7 Sep 2013

Cek Nuffnang Yang Pertama







Alhamdulillah akhirnya hari ini saya telah menerima cek Nuffnang yang pertama setelah 2 tahun mempunyai blog sendiri. Pada ketika dicadangkan oleh anak buah saya Mimi supaya blog saya didaftar dengan Nuffnang, saya langsung tidak tahu apa apa berkenaan dengan Nuffnang. Hanya setelah terbaca entri yang ditulis berkenaan dengan Nuffnang dalam bulan Mac yang lalu, barulah saya secara serius membaca berkenaan Nuffnang dan mula mengemaskini profile seperti yang dicadangkan oleh ramai kawan kawan blogger. 

Syukur sangat sangat kerana dalam beberapa minggu selepas itu, saya telah mendapat iklan CPUV Nuffnang yang pertama dari Pusat Pungutan Zakat pada 12 Mac 2013. Boleh klik di SINI. Sejak itu, blog saya tidak putus putus mendapat iklan CPUV Nuffnang lepas satu satu dan tidak pernah putus putus sehingga kini. Alhamdulillah..

Setelah jumlahnya lebih dari RM350 saya pun mula membuat pengeluaran yang pertama pada bulan Jun tetapi terdapat masalah nama yang menyebabkan ianya ditolak dan perlu dibuat pengeluaran semula. Kini saya mempunyai 4 permohonan pengeluaran yang belum dibuat pembayaran. Seperti yang saya tulis sebelum ini, memang saya bercadang untuk menyumbangkan duit dari iklan Nuffnang kepada pihak pihak yang memerlukan. Hahahaha kalau dah banyak, barulah boleh saya menggunakan sedikit untuk diri sendiri atau anak anak yang selama ini banyak membantu. Semoga Allah merestui dan memudahkan cita cita dan azam saya ini.

Akhir sekali terima kasih kepada kawan kawan blogger serta pembaca blog saya yang telah sudi mengunjungi dan memberi sokongan kepada blog saya selama ini.



9 ulasan

Alhamdulillah...tahniah kak...

wahh.... tahniah kak, mama baru 3 bulan berbelog, adalah 2 cpuv/be mama dapat, rezeki tu...

Salam Kak Azie...alhamdulillah rezeki kan...

Ok lah 3 bulan, dah dapat. Saya 2 tahun baru dpt

alhamdulillah, tahniah akak! saya pun belum jelas mcm mana nak kemaskini profile tu supaya nuffnang tertarik hehe.saya pun masih baru tulis blog ni.any perkongsian hehe?

Sentiasa update survey. Masuk dalam dashboard nuffnang, pergi ke manage blog dan klik update survey

Alhamdulillah. Tahniah aunty =)

Tahniah tambah pendapatan Azie


EmoticonEmoticon