Begedil Ayam






Saya memang suka makan begedil samada dimakan dengan soto atau dengan nasi biasa. Tapi agak sukar untuk mencari begedil yang sedap dengan daging dan bahan yang banyak. Semasa jamuan raya syarikat tempat suami bekerja di Shangri La baru baru ni pun, sangat kecewa kerana nampak begedil macam sedap tapi keras dan dan tak sedap langsung. Kalau nak makan begedil sedap yang sesuai dengan selera, kenalah memasaknya sendiri. Hmm pasti sedap dan mengancam. 




Ada peristiwa lucu yang tidak dapat dilupakan semasa menyediakan begedil ini apabila saya tak menemui penumbuk batu walaupun puas mencari di merata tempat. Saya meminta hubby membeli penumbuk batu baru. Tapi ianya tak dijual berasingan, jadi terpaksalah hubby membeli lesung batu baru. Sehingga malamnya baru lah lesung ditemui di dalam bekas tupperware tempat menyimpan gula Melaka yang disimpan di dalam peti ais. Itu pun secara kebetulan apabila saya mahu menggunakan gula melaka untuk masakan kerutuk saya. Aduhhaai tak pasal pasal ada 2 lesung batu di rumah ni selepas 26 tahun. Yang best lagi, semasa nak merasmikan lesung baru lak lesung lama ditemui. Langsung tak jadi guna lesung baru. 

Resepi begedil kali ini saya menggunakan resepi Yatie Memories pulak. Begedil yang saya sediakan sebelum ini di SINI sedikit berbeza dengan cara Yatie. Begedil yang disediakan ini disimpan di dalam freezer dan digoreng untuk dimakan bersama Soto Ayam di SINI. Suka nyer hati melihat anak anak semua makan begedil ini bersama soto. Maklumlah kadang kadang anak anak sekarang bukan suka makanan tradisional seperti ini. Mereka lebih suka nugget atau kentang goreng, bukan begedil.




Yang berbeza dengan resepi sebelum ini ialah di mana ianya menggunakan bawang besar yang ditumis dan tidak dimasukkan telur dalam adunan. Yang lain sama sahaja. Saya tidak guna daging kisar, sebaliknya menggunakan isi ayam yang kemudiannya ditumbuk sedikit selepas digoreng.

Jom layan resepi Begedil di bawah ini.... 



Begedil Ayam

Bahan bahan:
1/2 kg ubi kentang
200 gm daging ayam kisar
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup dihiris halus
1/2 labu bawang besar-di potong dadu
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa

Cara cara:
Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu.







Sementara itu tumiskan bawang besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.






Satukan kesemua bahan bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Ambil sedikit adunan dan kepal kepalkan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.






Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kocak kocakkan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan.

Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.





Nota:
Jika ada lebih, boleh digoreng separuh masak dan dimasukkan ke dalam bekas bertutup sebelum disimpan di dalam freezer. Bila nak makan, dikeluarkan dan goreng seperti biasa.







Begedil Ayam Begedil Ayam Reviewed by Azie on September 27, 2013 Rating: 5

23 comments

  1. Aduh mak ai..!!! terguda ai Azie... nyum2x

    ReplyDelete
  2. hmmm... saya pun sama cam akak, suka makan bergedil :)

    ReplyDelete
  3. Salam Puan Azie..

    Raya haji nanti nak cuba resepi begedil ni , nak mkaan dengan soto...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan supaya pecahkan telur sebiji utk mudah dikepal

      Delete
  4. saya pun nak cuba sabtu ni untuk buat begedil dan dimakan dengan soto..diharap menjadi la..

    ReplyDelete
  5. Saya cuba resepi akak ye.... minta halal.....

    ReplyDelete
  6. nmpk sdp n menyelerakan,saya baru nk cuba buat arini....tq kak azie saya cuba resepi awk yer...

    ReplyDelete
  7. salam akk.. nmpk menyelerakan sungguh begedil ayam ni,,, cume nk tny la.. kalu daging kisar cara mcm ni jgk ke...? hr ni plan nk msk soto utk anak2 insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka daging dimasak seketika bagi memastikan ianya masak. Ada juga mereka yang terus mencampurkan daging kisar dengan kentang dan goreng begedil lama lama sehingga agak agak daging masak.

      Delete
  8. patutla begedil saya lembik, tersilap resepi rupanya. Thanks akak! :). 1st try sy rebus ubi kentang tu.. 2nd try nak cuba yang mcm akak plak...

    ReplyDelete
  9. Nk tny...kentang je tumbuk lumat bhn lain x pyh?

    ReplyDelete
  10. Salam k.azie..
    Sy buat ikut resepi kt ats..tpi sy rebus kentang tu. Nk tnya air tumisan ayam tu masuk sekali x dlm adunan? Sbb masa nk kepal tu pyh..lembik n melekat.. pas goreng pon dlm still lembik. Tpi time goreng xpecah.. ada petua x nk bg keras cikit time kepal tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air rebusan buang jerr...ayam diblend kering

      Delete
  11. Salam...k.azie sy dh mencube dh resepi dr bhn2 kak azie ni..ternyata ringkas membuatnya & amat sedap skali..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Sy try td tp skip step goreng bawang besar. Ayam cincang masuk terus dgn bahan lain. Begedil cantik dan xlembik. Trima kasih kak :)

    ReplyDelete
  13. Wahhh...sedapnya bergedil.MIL suka buat...thanx for resepi yer..

    Jemput singgah www.haniqhanisalihah.blogspot.com
    untuk tios kesihatan dan kecantikan

    ReplyDelete
  14. Mak datuk, terliur d buatnyer.raser nak g dapur skrg gak buat..

    ReplyDelete
  15. sedapppnyaa! nampak menyelerakan๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
  16. nk try hri ni bt begedil soto ayam... ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  17. Terima kasih kak azie.. been tried n sedap sgt.. but sy rebus ubi n cincang ayam dari sup soto (your recipe too) n skip step goreng bawang besar. Alhamdulillah menjadi.. Finally i've found my fav begedil recipe. Tq again
    -min-

    ReplyDelete
  18. Slm....azie..kalau terlebih kentang..adunan jdi x bgus..sedap tetap ada..hehe..mcmna nk pulihkan balik adunan jdi bgus...blum lagi dgoreng sebab x dpt dibentuk..haha...๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  19. Esok nk btlh begedelyg cm azie bt ni rasa xsabar nk mkn ngn soto ayam

    ReplyDelete