjadi sebati lama lama dengan pisang. 



Cara membuat sira sangat mudah, cuma masukkan sedikit air ke dalam periuk. Kemudian masukkan gula secukup manis yang disukai dan campakkan beberapa kuntum bunga cengkih. Kalau ada daun pandan, boleh juga dimasukkan ke dalamnya. Panaskan api dan biarkan air gula mendidih bersama pisang dengan api perlahan sehingga air gula menyerap dalam pisang. Ada orang meletakkan sedikit pewarna bagi menjadikan air gula berwarna sedikit kekuningan.

Sira Pisang Nipah

Sira Pisang Nipah


Setelah nampak keduanya mesra bersama, bolehlah tutupkan api.  Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk kerana sira sedap dimakan sejuk sejuk. Haaa mudahkan...


Sira Pisang Nipah


2 ulasan

Assalam K.Azie...bestnya sira pisang tu...

Wow! sedapnya sira pisang...


EmoticonEmoticon