Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Sebelum menulis berkenaan resepi, hari ini saya nak kongsikan sedikit antara intipati kuliah Dhuha Ustaz Iqbal, surah Al Baqarah ayat 118-121 di mana ditunjukkan tentang kejahilan orang jahiliah yang tidak berilmu bila berdebat dengan Allah SWT. Mereka mungkin mempunyai ilmu tapi tidak menghujahnya dengan berilmiah. Sedangkan Allah telah memberi petunjuk yang jelas pada setiap Rasul dengan mukjizat masing masing tetapi orang Yahudi dan Nasrani sangat degil. 

Orang Yahudi tidak akan sekali kali mahu mengikut kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam Al Quran walaupun berita tentang kelahiran dan kebenaran Rasulullah telah dinyatakan dalam semua kitab kitab sebelum ini. Sebaliknya Nasrani, golongan yang sesat masih ada harapan di mana mereka kesemuanya akan memeluk Islam selepas kedatangan Nabi Isa. Orang Nasrani mengenali Nabi Isa sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri. 

Rasulullah SAW berpesan supaya kita tidak terikut dengan program Yahudi seperti contohnya berpuasa di hari As Syura, cara menyimpan janggut misai dan banyak lagi. Pada golongan Yahudi, mereka diberi kelebihan di dunia tetapi belum tentu selamat di akhirat. Dalam kehidupan kita sekarang inipun, banyak diterapkan kehidupan Yahudi secara tidak kita sedari seperti tandas yang tidak disediakan air sebaliknya hanya ada tisu.



Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Sebagai kesimpulan, kita kenalah dekatkan dengan Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, dengan hadisnya. Beli dan baca buku berkenaan hadis hadis. Jangan ikut program Yahudi, perbanyakkan membaca Al Quran juga memahami kandungannya. Sebaiknya dibaca terjemahan dulu sebelum dibaca ayat bagi menambah penghayatan. Akhir sekali, kena yakin dengan seyakin yakinnya bahawa satu hari akan tiba bila Allah akan membalas kebaikan kita. Pada masa itu, tiada pertolongan melainkan pertolongan Allah. Dan takutlah kamu pada satu hari yang tidak boleh menebus satu jiwa dengan jiwa yang lain. Juga tidak diterima ketika itu, apa bentuk keadilan dan tidak boleh menolong orang lain. Itulah hari pembalasan.....

Berbalik pada resepi pula, telah lama saya ingin membuat biskut ala ala Famous Amos terutama bila melihat ramai kawan kawan yang telah menayang di blog masing masing. Saya sebenarnya tak pernah membeli biskut yang "high end" ini walaupun saya sangat menggemarinya. 

Saya hanya akan makan biskut Famous Amos yang dibeli oleh anak anak. Bukan apa, macam terasa sayang duit nak membayar semahal itu untuk biskut yang sedikit jer. Tapi anak anak memang mereka tak kisah asalkan mereka suka. Malahan semasa majlis pertunangan Nana, juga disediakan biskut Famous Amos dalam salah satu dari hidangan candy buffet.




Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap

Sebenarnya dah banyak kali saya menyalin resepi Famous Amos yang dikatakan resepi asal yang dibeli oleh seorang pelanggan dengan harga yang mahal. Oleh kerana tidak berpuashati dengan cara isu yang ditangani oleh pihak Famous Amos, dia telah bertindak memyebarkan resepi di laman web. 

Walaupun dah lama menyimpan hasrat untuk membuatnya, ianya tinggal hasrat semata mata sehingga lah saya ternampak gambar kejadian biskut Famous Amos di blog Cahaya Cinta Ku kepunyaan Ana Suzana yang sangat menggoda hati saya. 

Biskut ini memang sedap dan pada pendapat saya, ianya adalah setanding sahaja dengan keenakan biskut Famous Amos yang sangat mahal itu. Bagi kawan kawan atau anak anak yang sukakan biskut ini, bolehlah cuba membuatnya sendiri. Selain dari walnut, boleh juga dimasukkan kekacang lain atau biji bunga matahari yang juga sangat sedap. 


Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Jom kita tengok resepi di bawah ini yang telah ditulis untuk separuh adunan. Separuh adunan dapat menghasilkan 55 keping biskut. Jika mahu buat adunan penuh, gandakan sahaja bahan bahannya kecuali telur masih menggunakan 1 biji ya. 

Hari Raya Aidil Adha pun akan menjelang tak lama lagi, jadi bolehlah kita menyediakan biskut ini untuk hidangan tetamu yang bakal berkunjung. Lagi pun sangat mudah dan cepat jer untuk menyediakan biskut yang fofular seantario dunia ini.


Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap

Biskut Famous Amos

Bahan A
¼ cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
¼ sudu kecil garam
½ sudu besar susu segar @ susu tepung
½ sudu kecil vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sudu besar serbuk koko (di ayak)
1 sudu besar tepung jagung (di ayak)
½ sudu kecil cream of tartar Nona (boleh ganti dg ½ sudu kecil cuka/ jus lemon)
½ sudu kecil soda bikarbonat
½ cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 





Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.






Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.




Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.



Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap


Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna ¾ cawan gula halus + ¾ cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

308 ulasan for "Biskut Famous Amos Yang Sangat Sedap"

  1. Jangan cairkan. Masukkan butter dlm cawan hingga penuh lah. Cuba tengok gambar dlm blog. Seketul butter nyer. Bukan cair

    BalasPadam
  2. salam k.azie..
    butter 1/2 cawan mmg 75g atau 125g? nak ikut yang mane?sbb biasenye kalau timbang 1/2 cwn butter dapat 125g..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya share berdasarkan apa yg saya buat. Saya guna 1/2 cawan

      Padam
  3. As salam sis..nak tanya..standard cawan tu macam mana rupa...byk measurement cup jual kat bakery..ada gambar untuk cawan tu tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Sama lah. Maknanya cawan yg ada sukatan siap siap. Beli set di kedai bakeri

      Padam
  4. Assalamualaikum kak azie. Saya mohon izin cuba resepi ni ya. Baru bakar dlm oven ni...semerbak baunya..tak sabar nak rasa..hehe. Terima kasih kak azie atas perkongsian ikhlas kongsi resepi. Moga diberkati hendaknya. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Alhamdulillah. Terbau smp ke sini. Selamat hari raya buat sis sekeluarga

      Padam
  5. Alhamdulillah..menjadi dan mmg rasa mcm famous amos. Lepas ni x perlu lagi beli sebab dah boleh buat sendiri..hihi. Tqvm kak azie. :-)

    BalasPadam
  6. kalau xde tepung jagung, guna tepung ubi boleh tak azie.. ��

    BalasPadam
  7. assalam kak azie. tmeksh share resepi. alhamdulillah menjadi bskut sy. mintk halal ye sy amek resepi akak ni. Y(^_^)Y

    BalasPadam
  8. saya tak paham guna oven baru ni. memula bakar cantik. sedond tray hangit. kene reduce temperature/ masa membakar ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena adjust suhu sehingga kita faham oven kita. Tak perlu reduce tpi kalau nampak biskut mula hangit tapi belum masak, kursngkan suhu nya

      Padam
  9. Dah beli bahan2.. dab bole start buat ni.. eksaitednya!!!

    BalasPadam
  10. Salam kak azie.. kalau minyak jagung digantikan dgn minyak lain boleh tak?? Harap balas.. :) terima kasih kak..

    BalasPadam
  11. Salam Kak Azie. Thanks for sharing this recipe. Haven't tried it yet insyaalah very soon I will. Also I was reading your opening statement about Yahudi and Nasrani. I'm not sure if it was a typo but I think I will just point it out here in case it was. I think this statement 'orang Nasrani méngenali Nabi Isa seperti mengenali anak mereka sendiri' was meant to say 'orang Yahudi Dan Nasrani mengenali Nabi Muhammad saw seperti mengenali anak mereka sendiri'. Minta maaf kalau saya silap. Saya Baruch belajar. JAZAKALLAH KHAIR.

    BalasPadam
  12. Sedap..husband cakap sedap..akak ade tak resepi butterscoth chips cookies

    BalasPadam
  13. Salam kak azie saya dah buat masa raya ni.. menjadi cantik..sedap sangat sangat...tapi saya tambah tepung sikit bagi keras.tapi tak dan nak masuk peti ais saya dah bakar... jdi cantik..siap blh meniaga lagi kak...terima kasih kak azie...halalkan ye resepi...

