Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Meriah Nyer Majlis Perkahwinan Anak Sulung Datuk Ibrahim







Setakat ini, boleh saya katakan keakraban rakan rakan ETHICA sangat membanggakan. Kami saling tolong menolong antara satu sama lain dan saling berhubungan terutamanya melalui whatsApp. Kami menghadiri majlis perkahwinan Izzah, anak sulung Datuk Ibrahim dan Datin Nik Junainah  yang merupakan rakan sekolej pada 14 September secara konvoi. Tempat pertemuan pertama adalah di RnR Dengkil di mana kami menunggu yang lain sambil bersarapan pagi. 





Dato' Salehuddin dan Tuan Alias bergerak secara konvoi dengan kami menuju ke Ozana Villas di Ozana Country Resort terlebih dahulu. Dari sana, Tuan Kamal dan Dr Abdol Aziz bersama sama bergerak ke rumah pengantin. Wah memang cantik cantik rumah di kawasan itu. Terasa seolah kita berada di luar negara pulak kerana rumah rumah disitu hanya dikelilingi oleh pagar di hadapan rumah yang rendah sahaja. Malahan ada yang langsung tidak memasang pagar. Tapi apa nak heran ya, nak masuk ke kawasan itu, kena melalui 2 kawalan keselamatan. 






Kediaman Datuk Ibrahim yang sangat besar dipenuhi dengan khemah sehingga ke kawasan di belakang rumah. Tanah yang besar memberikan kelebihan untuk mengadakan kenduri di rumah sendiri. Terdapat juga khemah untuk VIP dan juga khemah untuk rombongan pengantin. Saya sebenarnya tak sempat pun menemui pengantin. Di sana juga kami menemui beberapa orang lagi ahli ETHICA seperti Dato' Dr Junaidy, Boy dan juga Finar. Memang meriahlah bila bertemu, ada ada sahaja yang hendak diusik antara satu sama lain. Jom kita layan gambar gambar yang saya rakamkan sepanjang di sana. 






Sebelum berangkat balik ke Kuala Lumpur, kami sekali lagi singgah di Istana Cinta Tuan Kamal dan isterinya, Rozarita yang sangat gah sehingga saya masih terkenang kenang akan kehebatan rekaan rumah mereka ke saat ini. Serius, saya sangat kagum dan teruja dengan ketinggian citarasa mereka berdua.







Kami sekali lagi menjamu selera untuk minuman petang dengan capati yang sangat sedap dicicah dengan kuah kari kambing. Kuih muih yang dihidangkan juga sangat sedap. Lebih lebih lah sedap bilanya dihidangkan dengan kopi Bagan Datoh. Terima kasih atas kesudian menerima kunjungan kami. Nampaknya selepas ini, bertemu pula di rumah baru Dato' Jun lah pulak ya....







Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Meriah Nyer Majlis Perkahwinan Anak Sulung Datuk Ibrahim"