12 Jul 2013

Masak Kicap Sardin Menu Bersahur


Masak Kicap Sardin Menu Bersahur

Selamat berpuasa kepada semua. Hari ini telah masuk hari kedua kita berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Saya ingin menyambung sedikit lagi dari intipati kuliah zohor oleh Ustaz Ibrahim Muhamad berkenaan dengan bulan Ramadhan. Berdasarkan hadis (saya tak sempat menyalinnya), bulan Ramadhan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian. 

Pertama, berpuasa iaitu sesiapa yang mendirikan puasa di siang hari, akan diberi keampunan dosa. Kedua ialah mendirikan Ramadhan dengan bersolat terawih kerana solat terawih tidak ada pada bulan bulan yang lain. Barang siapa mengerjakan solat terawih dengan mengharapkankan pahala, maka dosa dosa yang lalu akan diberi keampunan. 

Manakala bahagian yang terakhir adalah mencari lailatul Qadr yang terletak pada malam ganjil 10 malam terakhir. Kita kenalah memperbanyakkan ibadah pada malam 10 terakhir Ramadhan dengan mengerjakan solat Isyak secara berjemaah, solat rawatib, solat terawih, melakukan solat malam, berzikir, membaca Al Quran, bertaddabur dan lain lain lagi. Sesungguhnya Lailatul Qadar adalah lebih baik dari 1000 bulan. Jika kita melakukan ibadah ini dari masuk waktu Isyak, sudah pasti kita akan mendapat sebahagian dari Lailatul Qadar. 

Seperti tahun lepas juga, saya tidak memasak untuk berbuka puasa kerana beberapa sebab, antaranya saya memang tidak sempat untuk memasak. Keduanya, saya ingin memperuntukkan masa berkualiti untuk beribadah dan akhirnya anak anak juga suka ke bazaar Ramadhan. Namun begitu, saya akan memasak lauk pauk yang simple untuk juadah bersahur. Ini adalah kerana tahun ini, saya mahukan semua bangun bersahur demi mengikut sunnah Nabi. Lagi pulak, sahurlah yang membezakan puasa orang muslim dengan puasa orang Yahudi.

Telah 2 malam berturut turut, saya menyediakan sardin dan ayam goreng sebagai hidangan bersahur. Malam pertama, saya memasak Sambal Tumis Sardin, yang merupakan resepi biasa yang selalu saya gunakan. Tapi malam tadi, saya menyediakan Sardin Masak Kicap Dengan Ubi Kentang yang saya ingin kongsikan di sini. Memang mengancam makan semasa bersahur dengan nasi putih panas panas. Resepi ringkas seperti ini sangat sedap dan cepat disediakan. Jadi jika ada yang mencari menu bersahur, bolehlah mencubanya sendiri… Gambar kurang menarik, maklumlah gambar diambil dah tengah malam semasa sedang dimasak di dalam kuali.


Masak Kicap Sardin Menu Bersahur

Masak Kicap Sardin dengan Kentang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 tin sardin Mackerel
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia – hiris
1 biji bawang besar – hiris bulat
1 biji cili merah – hiris
5 biji cili padi
2 biji kentang – hiris nipis
Kicap
Gula

Cara cara:
Goreng kentang sehingga masak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan ikan sardine sambil dibalik balikkan untuk menggoreng ikannya.

Masukkan sos ikan dan kicap. Masak sehingga mendidih. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili padi, cili merah.

Sebelum diangkat, masukkan kentang yang telah digoreng tadi.


Masak Kicap Sardin Menu Bersahur




13 ulasan

adoiiii...tergugat plak tgk..hahaha

ya Allah kak azie, puasa ni tgk sardin pn terliur.. saya pn mcm akak mmg tak sempat nak masak berbuka. dapat berbuka kat umah pn dh mujur katlu tak atas jalan laaa... dengan anak kecik lagi adehh dugaan sungguh. time bersahur plak dia dh bangun...

Salam Kak Azie,
Di rumah saya, sardin juga menjadi stok utama. Jarang masak sardin kicap, selalunya masak sambal je, tapi saya ingat arwah abah saya dulu suka masak kari sardin, buh santan ^_^

Sardin buat macam mana pun sedap! Azie.

Waaa...menarik & nmpk sedap... boleh try ni...

assalamualaikum..
nani tak pernah wat ikan sardin masak kicap.. tapi nani penah wat sardin ni masak kari.. letak ubi keledek.. sedap sangat.. ehhhh cakap je terus terliur.. nak buat lah nanti.. :) anyway.. thanks kasi idea.. :D nampak sedap dan menarik ni..

kicap sardin x pernah buat.. masak lemak ngan kari pernah lah.. ok pas ni boleh try :)

Salam Ramadhan azie. Lauk sardin ni memang meyelerakan dengan nasi panas2, su memang suka letak kentang goreng kalau masak sardin. Kalau ada belimbing buluh pun sedap! Teringat beberapa tahun lalu su ajak kawan berbuka kat rumah, tanyalah ada tak lauk request sekali dia cakap sardin masak kicap he2

Love
suhaila

as salam.
happy ramadan tu azie.

fuh, mmg terbaek kalau masak sardin pedas plus dgn nasi panas.

Terima kasih kerana berkongsi ilmu yang sungguh berguna di bulan Ramadhan yang mulia ni.
Tentang sardin tu..yum yum satu menu wajib ketika bersahur tapi Cm pastikan dia ada geng..telur goreng.Masyallah sedap walaupun waktu bersahur :)..selamat berpuasa Azie.

Menarik untuk dicuba ni..

Gigih pagi-pagi search sardin masak kicap...sebab tak pernah dengar pun sardin masak kicap...kalau ikan sardin masak kicap biasa buat...sejujurnya gambar sis buat puasa saya tergugat~!!saya copy recipe yer sis, thank u in advance =)


EmoticonEmoticon