    BalasPadam
  14. assalamualaikum puan azie. saya minta izin yer gune resepi dan saye dah try jual2 dekat kawan2. mostly comment kate sedap. terima kasih yer sudi kongsi resepi

    BalasPadam
  15. Yg bahan A tu gaul rata je ke? Tak perlu sampai kembang?

    BalasPadam
  16. Salam. Kak Azie, kalau tak nak letak walnut/almond/kacang, sukatan bahan2 lain sama je or mcm mana ya?

    BalasPadam
  17. Hi kak, saya try dah 2 tahun berturut turut utk deepavali, jadi sgt2...but this year, ada silap sikit terguna baking powder, (tengah buat nie) rase nye lain je tak sesedap tahun lps...sedih sikit....

    BalasPadam
  18. Asalam kak azie, terima kasreh byk sb sharing. Alhamdulillah

    BalasPadam
  19. assalam , ade tak yang boleh menggantikan gula perang ?

    BalasPadam
  20. Kak azie, castor sugar blh ganti dgn gula lain x.. Bhn2 lain ada cuma castor x ckup

    BalasPadam
  21. Sy dh try buat smlm.. Hasilnya mmg x mngecewakan.. Alhamdulillah suami dan ank2 suka sgt... Sy gantikan cream of tartar tu dgn cuka spt yg kak azie ajar.. Disbbkan stok gula kaster x smpai pun 1/4 cwn sy gantikan dgn gula perang semuanya.. Mujur jadi juga,akgirnya.. Tqsm kak azie krn x lokek ilmu.. Moga Allah berkati budi baik akk..

    BalasPadam
  22. bahan A gaul sampai halus ke, sebab gula. gula kene sampai halus(hancur) ke?

    BalasPadam
  23. Salam kak azie. Mohon copy ye. Nak cuba buat sendiri. Hehe.☺

    BalasPadam
  24. salam kak..sy dia\ antara peminat blog akak especially resepi2 masakan akak...sy baru try resepi ni hujung minggu lepas memang menjadi cuma sy tak guna vanila extract jadi kurang la kot bau dia dan anak sy tak suka makan kacang jadi sy gantikan dengan coklat cadbury mmg ber'double-double la chocolate nye hehe... Terima kasih kak kongsi resepi lepas ni nak try biskut cornflakes pulak praktis untuk raya.

    BalasPadam
  25. Sedap..dah cuba banyak kali..tq for sharing..k.azie

    BalasPadam
  26. Sedap..dah cuba banyak kali..tq for sharing..k.azie

    BalasPadam
  27. Sedap sangat2.. Resepi yg senang dan best

    BalasPadam
  28. assalamualaikum akak, mohon share respi ye. nk cube buat ni :)

    BalasPadam
  29. Saya dah cuba resepi ni sangat mudah.. Rakan2..suami ..anak semua suka
    Saya x tambah pun tepung jagung.. Elok je.. Mcm lite cookies

    BalasPadam
  30. Dear, masa bakar dlm oven tu api atas bawah ke?

    BalasPadam
  31. Cream of tartar tu mnde apa?

    BalasPadam
  32. Asslmualaikum Kak Azie

    Sya sorg pminat chocolate chip cookies..tgk biskut akak buat sya tliur nk cuba..terima kasih akak pkongsian ini.Sya akn blajar buat resepi akak..Semoga dimurahkn rezki mlimpah luah bg org2 yg bkongsi ilmu.. aamiin..mohon share ye kak..tq akak Azie

    BalasPadam
  33. Asslmualaikum Kak
    Terima kasih bkongsi resepi..mohon halalkn kerana sya nk cuba buat.. smoga dpmudahkn rezki akak...aamiin...tq kak

    BalasPadam
  34. Terima kasih kak azie, saya dah cuba resepi ni.. mudah dan sedap... terima kasih atas ilmu ni semoga Kak Azie dirahmati Allah SWT.

