Kenangan Umrah Ramadhan 2013







Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui kesedihan melihat lambaian suami dan anak anak di KLIA dan kegembiraan yang dirasa apabila berjaya menjejakkan kaki ke tanah suci lagi. Penerbangan dengan Saudi Airlines SV829 ke Madinah pada 24 Julai 2013 pukul 3.00 petang dan transit di Riyadh selama 1 jam terasa begitu singkat sahaja dek hati yang sudah tidak sabar untuk menziarah baginda Rasulullah di Masjid Nabawi. Kami berbuka puasa di atas kapal terbang sejurus selepas kapal terbang mendarat di Madinah. Di Madinah, saya tinggal di bilik 9124 Madinah Tower, Hotel Anwar Movenpick, hotel sama yang pernah saya tinggal semasa mengerjakan umrah dulu. Selepas checked in, saya terus ke dataran masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta solat terawih. Saya bersyukur sangat kerana Allah memakbulkan doa saya agar dikurniakan rakan rakan sebilik iaitu Kak Siti, Kak Ha, Kak Zah dan Roslina yang sehati sejiwa dan boleh bertolak ansur terutama berkaitan dengan air cond dan bilik air. Sekembali ke sini, saya mula merindui mereka dan mereka akan kekal dalam lipatan sejarah hidup saya.  
Pada hari kedua, kami telah dibawa untuk ziarah luar dan semestinya adalah ziarah ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh. Sekembali dari sana, rombongan jemaah di bawa menziarah untuk singgah berdoa di makam Syuhada Uhud dan singgah di kebun Tamar. Di sini saya hanya membeli 1 kilo kurma Nabi Muhamad SAW dan sekilo kurma yang dicadangkan oleh jemaah yang bersama sama rombongan dengan saya. Kurma ini juga yang dihidangkan semasa berbuka puasa di dalam penerbangan. Tengok pokok kurma Nabi di dalam gambar di bawah yang sudah berbuah walaupun masih kecik. 






Oleh kerana jadual di Madinah, tidak begitu padat, saya bersama rakan sebilik telah mengambil peluang untuk membeli belah sedikit cenderahati sekembali dari ziarah luar. Seperti biasa, saya hanya banyak melihat lihat dan akhirnya tidak membeli apa apa. Melihat rakan rakan membeli jubah, barulah saya akhirnya beli juga 2 helai jubah yang dipesan oleh anak anak.





\

Kami bertolak ke Mekah pada 27 Julai 2013 pukul 10 pagi dan singgah di Bir Ali untuk mengerjakan solat sunat ihram dan berniat ihram. Perjalanan sejauh 420 km mengambil masa lebih kurang 6 jam. Berhenti di satu masjid yang saya ingat ianya bersebelahan Burger King untuk mengerjakan solat jamak Zohor dan Asar. Kami sampai di hotel sudah hampir dengan waktu Maghrib. Kami terus ke dataran masjid untuk berbuka puasa dan bersolat maghrib sebelum balik ke hotel dan bersedia untuk melakukan umrah selepas solat Isyak. Saya melakukan umrah berdua dengan Kak Ha dan selesai sewaktu Imam Masjidil Haram sedang membaca doa Qunut selepas solat terawih.





Hotel kami yang terletak di belakang Hotel Le Meridien sangat dekat jaraknya dengan Masjidil Haram. Tetapi terpaksa menaiki bukit itu yang jadi agak memenatkan sedikit. Makanan yang disediakan di hotel ini juga, bolehlah dikatakan sangat sedap. Bangunan yang tinggi berwarna merah yang kelihatan di belakang saya dalam gambar di bawah adalah Hotel Le Meridien. 






Beberapa hari di Mekah sebelum ianya begitu padat, saya banyak bersolat di bahagian bawah dan di masa terluang, akan berada di dataran Kaabah samada untuk melakukan tawaf sunat atau untuk melihat Kaabah. Namun kemudiannya, saya berpindah solat di tingkat 2 kawasan berhawa dingin kerana orang yang terlalu ramai menjadikan kita sangat tidak selesa dan panas. Lagi pulak, keadaan sangat berhabuk dan berdebu kerana kerja kerja pembinaan yang berjalan sepanjang masa. Boleh dilihat di dalam gambar di bawah, kerja kerja pembaikian tempat tawaf sedang berjalan.



 \


Kali ini saya memang bertekad untuk beriktikaf di dalam masjid sahaja. Saya hanya balik ke hotel selepas solat subuh untuk membasuh baju, mandi dan tidur beberapa jam sebelum kembali ke masjid dalam pukul 10 pagi. Itulah rutin saya setiap hari untuk 10 malam terakhir Ramadhan.






