Puding Mangga Segar Dari Egypt




Selepas tamat peperiksaan akhir tahun, Izzad balik bercuti ke tanah air sehari sebelum Hari Raya Aidil Fitri dan waktu itu keadaan di Egypt telah pun huru hara, namun belum sampai tahap pelajar di bawa balik. Sebagai buah tangan, Izzad membawa balik coklat Patchi, Madu Gurun Yaman dan juga beberapa biji mangga dari Egypt untuk kami. Terima kasih berbanyak kepada Izzad yang sentiasa tidak melupakan buah tangan untuk kami setiap kali balik bercuti. Izzad memang seorang anak yang baik dan sangat menghormati orang yang lebih dewasa. 





Oleh kerana sejak hari raya, saya tidak berapa sihat, jadi buah mangga tinggal terbiar di dalam peti sejuk. Saya hanya sempat mengupas dan makan sebiji sahaja. Oleh kerana mangga tersebut sudah betul betul masak, memang sukar untuk dipotong seperti biasa. Jadi ianya sesuai dibuat jus atau puding sahaja. 






Kali ini saya menyediakan Puding Mangga sebagai makan petang petang hari. Memang sedap puding jika dimakan sejuk sejuk. Saya juga menghulur sepinggan kepada jiran untuk turut sama menikmati puding yang dibuat dari mangga buah segar ini. Jom kita tengok resepi mudah dan simple yang saya gunakan seperti di bawah...



Puding Mangga

Bahan bahan:
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
3/4 cawan gula pasir 
1 tin susu cair
1 biji mangga - isi diblend kasar dengan 1/2 cawan air

Cara cara:
Masak serbuk agar agar bersama gula dan air sehingga larut dan mendidih. Boleh rasakan sedikit kemanisan yang bersesuaian. Jika belum manis, boleh tambah gula. Nota: Kalau nak manis, boleh guna 1 cawan gula. 

Scoop isi mangga. Blend kasar isi mangga bersama 1/2 cawan air kerana ianya telah mempunyai banyak jus. 






Satukan susu cair bersama mangga yang diblend. Masukkan ke dalam periuk agar agar dan perlahankan api. Kacau sehingga ianya kelihatan hampir mendidih, terus tutup api. Jika suka, boleh masukkan sedikit pewarna kuning, tapi saya tak guna pun.





Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Lihat teksturnya yang lembut dengan berperasa mangga asli.







Selamat mencuba.


Puding Mangga Segar Dari Egypt Puding Mangga Segar Dari Egypt Reviewed by Azie on September 04, 2013 Rating: 5

7 comments

  1. saya sangat sangat suka. thanks kongsi

    ReplyDelete
  2. Azie, gorgeous mango pudding!

    ReplyDelete
  3. Tringat citer biras yg dhujani mangga ..buat puding x jd...sian ..sy akan rekemen resepi ni utk dia ..pasti jd kn!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kak Azie. Saya sudah cuba. Alhamdulillah suami suka.

    ReplyDelete