8 Sep 2013

Aduhaai Sedap Nyer Rendang Pedas Ayam


Aduhaai Sedap Nyer Rendang Pedas Ayam


Saya menyediakan Rendang Pedas Ayam untuk dimakan dengan lemang, lemang jagung dan nasi impit yang dibeli pada hari Kemerdekaan ke 56. Klik di SINI untuk membaca entri berkenaan dengan lemang jagung. Serius memang sedap lemang jagung kali ini kerana ianya masih fresh. Tapi untuk dimakan dengan rendang, rasanya lemang biasa lebih sedap. Saya juga suka makan rendang dengan nasi impit, jadi saya rebus juga ketupat nasi.

Rendang yang saya sediakan hari ini juga mendapat sambutan hangat dari anak anak. Malahan pagi pagi lagi, Nelly dah bertanya kalau masih ada rendang. Hmm mereka semua bersarapan dengan lemang dan rendang. Pendek kata kalau hanya seekor ayam, dapat makan sekali jer. Tak boleh nak mengulang makan. Jadi kalau rumah saya ni, kalau dimasak 2 ekor ayam, barulah boleh makan puas puas. 


Aduhaai Sedap Nyer Rendang Pedas Ayam

Rendan Pedas Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
3 hiris lengkuas
Kerisik
1 santan kotak
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit - hiris halus
Garam
Gula

Cara cara:
Kisar semua bahan kecuali daun kunyit dan asam keping. Masak bahan kisar bersama santan dan ayam sehingga mendidih.

Masukkan garam, gula dan asam keping. Bila hampir kering, masukkan kerisik. Sebelum angkat, taburkan daun kunyit. 

Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi impit atau lemang.


12 ulasan

Sedap nyer...nak sikit! Rendang ayam memang favourite I lah Kak Azie...

Salam.. K.Azie.. sukatan cilinya tak dak ka

Ohh tertinggal. Nnt i update. Tapi sukatan cili ikut suka pedas masing masing. Masukkan 1 senduk dulu. Klu tak pedas, tambah sikit sikit. Anak anak kami mmg jenis tak tahan pedas

salam Azie, terliur akak tengok rendang ni nak kena buat jugak ni gamaknya..

assalamualaikum ummi azie.. masyitah nak bertanya, santan tu ummi azie guna kotak besar @ kecil? kerisik pula brapa byk anggarannye? syukran ummi azie :)

Wslm,
Guna kotak kecil jer. Klu nak lagi lemak boleh lah guna 1 1/2 kotak. Kerisik dlm 3 sudu besar pun cukup. Bawang lagi banyak lagi sedap.

Selalunya rendang pedas ada cili api. Ni xde ek?

Tak semestinya. Yg guna cili api adalah rendang nogori. Cili kering pun boleh pedas

Assalamualaikum...saya hendak bertanya...jika rendang sudah siap masak cuma belum kering sepenuhnya...tetapi apabila dirasa tahap kepedasan kurang. Boleh ke saya tambah cili yg ditumis berasingan ke dlm rendang? Adakah rasa akan lari...terima kasih

Jika sambal ditumis masak sepatutnya ok. Masukkan dlm rendang dan tambah sedikit air supaya ianya bergaul mesra dg kuah asal

as salam kak azie, kalau saya nak jamu rendang pd waktu tgh hari, boleh ke sy masak malam sebelum?agak2 tahan lama dan x basi ke?

Boleh. Jangan keringkan lagi. Pagi esok tu, boleh panas dan keringkan sedikit.


EmoticonEmoticon