Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Agar Agar Lapis Milo


Agar Agar Lapis Milo

Saya menyediakan Agar Agar Lapis Milo sebagai hidangan pencuci mulut sempena hendak menyambut kedatangan Roslina, rakan sebilik semasa umrah Ramadhan baru baru ini. Namun semuanya tak kesampaian apabila saya terlantar di hospital kerana serangan batu karang. 

Ini mungkin disebabkan saya mengalami masalah kekurangan air dalam badan semasa di Tanah Suci. Memang tak dinafikan yang saya kurang minum air, pertama kerana kesempatan untuk minum tidak banyak kerana berpuasa dan keduanya kerana kesukaran untuk ke bilik air dek jemaah yang terlalu ramai menyebabkan saya tidak minum banyak air.

Akhirnya saya meminta hubby membawa Agar Agar Lapis Milo ke ward apabila mendapat tahu yang Roslina ingin melawat saya. Ini jer yang sempat diambil gambar kerana belum sempat dipesan, telah habis dimakan oleh anak anak. Walaupun gambar tak cantik, saya ingin juga memasukkan dalam blog sebagai rekod. 

Agar Agar Lapis Milo

Tercapai juga hasrat saya untuk menjamu rakan sebilik saya ini. Seronok dapat berjumpa lagi walaupun di ward bukan di rumah seperti yang dirancang. Kalau ikutkan perancangan asal, kami akan bersarapan dengan nasi putih berlaukkan Daging Masak Kerutuk  dengan timun dan sambal belacan. Itulah manusia hanya mampu merancang....

Berbalik kepada Agar Agar Lapis Milo, saya memang suka dengan agar agar ini. Sesiapa yang suka milo, pasti menyukai agar agar ini. Jika tak mahu melapis, boleh juga adunan milo dipotong dadu dan dimasukkan ke dalam adunan susu. 

Semuanya terpulang kepada kreativiti masing masing. Saya hanya dapat 2 lapisan sahaja untuk setiap adunan, mungkin kerana telah terlebih masak. Jom kita layan resepi yang saya ambil dari blog Dapur Tanpa Sempadan yang sangat terkenal itu. Terima kasih ya, Che Mat.



AGAR AGAR LAPIS MILO

Bahan bahan:
1 paket (10 gram) agar agar serbuk
400 ml susu sejat
800 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
¾ cawan gula pasir
3 sudu besar milo
Secubit garam

Cara cara:
Satukan serbuk agar agar dan gula pasir, kacau rata. Tuang susu sejat dan air. Masukkan daun pandan, masak hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau selalu hingga agar agar larut dan keluarkan daun pandan.

Bagi dua agar agar tadi (kurang lebih 600 ml). Satu bahagian ditambah dengan milo, dan satu lagi masukkan secubit garam. Kacau rata dan tuang dalam periuk berasingan dan biar atas api kecil.

Ambil 200 ml adunan susu, tuang dalam loyang 8 inci x 8 inci x 1inci. Biar beku sedikit, kemudian tuang 200 ml adunan milo. Biar beku sedikit dan ulang lagi hingga habis (3 lapisan susu dan 3 lapisan milo).

Simpan dalam peti sejuk hingga betul betul keras. Potong dan boleh hidangkan. Sedap dimakan sejuk sebagai pencuci mulut. 

Catatan Mat Gebu:- Anda boleh juga mencakar sedikit permukaan setiap lapisan yang beku sebelum menuang lapisan yang baru jika anda takut ia tidak melekat. Mat tapis setiap kali sebelum menuang lapisan baru. Loyang yang mat guna, mat letak atas tuala dapur yang telah dibasahkan untuk mempercepatkan proses membeku dan didekatkan dengan kipas angin. Nak mudah boleh simpan sekejap dalam peti sejuk... Selamat mencuba!!


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Agar Agar Lapis Milo"

  1. salam kak..

    moga cepat sembuh ya..selamat hari raya

    BalasPadam
  2. semoga cepat sihat ye kak...

    npak sdp agar2 tu...

    BalasPadam
  3. As salam dear..get well soon k. Take a good rest.
    Dah terubat rindu bila tengok u dah balik.

    Love
    suhaila

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Suhaila,
      Thank you so much for your concerns

      Padam
  4. Assalamualaikum, semuga azie cepat sembuh. Saya mula terjumpa blog azie sebelum bulan puasa. Setelah umur makin hampir 50 dan berihat sekejap dari practising. Saya amat meminati blog azie berbanding yang lain. Resepi sukatannya tepat dan selalu menjadi. Tambahan pula suami saya orang kelantan. Terima kasih saya ucapkan dan saya minta izin menyalin resepi untuk kegunaan sendiri. Hanya Allah saja dapat membalas jasa azie. Banyakkan berihat dan bersyukur sentiasa dengan apa yang kita ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm,
      Sungguh terharu membaca komen Fradz. Mungkin sebab kita hampir sebaya menjadikan isu dan keutamaan kita juga sama. Can add my facebook, so that we can get to know each other better.

      Padam
  5. Moga Azie cepat sembuh, kbelakangan ini ramai jga org yg apabila pulang dr mgerjakan haji/umrah akan mdpt pyakit, sy sendiri smasa mgerjakan haji d dtgi istihadah, 3thn slps itu bru tahu itu signal drNya yg sy ada ketumbuhan dlm rahim, wbp ini persepsi pribadi sj, cuma hakikatnya org yg dpt sakit tndanya Allah syg n mguji kesbran hambanya.

    BalasPadam
  6. Kak nak tanya 3 camca tu macam mana?

    BalasPadam