Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Aduhaai Manisnya Sweet Potatoes Iniiii






Semasa ke saloon di Taman Tun Dr Ismail hari minggu lepas, saya membeli sweet potatoes setelah Puan Zaiton memberitahu yang ianya sangat sedap. Kalau semasa kecil di kampung, saya memanggil ubi ini sebagai ubi stellor. Namun hanya ubi yang dijual di kedai tertentu sahaja yang sangat manis dan sangat sedap. Jadi sementara rambut saya sedang dirawat, kawan Puan Zaiton telah bermurah hati turun membelinya untuk saya.

Seperti yang dicadangkan, memang sedap sweet potatoes yang hanya dimasak secara steam. Memang sangat terasa isinya yang lemak dan manis. Habis juga beberapa ketul saya makan sambil menyediakan Masak Lemak Udang Dengan Nenas di SINI dan Ikan Bilis Goreng Petai di SINI.




Saya pernah makan sweet potatoes seperti ini yang sangat manis semasa mengikuti rombongan ke Surabaya satu masa dulu. Memang lemak manis sehingga saya membelinya 1 bungkus untuk dibawa balik. Tapi seperti biasalah budak budak sekarang mana reti makan makanan zaman dulu nih. Akhirnya saya juga yang menghabiskannya seorang diri. Ish itu yang tak suka tu..





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Aduhaai Manisnya Sweet Potatoes Iniiii"

  1. kalo buat cucur keria sedap juga kan...

    BalasPadam
  2. Salam kak Azie....tgk pon dah tau sedap & manissss :)

    BalasPadam
  3. satu nostalgia kan kak azie bila makan ubi stellor ni. time musim bah atau banjir, memang nikmat la makan panas-panas

    BalasPadam
  4. salam kak azie..saya & hubby cukup suker beli japanese sweet potato steam yg jual kt jusco food court tu..mmg manis tak hengat!! walaupun mahal sikit reganye tp mmg sgt sedap!

    BalasPadam
  5. sira dengan manisan lepas tu mkn bersam kuah santan lemak..terangkat lepas berbuka di bulan pusa ni

    BalasPadam
  6. keledek ni ada dijual di jusco, memang sedap!
    KAt cameron pun keledek ni ada, sedap sgt!

    BalasPadam
  7. Sedapnya. Di supermarket pun ada jual. Macam kiosk tu.

    BalasPadam