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum kak azie.. terima kasih banyak2 kerana berkongsi resepi ni..dan saya memang tercari2 cookies yg senang dah sedap...saya dah buat banyak kali...dan Alhamdulillah. .semuanya menjadi dan sangat sedap...anyway..syukran jazilan again...

    BalasPadam
  36. Nak Tanya klau tak masukkan cream of tartar tak pe kan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer. tapi kalau perfect kalau kita ikut resepi

      Padam
  37. Biskut saya berminyak la masa adun tu n xragup.. Knpe ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya sukatan tak tepat kot. Guna sukatan cawan standard ke. Cawan yg dijual di kedai bakeri

      Padam
  38. Walnut kena bakar dulu ke mcmn ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bakar dulu dalam oven lagi sedap. Semua yang guna kekacang memang dibakar dulu

      Padam
  39. Salam...kak zie. 1 sudu besar tu ikut sudu besar mkn or sudu sukatan. Mcm 1tsp tu ke???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Sudu baking di kedai bakeri

      Padam
    2. Ikut ukuran sudu di kedai bakeri

      Padam
    3. Ikut ukuran sudu standard yg blh dibeli di kedai bakeri

      Padam
    4. Wslm. Sudu sukatan

      Padam
    5. wslm. sudu sukatan lebih tepat

      Padam
  40. salam....blog kak azie mmg trbaek... slalu buat mnjadi je...smlm wat tart nanas... sgt lembut ...mabeles2...hihi...hari ni nk cuba yg ni pulak...☺

    BalasPadam
  41. Banyak dah kak gee ikut resepi azie...mmg sedap dan menjadi...terimakasih. bagi resepi famous amos ni...kalau tak ada minyak jagung...boleh ganti dgn minyak kelapa ke?...terimakasih

    BalasPadam
  42. Kenapa jadi leper ya? Biskut tak menjadi 😒

    BalasPadam
  43. Salam kak azie. Terima kasih byk atas perkongsian. Sy dh buat utk jual thn lps. Sgt memberangsangkan. Mohon dihalalkan ilmu yg dikongsi. Thn ni x larat dh nk jual. Nk buat utk mkn sendiri je. Terima kasih ye. Moga melimpah rezeki k.azie

    BalasPadam
  44. salam. terima kasih kak zie untuk resepi yang sedap ni.untuk raya tahun ni, try buat sendiri. Alhamdulillah, sedap.

    BalasPadam
  45. Salam kak azie..sukatan cawan tu xsma ye dgn sukatan cup tu?sbb ade beli yg measuring cup set tu...

    BalasPadam
  46. salam kalau guna susu tepung jenama nespray boleh tak?

    BalasPadam
  47. Assalamualaikum dan selamat berpuasa...
    sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih sebab berkongsi tentang resepi cara pembuatan biskut coklat ni.. semoga akak akan mendapat ganjaran di sisi Allah..
    cumanya saya nak komen dekat sini berkenaan status akak tentang perkongsian agama...

    Rasulullah SAW berpesan supaya kita tidak terikut dengan program Yahudi seperti contohnya berpuasa di hari As Syura, cara menyimpan janggut misai dan banyak lagi. boleh terangkan lebih jelas bagaimana yg dikatakan menyimpan janggut macam yahudi tu? sebab apa yang saya tahu la simpan janggut tu juga adalah sunnah Rasulullah saw. bab menyimpan misai pun sebenarnya tak menjadi masalah pun..

    Dalam kehidupan kita sekarang inipun, banyak diterapkan kehidupan Yahudi secara tidak kita sedari seperti tandas yang tidak disediakan air sebaliknya hanya ada tisu. (Sebenarnya tiada masalah pun untuk menggunakan tisu asalkan tisu tu bersih. tapi macam kita termasuk diri saya sendiri kita dah biasa menggunakan air jadi mungkin rasa was-was untuk menggunakan tisu..

    jadi nasihat saya sebagai saudara seagama harap akak dapat merujuk kepada lebih banyak sumber lagi dan bukan hanya bergantung pada 1 sumber sahaja. sebab benda ni berkait dengan hukum hakam agama.. wallahuaklambissawab..

    BalasPadam
  48. Salam kak. Vanila extract tu ape ye? Dan kalau x guna serbuk koko xpe ke?