Pengalaman berbuka puasa dan bersahur dengan rotub dan air zam zam dalam keadaan berhimpit himpit benar benar menguji kesabaran. Bermula selepas solat Asar, memang tidak ada ruang untuk kita melakukan solat sunat kerana jemaah akan duduk berhimpit himpit antara satu sama lain. Jadi masa yang ada dipenuhi dengan membaca Al Quran atau berzikir sahaja.






Kami berangkat balik ke Jeddah pada 7 Ogos, selepas melakukan tawaf Wada yang dibuat selepas solat zohor. Kami juga singgah seketika di Masjid Terapung Jeddah untuk menunaikan solat Asar. Namun hanya saya dan Kak Ha sahaja turun ke masjid ini kerana kami belum menunaikan solat Asar semasa di Masjidil Haram. 





Selepas check in di Terminal Haji Lapangan Terbang Jeddah, kami bersiap sedia untuk berbuka puasa. Hanya rombongan kami sahaja yang berada di kawasan pemeriksaan immegresen. Jadi tiada masalah kesesakan di bilik air dan juga solat. Selepas berbuka, kami bersolat maghrib dan Isyak di situ juga.






Selepas itu, barulah masuk untuk pemeriksaan immigration dan terus ke ruang menunggu sementara menungu flight ke KLIA jam 12 tengah malam. Di sini, masing masing mengambil peluang bershopping untuk menghabiskan duit rial masing masing. Saya membeli biskut maamoul dan air teh untuk rakan rakan sebilik. Kami kemudiannya dibawa dengan bas untuk menaiki flight SV840 ke KLIA.







Saya tiba di KLIA pada 8 Ogos 2013 pukul 2.00 petang dan selepas bershopping coklat yang dipesan oleh anak anak, bersolat jamak Zohor dan Asar, terus ke tempat mengambil bagasi. Saya keluar hampir pukul 4 petang juga. Daaannn sangat gembira melihat hubby dan anak anak dengan pakaian raya sedondon menunggu saya. Terasa ketika itu, yang saya lah orang yang paling bahagia. Syukur ke Hadrat Illahi atas kurniaan ini... 






Balik rumah, terus makan nasi minyak dan ayam masak merah yang disediakan oleh anak anak. Sebelah malam, terdapat beberapa orang kawan hubby yang datang beraya di rumah kami. Semuanya terasa seolah mimpi, perjalanan yang terlalu indah dan akan kekal abadi di ingatan ini.... Ya Allah, sesungguhnya hambaMu redha atas segalanya...




Kenangan Umrah Ramadhan 2013 Kenangan Umrah Ramadhan 2013 Reviewed by Azie on August 25, 2013 Rating: 5

13 comments

  1. Syukur, sgt truja mbca kisah azie, tringat kenangan d sna..jedah airprt d mna kmi delay selama 5jam, Allah nk kami brada lama krn klu ikut akal manusia, sukar rasanya nk mgerjakan umrah krn masalh cti, kwangan dll, utk ptahuan azie kesihatan kaki sy smakin pulih, alhamdullah berkat doa azie n jemaah umrah lain utk umat muhammad, in shaa allah, sy doakn azie cepat sembuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa untuk saya. Ameen

      Delete
  2. Assalam...gmbr yg last kt atas tu betul2 menyentuh hati sy,menitis airmata..seolah sy pulak yg br pulang dr umrah...semoga Kak azie sihat & bahagia dgn keluarga tercinta....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa untuk saya. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik

      Delete
  3. alhamdulillah...seronok nyer...kembali dan follow blog saya

    ReplyDelete
  4. sronoknya baca pengalaman akak buat umrah bulan ramadhan...

    ReplyDelete
  5. Salam rindu utk k azie ..smgcpt sihat ye..sy kena take time bc n3 tertunggak ..terharu bc kisah umrah n ur iron man..smg sy bertuah mcm k azie

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum kak.. nak tanye akak pegi ditemani siapa? ada ditemani mahram tak? ke akak tumpang mahram? saya nak pegi awal tahun 2013 hari tu tapi tak dapat sebab ada syarat baru tak bole pegi tanpa mahram :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya pergi wanita umur 45 ke atas blh join women's group.

      Delete
  7. bahagianya hati dapat melihat gambar dan coretan k.azie ni...teringin sangat nak jejak kaki ke sana tetapi tiada mahram yang dapat menemani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau umur 45 ke bawah Travel Agent akan arrangekan mahram.

      Delete
  8. salam kak azie..
    seronok bc coretan kak azie kat sane...rs tringin sgt2 nak ke sane lg...semoga kak azie cepat sembuh

    ReplyDelete