    BalasPadam
  49. terima kasih Azie atas perkongsian resepi azie nie murah rezeki you lagi....amin...

    BalasPadam
  50. sy nk thu mksd di nota sis azie tu cmne..klu adunan penuh??yg resepi sis ni utk bpe biji

    BalasPadam
  51. blh sy thu sis guna resepi cmne..yg 1/4 cwn gula castor tu ke..@ 1cwn gula castor

    BalasPadam
  52. Kemain kembang kuihnya ��

    BalasPadam
  53. Salam akak azie...

    kenapa kalau gandakan telur masih 1 biji ye?

    katakan saya gandakan 2 kali ganda.. atau 4 kali ganda.. telur masih 1 biji ke?

    bukan sepatutnya gandakan juga? sbb doh lain lain kan

    BalasPadam
  54. Tq atas resepi atas..sy da buat n sgt sedap..yg pnting anak2 suka...sy x pernah buat biskut...bler skali buat trus menjadi n rasa sedap..buat semangat nak buat lagi...Tq sgt2 Sis Azie atas perkongsian resepi nih...x perlu bli kat kedai dah...buat sndiri lagi puas hati..😉😀😍

    BalasPadam
  55. Assalamualaikum
    1/2 cup butter bukannya 125gram kan? Sebab 1 ketul butter 250gram? But u tulis 75gram. I confused ni

    BalasPadam
  56. mohon halal ye resepinya :')

    BalasPadam
  57. saya dah try buat, tp rasanya saya punya taste bud kena maniskan skit kot, or maybe sbb saye guna walnut... tp adunan dah ok sgt2 dah! akan cuba kali ke-2, maniskan sikit lg n put more choc chip.

    BalasPadam
  58. Aritu dah try buat..mmg jadi n sdp..arini igt nk buat lg..tq kak azie..resepi akak xpenah mengecewakan👍

    BalasPadam
  59. 1/4 ukuran cawan tu macam mane??? Cawan besar x

    BalasPadam
  60. Wslm. Sis pergi ke kedai jual peralatan membuat kuih muih spt Bagus, Bake with Yen atau supermarket. Cari measuring cup. Dah ada cawan utk 1, 1/2 dan juga 1/4. Guna cawan tu utk dpt sukatan yg tepat.

    BalasPadam
  61. ASSALAMMUALAIKUM WBT KAK AZIE. MOHON SHARE YE RESEPI. TQ.

    BalasPadam
  62. wslm. Bila sejuk baru akan keras dan rangup.

    BalasPadam
  63. Assalammualaikum wbh
    Azie, boleh kah tunjuk cara bagaimana menyukat bahan jika nak buat biskut ini dalam sukatan yang besar (contoh 3 kilo sekali adun). Terima kasih Azie. Jasamu dikenang.

    BalasPadam
  64. saya dah try buat, tp saya rasa mcm tak cukup coklat chip... or mungkin saya mmg jenis suka coklat chip byk2... tp anak suka, dok berulang makan aje. terima kasih utk resepinya...

    BalasPadam
  65. Boleh azie bagi resepi dalam gram ke

    BalasPadam
  66. Salam Puan..mmg xperlu letak baking powder ke? tq

    BalasPadam
  67. Saya share ye. Thank You

    BalasPadam
  68. Salam sis terima kasih atas perkongsian resepi ni. Mmg da pernah try dan boleh dikatakan mmg sebiji rasa famous amos kat kedai tu.. tiap raya mmg wajib bt biskut chip choc ni..

    BalasPadam
  69. Terima kasih kak azie!
    Menjadi sangat resepi ni. Lagi sedap dari famous amos! Hihi..
    Senang sangat nak buat. Simple.

    Nanti saya share yang saya buat kat blog saya pulak. Nnt jemput tengok tau.
    www.mamacilik.com

    BalasPadam
  70. Mohon salin resepi ye.tq

    BalasPadam
  71. as salam...
    macam best je resepi ni.. nak try jugaklah..
    tapi saya xder oven elektrik.. yg ada oven butterfly lama je.. mcm mana plak nak dapatkan kepanasan api atas dan bawah tu nanti ??

    BalasPadam
  72. memang sedao...say adah cuba.. tak tahan lama untuk disimpan sebab semua dah ngap awal-awal...keluar je oven tunggu sejuk terus makan hehehehhehe...Tk Puan Azie atas resipi yang sedap ini

    BalasPadam
  73. Assalammualaikum, Kak Azie..
    Alhamdulillah, setelah cuba kali ke 2, menjadi biskut sy buat. Sy mmg tidak pandai lansung nk buat biskut. Terima Kasih kak Azie kongsi resepi.

    BalasPadam
  74. Salam... Kak Azie minta halal resepinya ye. T.kasih

    BalasPadam
  75. Salam kak azie...sya dah ikut resepi nie..tapi kenapa ye biskut sya xkmbng bila bakar jadi leper..rangup dah ok cuma dia xkmbng...boleh bagi pendapat.

    BalasPadam
  76. Saya punya pun sama kembang dan leper sngt...

    BalasPadam
  77. kalau pakai buttercup boleh tak ek

    BalasPadam
  78. Assalamualaikum puan..terima kasih ats resepi ini..sy minta halal ye..sy buat jualan kuih raya tahun ni..doakan sy ye puan..terima kasih

    BalasPadam
  79. hi apa mksd 1/2 cawan mentega (~+75gm) ya

    BalasPadam
  80. Asalam pn azie ...mintx halal yee resepi yee

    BalasPadam
  81. boleh je. saya guna minyak masak lain.. sunflower oil.. jadi jugak alhamdulillah tq Datin Azie :)

    BalasPadam
  82. Salam, nak tnye pasal butter tu. Yang (~+75gm) tu saya tak paham sama ada itu sukatan butter in gm atau kena tambah 75gm?

    BalasPadam
  83. Assalamualaikum aunty azie..kalau nk jdkn biskut ni kurang berminyak, kurangkn mnyak atau xyh buh minyak?

    BalasPadam
  84. Terbaik kak.. boleh saya kongsikan resepi akak dengan yang lain?

    BalasPadam
  85. Salam kak. Almond nibs tak payah sangai/bakar dulu ke?

    BalasPadam
  86. Saya buat ganda 2. Adunan tak selembut dalam gambar Azie. Saya punya agak mcm terlebih tepung. Tapi betul² ikut resepi .

    BalasPadam
  87. Saya tlg jawabkan ye. Resepi di atas, Kak azie hnya buat setengah adunan. Kalau nak buat Satu adunan penuh, kena gandakan setiap bahan, kecuali telur kekal sebiji je. So betul la yg awak buat tu. Keras tu keras yg macam mana? Kalau keras yg kita boleh bulatkan tu, bila masuk oven and setting oven dgn betul mengikut suhu oven masing masing, In shaa allah biskut tak keras pun 😊

    BalasPadam
  88. Tu la. Betul! Alhamdulillah menjadi je. Dah jual jugak hehe terima kasih Kak Azie sbb sudi share resepi biskut yg sedap sangat sangat! semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki selalu Amin 😊❤️

    BalasPadam
  89. Assalamualaikum Pn Azie ...masyaallah..alhamdulillah..manjadi hari ni buat biskut famous amous ni..anak2 suruh beli, maklumlah mahal dan kalau beli byk kuantiti tak berbaloi pulak dengan harganya. Smlm sy cuna nasi minyak ayah merah dan hari sebelumnya buat kek mentega...alhamdulillah jadi.
    Semoga ilmu yg Pn Azie kongsikan ini menjadi asbab puan dilimpahkan lagi rezeki, diberi kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT..
    Jutaan terima kasih puan

    BalasPadam
  90. Assalamualaikum kak azie. Terima kasih untuk resepi ye. Saya skrg dah jual biskut chocolate chip ni ikut resepi kak azie... Pendapatan sampingan saya. Ramai org kata sedap.. mintak halal resepi ye..

    BalasPadam
  91. Biasanya xcukup masakla... Kalau sy tambah lagi masa memasak..sampai sy cek2 dah keras cam biskut.. Tp bila dah sejuk besenya baru biskut berubah jd ranggup betul

    BalasPadam